BTC USD 83,207.5 Gold USD 4,186.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GST: Caj prabayar

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Tee Siew Kiong (kiri) turun padang bersama KPDNKK Johor dan Kastam dengan membuat pemantauan harga yang dikenakan GST di sebuah kedai menjual peralatan elektrik di pasar raya di Kip Mart Tampoi, Johor Bahru, Johor, semalam. utusan/RAJA JAAFAR ALI​

JOHOR BAHRU 2 April - Operasi pematuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilancarkan semalam menerima 64 aduan orang ramai di negeri ini dan 34 daripadanya berkaitan kenaikan harga caj prabayar telefon bimbit.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, aduan lain yang diterima berkenaan tanda harga dan timbang sukat.

“Ramai pengguna merungut dikenakan caj apabila membuat pembayaran prabayar sedangkan perkhidmatan tersebut langsung tidak dikenakan GST dan kekal seperti harga lama.

“Sejak semalam juga, sebanyak 590 premis perniagaan diperiksa dan 122 daripadanya didapati melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak memaparkan harga sebenar dan mengeluarkan resit tanpa nombor perdaftaran GST,” katanya selepas operasi bersepadu sempena pelaksanaan GST anjuran bersama Jabatan Kastam dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Kastam negeri, Datuk Ramli Johari dan Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nor Nekman Jaimon.

Siew Kiong berkata, sempena pelaksanaan GST, PPDNKK negeri menambah 33 pegawai penguat kuasa bagi mempergiatkan pemantauan untuk membantu 204 pegawai sedia ada.

Beliau turut menggesa orang ramai menjadi mata dan telinga pihaknya dengan menyalurkan maklumat tentang salah laku para peniaga yang sengaja mengambil kesempatan, terutamanya meletakkan harga tinggi yang tidak munasabah.

“Bagi membantu orang ramai, kita juga akan mempergiatkan operasi dan memperkenalkan aplikasi online Mykira GST.

Kita juga akan mengedarkan buku panduan pengguna serta menyediakan pusat gerakan untuk rujukan pengguna,” katanya.

Sementara itu, Ramli memberitahu, hingga 31 Mac lalu, sebanyak 47,278 syarikat dan perniagaan mendaftar untuk GST dan pihaknya akan mencari saki-baki yang masih belum berbuat demikian.

“Kami menganggarkan kira-kira 3,000 syarikat atau perniagaan masih belum membuat pendaftaran GST. Kita tidak akan berkompromi lagi kerana telah memberi tempoh yang panjang dan akan mengambil tindakan dengan segera,” katanya sambil memberitahu syarikat yang gagal mendaftar akan dikenakan kompaun sebanyak RM15,000.
 
mari ramai-ramai =D> untuk diri sendiri.
 
waduh, thread baru......kena mintak mod merge semua ni....
 
Back
Top
Log in Register