BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Fenomena Gerhana Bulan Penuh (7-8 Sep 2025)

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
1000727310.jpg


Fenomena Gerhana Bulan Penuh 2025

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Penyelidikan kerjasama rakan strategik Masjid Putra, Putrajaya, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Persatuan Jurufalak Syarie akan menganjurkan Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Gerhana Bulan pada:

📅 7–8 September 2025 (Ahad–Isnin)
⏰ Bermula jam 9.00 malam (7 Sept) hingga 5.30 pagi (8 Sept)
📍 Masjid Putra, Putrajaya

Subhanallah! Mari saksikan sendiri salah satu tanda kebesaran Allah SWT.

Aktiviti Menarik:
🔭 Aktiviti Cerapan
🕌 Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) - 2.30 pagi
📖 Ceramah Gerhana selepas solat Isyak

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bersama keluarga menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT ini sambil menghayati kebesaran-Nya.
 
1000728329.jpg


JOM SAKSIKAN GERHANA BULAN PENUH.

Pada lewat malam 7 September hari ini sehingga pagi 8 September 2025, akan berlaku peristiwa gerhana Bulan yang dapat disaksikan di rantau negara kita serta sebahagian besar kawasan lain di Bumi. Gerhana bermula dari jam 11:28 malam (7 September) dan berakhir pada jam 04:55 pagi (8 September). Kemuncak gerhana Bulan penuh pada jam 02:11 pagi.

Kita di Malaysia akan dapat menyaksikan keseluruhan fasa gerhana yang melibatkan fasa gerhana Penumbra, gerhana Separa dan juga gerhana Penuh.

FASA-FASA GERHANA :-

Permulaan Fasa Gerhana Penumbra :
- Bulan mula memasuki bayangan penumbra Bumi.
* 11:28 PM ( 7 September 2025 )

Permulaan Fasa Gerhana Separa :
- Bulan mula memasuki bayangan umbra Bumi.
* 12:27 AM ( 8 September 2025 )

Permulaan Fasa Gerhana Penuh :
- Bulan sepenuhnya memasuki bayangan umbra Bumi.
* 01:30 AM ( 8 September 2025 )

Kemuncak Gerhana Bulan Penuh :
- Bulan berada pada kedudukan paling dalam di dalam kawasan bayangan umbra Bumi.
* 02:11 AM ( 8 September 2025 )

Fasa Gerhana Penuh Berakhir :
- Bulan mula keluar daripada bayangan umbra Bumi.
* Bulan kembali memasuki bayangan penumbra.
* 02:52 AM ( 8 September 2025 )

Fasa Gerhana Separa Berakhir :
- Bulan sepenuhnya memasuki bayangan penumbra semula.
* 03:56 AM ( 8 September 2025 )

Fasa Gerhana Penumbra Berakhir :
- Bulan sepenuhnya keluar daripada bayangan penumbra Bumi .
* gerhana berakhir.
* 04:55 AM ( 8 September 2025 )

Keseluruhan fasa gerhana Bulan kali ini berlaku selama 5 jam 27 minit.

Fasa gerhana Penumbra berlaku selama 1 jam 57 minit manakala fasa gerhana separa berlaku selama 2 jam 7 minit. Keseluruhan fasa gerhana penuh pula iaitu ketika jasad bulan sepenuhnya memasuki bayangan umbra Bumi berlaku selama 1 jam 22 minit .

Sedikit nota tambahan :-

Ketika fasa gerhana penumbra, ia hampir mustahil untuk disaksikan dengan hanya menggunakan mata kasar sahaja kerana kecerahan cahaya di permukaan Bulan ketika itu berlaku hanya sedikit sahaja yang menurun.

Disebabkan kecerahan cahaya Bulan yang hanya sedikit menurun, tiada perubahan ketara di permukaan Bulan yang dapat disaksikan dengan mata kasar.

Jika kita saksikan permukaan Bulan ketika berlakunya fasa gerhana penumbra, keadaan seperti tiada apa yang berlaku dan keadaan Bulan seperti Bulan Purnama tanpa gerhana atau cahayanya sedikit kelam.

Perbezaan jelas hanya boleh disaksikan dengan alat bantu optik atau kita ambil gambar Bulan ketika gerhana dan bandingkan dengan gambar Bulan Purnama tanpa gerhana.

