BTC USD 62,496.3 Gold USD 4,319.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gunung Arab Saudi dilanda salji

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,282
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,282
Reaction score
1,665
Points
201
11914.jpeg

Gunung Arab Saudi dilanda salji

RIYADH – Dalam satu perubahan cuaca yang jarang berlaku, kawasan pergunungan Tabuk di barat laut Arab Saudi telah dilanda salji, lapor portal berita Gulf News kelmarin.

Seorang jurugambar, Fahd Al Masoudi merakamkan pemandangan menakjubkan itu pada Selasa lalu.

Beliau menggambarkan pemandangan di gunung itu membuatkan jiwa dan mata menjadi tenang dan membawa kegembiraan kepada penduduk dan peminat fotografi.

Salji di Tabuk berlaku pada musim sejuk dengan ramai penduduk tempatan menyaksikan fenomena yang jarang berlaku itu.

Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi sebelum ini meramalkan ribut petir yang berpotensi mencetuskan hujan lebat, angin kencang dan hujan batu merentasi pelbagai wilayah termasuk Tabuk, Madinah dan sebahagian kota suci Mekah.

Laporan meteorologi juga meramalkan berlakunya penurunan suhu yang ketara di kebanyakan tempat di negara tersebut. – AGENSI
 
Memang Kat Arab ada Salji pun da lama kot
 
Ramai tak tau salji perkara biasa kat kawasan gunung Saudi ....

Kat bandar neom tengah buat ski resort.
Pegi umrah nanti ada jemaah bawak papan ski.

 
Rakyat Arab tak ambik port pun.
Depa lagi teruja kalau dapat lepak mabuk2 pakai seksi kat Bukit Bintang.
 
Back
Top
Log in Register