BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Gunung berapi Semeru meletus

Amukan 200 tahun Gunung Semeru​

07 Disember 2021

1334772.jpg

Letusan Gunung Semeru di Jawa Timur mempunyai sejarah yang panjang di Indonesia. - Foto AFP

GUNUNG Berapi Semeru yang aktif dan setinggi 3,676 meter meletus lagi di Jawa Timur pada Sabtu lalu dengan menghamburkan asap, abu, awan serta debu panas ke udara selepas kali terakhir ia meletus pada Januari lalu.

Dalam kejadian yang juga berlaku pada Isnin lalu, lebih 14 orang disahkan terkorban dan lebih 97 orang cedera serta puluhan mangsa lagi gagal dikesan manakala ribuan lagi hilang tempat tinggal selepas mereka melarikan diri kerana panik disebabkan oleh letusan berskala besar itu.

Kebanyakan yang cedera adalah kerana melecur selepas terkena haba panas manakala mangsa-mangsa yang meninggal dunia disebabkan terhidu udara yang berabu panas dan ketika melarikan diri setelah gunung tersebut meletus pada kira-kira jam 3 petang waktu tempatan pada Sabtu lalu.

Sejumlah rumah pula ditimpa dengan abu gunung berapi dan suasana gelap pula wujud kerana asap tebal menutupi langit akibat letusan tersebut dan mereka melarikan diri kerana bimbang ia akan memuntahkan lahar yang panas.

Ini bukannya kali pertama Gunung Semeru yang terletak di Kabupaten Lumajang, Jawa Timur itu meletus.

Debu dan abu panas menyelimuti rumah-rumah yang terletak berdekatan dengan Gunung Semeru di Jawa Timur baru-baru ini. - Foto AFP

Mengikut catatan sejarah ia pernah meletus pada tahun 8 November 1818 dan ia merupakan antara gunung berapi yang paling aktif dan berbahaya di Indonesia selepas Gunung Merapi, Gunung Kelud, Gunung Sinabung dan Gunung Bromo.
Ia turut meletus pada tahun 1829, 1830, 1832, 1836, 1836, 1842, 1844, 1848, 1851, 1856, 1857, 1860, 1864, 1872, 1877, 1878, 1884, 1885, 1886, 1886, 1887, 1888, 1889, 1890, 1891, 1892, 1893, 1894, 1895, 1896, 1897, 1898, 1899, 1900, 1901, 1903, 1904, 1905, 1907, 1908, 1909, 1910, 1911, 1912, 1913, 1941, 1942, 1945, 1946, 1947, 1950, 1951, 1952, 1953, 1954, 1955, 1958, 1959 dan 1960.

Gunung itu juga terus meletus pada tahun 1970an, 1980an dan 1990an.

Pada tahun 1901, bandar Lumajang dikatakan musnah akibat letusan gunung tersebut.

Letusan pada tahun 1901, 1913, 1941, 1945, 1946, 1956 dan 1967 adalah ganas dan pada tahun 1981 pula, aliran lahar dan banjir lumpur keluar dari Gunung Semeru sehingga mengakibatkan lebih 240 orang meninggal dunia, 120 lagi hilang dan lebih 150 orang mengalami kecederaan selain memusnahkan 16 buah kampung serta 626 hektar tanah pertanian padi serta perladangan.

Gunung itu turut menunjukkan aktiviti vulkanik pada tahun 2002, 2004, 2005, 2007 dan 2008 manakala pada Disember 2020, ia turut menghamburkan letusan berupa awan panas dan lahar yang sedikit sehingga menyebabkan seorang terkorban.

Pada tahun 2020, pihak berkuasa negara tersebut turut berusaha memindahkan kira-kira lebih 500 orang yang tinggal berdekatan dengan cerun gunung berkenaan.

LELEHAN LAHAR
Menurut pakar gunung berapi di Indonesia, Surono baru-baru ini, letusan di Gunung Semeru tidak boleh dianggap sama dengan letusan di Gunung Merapi pada tahun 2010 yang menyebabkan lebih 300 orang meninggal dunia di Jawa Tengah.

Ini adalah kerana letusan yang berlaku di Gunung Semeru bukan bersifat menyembur seperti di Gunung Merapi dan menambah bahawa letusan seperti gas, wap dan abu sering berlaku di Gunung Semeru dan pada Sabtu lalu ia hanya mengeluarkan lelehan lahar.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) menafikan bahawa ia tidak mengeluarkan peringatan kepada penduduk tentang letusan Gunung Semeru selepas timbul desas-desus ia gagal berbuat demikian.

