balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136

Thaiveegan (dua kanan) bersama pegawainya menunjukkan patung hiasan yang dihantar bersama dadah untuk menyukarkannya dikesan pihak berkuasa.
< 1 / 1 >
GEORGETOWN - Modus operandinya cukup mudah iaitu hanya menggunakan perkhidmatan kurier untuk menghantar bekalan dadah kepada pembeli.
Itu taktik seorang lelaki warga Nigeria yang ditahan kerana didapati membekalkan dadah kepada pelanggannya di negeri ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di rumah sewanya dekat Batu Feringghi selepas didapati menjadi agen pembekalan dadah jenis syabu di negeri ini.
Beliau berkata, lelaki itu ditahan kira-kira jam 3.10 petang, empat hari lalu lalu selepas polis mendapat maklumat mengenai kegiatannya dan merampas 50 paket dadah jenis syabu seberat 2,554 gram yang bernilai (pasaran), RM400,000.
“Siasatan awal mendapati, lelaki ini sudah beberapa bulan berada di Malaysia dan mempunyai pasport perjalanan yang sah.
"Suspek didapati mendaftar masuk ke negara ini sebagai pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta IPTS). Namun setelah disemak, dia hanya mendaftar di IPTS berkenaan, namun tidak meneruskan pengajian di situ,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Menurutnya, suspek didapati menggunakan perkhidmatan kurier untuk menghantar bekalan dadah menggunakan kotak yang turut dimuatkan patung hiasan bagi mengelak dikesan.
“Kotak itu mengandungi dua bahagian iaitu atas diletakkan patung hiasan manakala bawah diletakkan dadah yang akan dihantar kepada pembelinya.
“Suspek kini direman sehingga 7 November ini untuk siasatan. Namun saringan air kencingnya mendapati bebas dadah dan semakan suspek tiada rekod jenayah,” katanya.
Thaiveegan berkata, suspek mendapat bekalan dadah dari China yang kemudian dibawa masuk ke Malaysia melalui Kuala Lumpur sebelum dibawa ke sini.
“Kesemua bekalan adalah untuk pasaran di negeri ini. Tetapi polis masih menyiasat sama ada suspek bergerak sendirian atau sindiket.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati,” katanya.