BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guna dron untuk tangkap dron

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
image.jpg


TOKYO - JEPUN. Polis Metropolitan Jepun (MPD) kini mempunyai skuad khas untuk menangkap dron yang digunakan untuk tujuan jahat.

Menurut Dailymail, penubuhan skuad tersebut buat selepas sebuah dron menceroboh pejabat perdana menteri, April lepas.

MPD dilaporkan akan menerima satu angkatan dron yang setiap satunya dilengkapi dengan jaring.

"Kemungkinan pengganas menyerang menggunakan dron itu tetap ada," kata seorang pegawai kanan MPD di laman web Asahi Shimbun.

Angkatan dron MPD dikatakan akan meronda bangunan-bangunan milik kerajaan untuk mengesan sebarang aktiviti luar biasa.

Dalam kejadian April lalu, sebuah dron yang membawa bahan radioaktif dan mendarat di bumbung pejabat perdana menteri dipercayai dikendalikan oleh aktivis yang menentang rancangan kerajaan Jepun untuk terus menggunakan tenaga nuklear.


http://www.sinarharian.com.my/global/guna-dron-untuk-tangkap-dron-1.461437
 
s1000 tangkap phantom...haha kawan makan kawan ni...huhu
 
lepas ni kalau nk masuk bawak jaring juga.. lawan siapa sangkut dulu..
 
ptot tembak je. sambil2 buat latihan menembak
 
Ini dron haram untuk tujuan skodeng ker ape?
 
Dah macam Ghost In The Shell... robot tangkap robot.
 
Back
Top
Log in Register