Ketua PVMBG, Andidni dilaporkan berkata, pihaknya telah mengeluarkan peringatan tentang kemungkinan ia akan meletus sejak 1 Disember lagi kerana Gunung Semeru mengeluarkan lahar dan maklumat tersebut sudah diberitahu dalam kumpulan WhatsApp yang ahli-ahlinya terdiri daripada pejabat-pejabat daerah dan Pos Pengamat Gunung Berapi.

Gunung Semeru juga terkenal dalam kalangan pendaki-pendaki sama ada tempatan atau asing yang mahu mendaki gunung tersebut dan mereka akan menyaksikan pemandangan cantik serta menarik ketika menuju ke kawah gunung itu.

Ketika letusan berlaku, para pendaki tidak dibenarkan untuk mendaki berikutan perintah darurat ekoran Covid-19 di Indonesia dan mereka juga perlu membayar tiket untuk memasuki dan mendaki gunung tersebut. - Agensi

Aktif jgk gunung berapi ni
 
Keadaan di Gunung Semeru hari ini lebih tenang
https://www.utusan.com.my/.../semeru-rekod-gegaran.../

Semeru rekod gegaran sehingga 100 kali sehari sebelum meletus​

61aec5d337a68.jpg

KEADAAN Gunung Berapi Semeru yang mengeluarkan asap putih di Lumajang, Indonesia. - AGENSI

  • 7 Disember 2021, 1:50 pm

LUMAJANG: Aktiviti Gunung Berapi Semeru dilaporkan semakin meningkat kira-kira 90 hari sebelum letusan berlaku pada 4 Disember lalu.
Pakar Geofizik Universiti Gadjah Mada (UGM), Dr. Wahyudi MS berkata, aktiviti itu termasuk gegaran yang berlaku kira-kira 50 kali sehari, bahkan ada yang mencapai 100 kali sehari.

Katanya, gegaran secara kerap itu merupakan satu daripada tanda-tanda gunung berapi akan meletus.

“Gegaran yang kerap boleh dijadikan petunjuk bahawa bakal berlaku letusan yang kuat,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk Desa Supiturang di Lumajang memberitahu, sebelum letusan berlaku, semua aliran sungai termasuk sungai di kawasan mereka menjadi keruh.
Seorang penduduk, Marsid berkata, air keruh itu menjadi satu daripada petanda gunung berapi tersebut akan meletus.

“Semua aliran air di daerah ini menjadi kotor dan selepas itu, pasti ada aliran lahar.
“Selain itu, petanda lain Semeru akan meletus termasuk keluarnya lahar berwarna putih yang lama kelamaan akan bertukar merah,” ujarnya.
Sementara itu, cuaca di sekitar gunung berapi itu dilihat baik dan tiada hamburan debu panas direkodkan semalam.
Sebaliknya, Semeru hanya mengeluarkan asap putih dan alira lahar dapat dilihat dari puncak gunung berapi tersebut.

Letusan Gunung Semeru: Kerajaan, rakyat Malaysia rakam ucapan takziah​

Bernama
Disember 8, 2021 07:00 MYT
Letusan Gunung Semeru: Kerajaan, rakyat Malaysia rakam ucapan takziah

Mangsa tidak dapat menahan sebak selepas rumahnya musnah akibat letusan Gunung Berapi Semeru di Lumajang. - Foto AP

JAKARTA: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat republik itu susulan tragedi letusan Gunung Semeru, di daerah Lumajang, Wilayah Jawa Timur, Sabtu lalu.
"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia ingin merakamkan ucapan belasungkawa kepada pemerintah dan rakyat Indonesia di atas tragedi letusan Gunung Semeru.

"Semoga pihak keluarga kepada mangsa-mangsa tragedi ini tetap tabah dan diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini," katanya selepas melakukan kunjungan hormat ke atas rakan sejawat Indonesia, Ida Fauziyah, di sini.

Presiden Joko Widodo pada sekitar tengah hari meninjau lokasi tempat kejadian dan menyampaikan rasa sedih susulan tragedi yang berlaku.

Beliau mahu memastikan seluruh keperluan cukup untuk menjalankan kerja menyelamat, pemindahan penduduk terjejas dan perancangan pemulihan infrastruktur yang rosak.

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia pada Selasa melaporkan jumlah korban meningkat menjadi 34 orang, manakala 17 orang masih hilang.

