BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GST selamatkan Malaysia daripada kejatuhan ringgit

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Ahmad-Maslan-1.jpg


Kuala Lumpur – Keputusan Putrajaya melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini dianggap sebagai langkah tepat untuk menangani ekonomi merosot akibat daripada kejatuhan nilai ringgit, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, dengan bilangan syarikat yang berdaftar kini dilaporkan meningkat daripada 140,000 kepada 317,000, Putrajaya akan mempunyai tambahan pendapatan sebanyak RM1 bilion.

“Kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM13 bilion, kutipan GST RM23 bilion, namun daripada 140,000 syarikat apabila ia meningkat kepada 317,000 maka pendapatan kerajaan bertambah lagi, kutipan RM1 bilion,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program penerangan cukai GST bersama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) di bangunan Siti Hasmah di Petaling Jaya, hari ini.

Katanya, dengan tambahan pendapatan RM1 bilion susulan peningkatan bilangan syarikat yang berdaftar, kerajaan kini dijangka meraih kutipan sebanyak RM24 bilion.

Beliau turut berkata peruntukan sehingga RM10,000 akan diberi kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu kerajaan mendidik rakyat mengenai GST.


http://www.suara.tv/2015/02/23/gst-selamatkan-malaysia-daripada-kejatuhan-ringgit/
 
maka kak mah tersenyum..bole berbelanja sepuas puas
 
Kutip la byk mana pun kalau PENCURI pegang kantungnya sampai bila rakyat tak cukup makan.:)
 
Aikk bukan ekonomi Malaysia sentiasa maintain dan bertambah baik ke ? Ni dah pelik ni Mashhhlaunggg.
 
Kutip la byk mana pun kalau PENCURI pegang kantungnya sampai bila rakyat tak cukup makan.:)

Betul tu bro. Knp x kurangkan gaji menteri, kurangkan belanja masaxsambutan merdeka, kurangkan lawatan keluar negara... diorang xde common sense ke apa
 
alhamdulillah
terima kasih ahmad maslan
xsia2 dpt pointer 3.85 di universiti
 
Betul tu bro. Knp x kurangkan gaji menteri, kurangkan belanja masaxsambutan merdeka, kurangkan lawatan keluar negara... diorang xde common sense ke apa

Saudara Invega, mereka ketiadaan common sense tapi penuh dengan nonsense. :)
 
Back
Top
Log in Register