mzak
Legendary Member

- Messages
- 15,880
- Joined
- Nov 3, 2009
- Messages
- 15,880
- Reaction score
- 152
- Points
- 128
SHAH ALAM – Keputusan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah cadangan penglibatan ahli politik dalam urusan perniagaan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) dipersetujui namun beliau wajar memulakan langkah ini dengan melepaskan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor terlebih dahulu.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sebagai NGO, pihaknya menyambut baik tindakan Anwar kerana memutuskan untuk melarang ahli politik terlibat secara langsung dalam perniagaan GLC kerana bimbang berlakunya ‘conflict of interest’ bagaimanapun sebagai ikutan beliau juga perlu melepaskan jawatan yang disandang dalam kerajaan negeri Selangor.
Menurutnya, tindakan Anwar betul dan sewajarnya kerajaan negeri dan parti memerintah menetapkan satu garis panduan yang telus supaya tidak berlaku pertembungan antara kepentingan peribadi dan tanggung jawab terhadap rakyat.
“Ada baiknya sekiranya golongan profesional dipilih untuk menerajui dan mengemudi GLC manakala NGO mentadbir urus pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Zaman dah berubah, kerajaan perlu terapkan model ekonomi dan politik baru. NGO hari ini adalah kuasa ketiga rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, seseorang pimpinan politik yang dipilih menjadi wakil rakyat tidak sewajarnya menjalankan perniagaan kerana bimbang berlakunya budaya kronisme dan nepotisme.
“Oleh itu, disarankan untuk memberikan contoh yang baik kepada ahlinya, Anwar juga perlu melepaskan jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan berhenti menggunakan kemudahan yang ada di dalam negeri untuk kepentingan politik peribadi beliau.
“Seorang pemimpin tidak seharusnya terlibat dalam pertembungan ‘conflict of interest demi kepentingan rakyat dan atmosfera politik kerana negara kita kaya dengan golongan profesional yang kompeten untuk mentadbir urus,” katanya. -Sinar Harian