Gunung Semeru secara mengejut memuntahkan abu tebal setinggi lebih 12,000 meter ke langit, dengan gas membakar dan lava mengalir menuruni lereng gunung ke kawasan penempatan.
-- BERNAMA

LETUSAN GUNUNG SEMERU | Jokowi Janji Pertingkat Usaha Pemindahan

Presiden Joko Widodo berjanji untuk mempertingkatkan usaha pemindahan dan membaiki kediaman yang rosak dalam tempoh beberapa bulan akan datang akibat bencana letusan gunung berapi Semeru.

#BHDunia
#Asean Letusan 4 Disember menyebabkan jalan dipenuhi lumpur dan abu, menenggelamkan rumah dan kenderaan, dengan hampir 10,000 orang mencari perlindungan.
https://bit.ly/3sbEs8y

Gunung Semeru meletus lagi, memuntahkan awan abu

Disember 16, 2021 @ 7:40pm

1639662606774.png

Penduduk kampung berulang-alik ketika Gunung Semeru mengeluarkan asap tebal di Lumajang. - Foto AFP

JAKARTA: Gunung Semeru di Indonesia meletus dua kali hari ini, menyemburkan abu besar ke langit diikuti aliran lahar yang menyebabkan ratusan penyelamat melarikan diri dalam keadaan panik.

Gunung tertinggi di pulau Jawa itu meletus awal bulan ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang dan menyebabkan lebih 20 yang lain hilang.

Pasukan penyelamat sedang menggali lumpur dan serpihan gunung berapi apabila abu - yang mencecah 4.5 kilometer (km) dari puncak - dan aliran lahar dari letusan berkembar terbaru memaksa mereka menangguhkan misi itu.

"Adalah terlalu berbahaya untuk penyelamat meneruskan," kata penyelamat Saiful Hasan kepada AFP, menjelaskan hujan telah mempercepatkan aliran lahar ke kampung.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini, kerana penyelamat berkata penduduk kampung telah dipindahkan lebih awal.

Namun, keruntuhan kubah lahar selepas letusan awal mungkin bermakna Semeru akan memuntahkan bahan gunung berapi dengan lebih kerap, kata Saiful.

"Apatah lagi kita sekarang dalam musim hujan yang boleh mencetuskan tumpahan dari kawah," tambahnya.
Hari ini sepatutnya adalah hari pencarian terakhir, tetapi operasi mungkin dilanjutkan lagi.

Bencana 4 Disember menyebabkan seluruh jalan dipenuhi lumpur dan abu, menenggelamkan rumah dan kenderaan, dengan hampir 10,000 orang mencari perlindungan. - AFP

Tebal betul abu tu
Dah cma banjir abu
Abu volcano ni panas. Ada pakar geologi kutuk adegan chris pratt lari ngelak abu volcano dlm jurassic world 2, macam ngelak bola padahal duduk tepi abu tu pun kulit boleh hangus kalau dalam realiti. Tak leh bayang perasaan orang kat sana.
 
Dalam filem tuan
Hero kena nampak hebat
Walhal dalam dunia sebenar mungkin dah hangus
 
Berjaga-jaga, Gunung Semeru sudah tahap tiga​

18 December 2021

semeru.jpeg

Keadaan kawasan penempatan penduduk yang rosak teruk selepas Gunung Semeru meletus pada 4 Disember 2021. foto Detik.com

JAKARTA – – Pihak berkuasa Indonesia meletakkan Gunung Semeru pada status berjaga-jaga tahap tiga – kedudukan kedua tertinggi kerana aktiviti gunung berapi semakin meningkat dan memuntahkan awan panas tebal serta lahar dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Agensi Geologi di Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Eko Budi Lelono berkata, Gunung Semeru aktif memuntahkan awan panas dan aliran laharnya masih tidak stabil.

Gunung berapi itu boleh ‘menyerang’ sekurang-kurangnya sehingga radius dua kilometer dari kawahnya.
Satu lagi letupan sangat mungkin disebabkan oleh intensiti hujan yang tinggi di sekitar gunung berapi, yang akan menyebabkan peningkatan aliran lava, kata Lelono dalam satu kenyataan bertulis.

Status berjaga-jaga lebih tinggi Gunung Semeru bermula pada petang Khamis, beberapa jam selepas gunung berapi itu meletus semula selepas 4 Disember lalu dan memuntahkan lava beberapa kali.

Sehingga 15 Disember, angka kematian mencecah 48 orang, menurut data Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB).
BNPB mengesahkan aktiviti mencari dan menyelamat mangsa ditangguhkan demi keselamatan penyelamat dan sukarelawan. – Xinhua

Tak meletus lagi dah macam ni jadi nya
Subhanallah
Betapa kerdilnya manusia
Mudah saja Allah nak hapuskan bila Dia kehendaki
 
Back
Top
Log in Register