BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GRO bergelek Bollywood ditahan

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
1hmpicdora1_1512088290.jpg

warga assing ditahan pada Operasi Gegar di Jalan Doraisamy


Kuala Lumpur: Tarian gelek goyang Bollywood. Itu antara pekerjaan beberapa wanita Bangladesh, Pakistan dan Nepal yang dikesan menyalahgunakan pas lawatan sosial sepanjang berada di negara ini.

Mereka yang turut berkhidmat sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan sekitar ibu kota mampu memperoleh pendapatan bersih sehingga RM5,000 sebulan.

Kegiatan itu dibongkar susulan Operasi Gegar (Op Gegar) yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di lima premis hiburan di Jalan Doraisamy, di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 12 tengah malam, 67 warga asing membabitkan pengunjung, pekerja premis dan GRO diperiksa.

Ketua Risikan, Operasi dan Tahanan JIM Kuala Lumpur Mohd Shahrulnizam Ismail berkata, pihaknya menahan 23 warga asing termasuk empat wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dalam serbuan itu.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati, kebanyakan mereka tidak memiliki permit sah untuk bekerja di pusat hiburan selain menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja sebagai GRO.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Bangladesh, India, Pakistan serta Nepal yang berkunjung dan bekerja di premis yang bertemakan Bollywood itu,” katanya.

Mohd Shahrulnizam berkata, serbuan yang turut disertai anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut mendapati dua daripada premis yang diperiksa tidak memiliki lesen.

“Semakan pihak DBKL mendapati dua premis diserbu tidak memiliki lesen menyebabkan notis dan kompaun dikeluarkan terhadap pusat hiburan berkenaan.

“Mereka yang ditahan dibawa ke pejabat JIM Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) akta yang sama dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Katanya, pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain bagi menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan warga asing yang melanggar peraturan ditetapkan.





sumber: https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/12/289362/gro-bergelek-bollywood


.
 
refer gambar, sy cuma pelik..tangan bergari pn drg masih bergoyang kapla gak ke? ke lalok? :-?






 
warga asing pun boleh kutip rm5k bersih kat KL, tapi jadi gro la..

lepas 2 3 minggu bukak balik, beroperasi balik, huk aloh la. dok main gitu je la...
 
warga asing pun boleh kutip rm5k bersih kat KL, tapi jadi gro la..

lepas 2 3 minggu bukak balik, beroperasi balik, huk aloh la. dok main gitu je la...

Duit RM5k ni duit panas.. Takda berkahnya bila dapat dengan cara goyang goyang menari bersari seksi. Pada saya, kehadiran warga Bangladesh dari kaum wanita tak bagus untuk negara Malaysia dalam jangka masa panjang menimbulkan banyak masalah sosial.
 
warga asing pun boleh kutip rm5k bersih kat KL, tapi jadi gro la..

lepas 2 3 minggu bukak balik, beroperasi balik, huk aloh la. dok main gitu je la...

Arahan mana?

Patut tangkap guna Atipsom ja. Sita premis terus. Baru ada akal.
 
Duit RM5k ni duit panas.. Takda berkahnya bila dapat dengan cara goyang goyang menari bersari seksi. Pada saya, kehadiran warga Bangladesh dari kaum wanita tak bagus untuk negara Malaysia dalam jangka masa panjang menimbulkan banyak masalah sosial.

betul dah kata tuan tu, saya setuju..

begitu juga dalam kes warga china, vietnam, thailand, indonesia dari kaum wanita, saya juga amat tak bersetuju kehadiran diorang ni sebab sudah terbukti, melalui pelbagai ops ops, kewujudan mereka ni menimbulkan banyak gejala sosial..
 
Back
Top
Log in Register