BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Great North American Eclipse (Gerhana Matahari Penuh) 8 Hingga 9 April 2024

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
1000191027.jpg


Great North American Eclipse


Pada lewat malam ini (8 April 2024) sehingga pagi (9 April 2024 ) mengikut waktu Malaysia, satu peristiwa Astronomi iaitu gerhana Matahari penuh akan dapat disaksikan sebahagian penduduk yang berada di benua Amerika utara.

Gerhana Matahari penuh akan bermula dari lautan Pasifik, merentasi benua Amerika utara ( sebahagian Mexico, Amerika Syarikat, Kanada ) dan berakhir di lautan Atlantik .

Kawasan yang berada di bahagian luar laluan gerhana Matahari penuh pula seperti sebahagian kecil rantau Oceania, Amerika tengah, Amerika selatan dan barat Eropah akan dapat menyaksikan gerhana Matahari separa.

Selain kawasan yang dinyatakan, ia tidak berada di dalam laluan gerhana Matahari termasuklah Malaysia yang sedang malam ketika itu.
..

Waktu gerhana Matahari separa dan gerhana Matahari penuh bermula dan berakhir ( mengikut waktu Malaysia ) :~

Kawasan pertama yang dapat menyaksikan gerhana Matahari separa bermula ;
11:42 PM, 8 April 2024.

Kawasan pertama yang dapat menyaksikan gerhana Matahari penuh bermula ;
12:38 AM, 9 April 2024.

Gerhana Maksimum ;
02:17 AM, 9 April 2024.

Kawasan terakhir yang dapat menyaksikan gerhana Matahari penuh berakhir ;
03:55 AM, 9 April 2024.

Kawasan terakhir yang dapat menyaksikan gerhana Matahari separa berakhir ;
04:52 AM, 9 April 2024.


Walaupun kita di Malaysia tidak dapat menyaksikan gerhana Matahari penuh,
Kita masih berpeluang menyaksikan peristiwa tersebut secara dalam talian melalui siaran langsung di beberapa laman seperti :

-NASA ;

* siaran bermula dari jam 01:00 AM, 9 April 2024.

-Slooh ;

* siaran bermula dari jam 02:00 AM, 9 April 2024.

- The Virtual Telescope Project ;

* Siaran bermula dari jam 01:00 AM, 9 April 2024.

- TimeandDate ;



AstroMet Malaysia
 
1000191044.jpg


Ketika gerhana Matahari penuh, kita berpeluang menyaksikan pelbagai fitur menarik seperti Baily's beads dan kesan Diamond ring yang terhasil akibat cahaya Matahari melalui celah-celah topografi Bulan yang tidak rata dengan kewujudan gunung-ganang dan lembah, korona Matahari iaitu lapisan atmosfera Matahari yang paling luar serta semarak suria/prominen iaitu cetusan gas panas di Matahari.
 


Detik-detik ketika bayangan Bulan melintasi permukaan Bumi semasa gerhana Matahari penuh yang bermula dari lautan Pasifik menuju ke benua Amerika Utara dan berakhir di lautan Atlantik.
 
Back
Top
Log in Register