BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GST Semakin Diterima Baik - PM DS Najib

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
CjyQ1teUUAEQxYb.jpg


Cj0lTHXVAAADOgD.jpg

PUTRAJAYA: Walaupun dikritik hebat semasa dilaksanakan bermula 1 April tahun lepas, kini semakin ramai rakyat menerima baik pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana menyedari ia penyelamat ekonomi negara dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dilihat sebagai keputusan tidak popular kerajaan sehingga dijadikan senjata politik, beliau berkata pakar-pakar ekonomi berpendapat bahawa pelaksanaan GST merupakan langkah amat tepat kerajaan Malaysia.

Dengan ketidaktentuan ekonomi global dan tanpa pelaksanaan GST, Malaysia akan menghadapi krisis ekonomi yang amat serius seperti Greece, katanya.

"Secara keseluruhannya, kami bukan sebuah kerajaan yang lari daripada tanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa keputusan yang difikirkan bagi kebaikan negara dan rakyat.

"Namun, niat baik dan tujuan murni kita disalahertikan oleh sesetengah pihak dan dijadikan isu politik walhal secara rasional dan waras, ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Hasil negara yang kukuh menyumbang kepada ekonomi resilien yang menentukan kesejahteraan rakyat terus terbela," katanya.

Najib menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 Perbendaharaan Malaysia di Kompleks Kementerian Kewangan di sini, Selasa.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong dan Datuk Johari Abdul Ghani serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Malaysia mula melaksanakan GST pada kadar enam peratus pada 1 April 2015.

Najib berkata kutipan bersih GST bagi tempoh sembilan bulan tahun lepas adalah sebanyak RM27.01 bilion dan pada tahun ini dijangka meningkat RM39 bilion.

"Kutipan GST dipulangkan kepada rakyat dengan melaksanaka projek-projek utama seperti MRT, LRT, Lebuhraya Pan Borneo, Rapid Pengerang manakala projek-projek ICU masih kita laksanakan. Selain itu, kebajikan penjawat awam diteruskan termasuk kenaikan tahunan khas pada tahun ini, masih mampu dilaksanakan," katanya.

Najib berkata ekonomi Malaysia dipengaruhi faktor luaran seperti ketidaktentuan ekonomi dunia berikutan kejatuhan harga minyak, penguncupan ekonomi China dan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat yang di luar kawalan kerajaan.

Maka beliau berkata pengawalan dalaman perlu dan membuat keputusan harus tepat untuk menyumbang dan mendorong pemacuan ekonomi negara walaupun faktor luaran menggugat dan menekan prestasi ekonomi negara.

"Lantaran itu, pencapaian ekonomi negara pada kadar 5 peratus pada tahun lepas dan 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini boleh dianggap pencapaian yang amat baik bersandarkan kepada senario luaran yang tidak menentu dan lemah," kata perdana menteri.
 
"terpulanglah mau jadi apa,mau jadi hantu,mau jadi buaya,mau jadi khinzir.."
 
mesti dia tanya [STRIKE]rakyat[/STRIKE] menteri
 
ok dato....time to up gst ke 50% ....
 
rakyat tak merusuh tu sebab dia kata rakyat terima. kalau rakyat merusuh baru la dia kata rakyat tak terima.... tekan la rakyat selagi boleh.... :(:(:(
 
rakyat tak merusuh tu sebab dia kata rakyat terima. kalau rakyat merusuh baru la dia kata rakyat tak terima.... tekan la rakyat selagi boleh.... :(:(:(

tu la pasal...rakyat pun manusia..letih da sebut bende same je...

banyak hal lain lagi yang perlu diambil berat...

bila rakyat senyap, dikatanya 'rakyat makin menerima'...

realitinya 'rakyat terpaksa menerima'
 
Back
Top
Log in Register