Jadi, fasa gerhana yang boleh disaksikan dengan mata kasar adalah ketika fasa gerhana separa dan juga fasa gerhana penuh.

BAGAIMANA GERHANA BULAN PENUH BERLAKU ?

Gerhana Bulan penuh hanya boleh berlaku ketika Bulan berada dalam fasa Purnama/Bulan penuh dan hanya apabila Bulan, Bumi dan Matahari berada di dalam satu garis lurus sempurna sehingga menyebabkan keseluruhan Bulan memasuki bayangan Umbra Bumi.

BAYANGAN UMBRA BUMI ITU APA ?

Semasa cahaya Matahari menerangi Bumi, pada masa yang sama akan muncul bayangan Bumi yang mengunjur ke angkasa.

Terdapat dua jenis bayang Bumi yang muncul iaitu Umbra dan Penumbra.

Umbra merupakan bayangan Bumi di bahagian tengah yang bersifat gelap manakala Penumbra pula merupakan bayangan Bumi di bahagian pinggiran yang bersifat samar - samar.

Jika keseluruhan Bulan memasuki bayangan Umbra, maka gerhana Bulan Penuh akan berlaku. Sekiranya hanya sebahagian Bulan memasuki bayangan Umbra, maka gerhana Bulan separa yang akan berlaku. Seterusnya jika Bulan hanya memasuki bayangan Penumbra sahaja, maka gerhana Bulan penumbra yang akan berlaku.

Kenapa tidak berlaku gerhana Bulan penuh pada setiap fasa Bulan Purnama ?

Ini kerana orbit Bulan condong
Sekitar 5 darjah berbanding dengan satah orbit Bumi semasa mengelilingi Matahari dan menyebabkan Bulan Purnama tidak semestinya berada di dalam satu garis lurus sempurna yang membolehkan berlaku peristiwa gerhana Bulan penuh.

'BLOOD MOON' ITU APA ?

Sejak kebelakangan ini, gelaran 'Blood Moon' semakin kerap digunakan untuk merujuk kepada peristiwa gerhana Bulan penuh.

Digelar sebagai 'Blood moon' berkemungkinan disebabkan warna Bulan berubah menjadi kemerah - merahan ketika gerhana Bulan penuh.

Kenapa boleh berubah menjadi warna kemerah - merahan ?

Kita sedia maklum bahawa Cahaya yang merambat dari Matahari adalah berwarna putih. Tetapi sebenarnya ia terdiri daripada pelbagai spektrum cahaya. Setiap warna dalam spektrum cahaya tampak mempunyai panjang gelombang yang berbeza. Cahaya merah mempunyai panjang gelombang yang paling panjang dan cahaya ungu mempunyai panjang gelombang yang paling pendek.

Cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang pendek seperti ungu, biru, hijau semasa memasuki atmosfera Bumi lebih mudah diserakkan oleh molekul - molekul di atmosfera berbanding cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang panjang seperti merah yang lebih sukar diserakkan lalu lebih mudah menembusi atmosfera dan bergerak menuju ke angkasa semula.

Ketika cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang panjang bergerak melalui atmosfera Bumi menuju ke angkasa, ia akan terbias ke arah bayangan umbra Bumi. Jika ada objek langit yang berada di bahagian bayangan umbra Bumi seperti Bulan semasa gerhana berlangsung, cahaya yang terbias akan mengenai permukaan Bulan dan dipantulkan menuju ke Bumi semula.

Pemerhati di Bumi yang mencerap Bulan semasa berlaku gerhana Bulan penuh akan dapat menyaksikan Bulan berubah warna kemerah - merahan.

Sebenarnya warna Bulan semasa gerhana Bulan penuh tidak semestinya hanya berwarna kemerah-merahan. Ia bergantung kepada keadaan amtosfera Bumi kita. Boleh jadi warna kelabu, coklat, merah tua, merah bata cerah, jingga ataupun gelap gelita sehingga Bulan tidak kelihatan langsung ketika kemuncak gerhana Bulan penuh.

Di sisi yang lain,
beberapa sumber menyatakan bahawa asal - usul gelaran 'Blood Moon' yang terkenal ketika ini dipelopori oleh dua orang paderi kristian iaitu Mark Blitz dan John Hagee yang merujuk kepada gerhana Bulan penuh tetrad iaitu 4 gerhana Bulan penuh yang berlaku berturut - turut pada tahun 2014 — 2015. Mereka mengaitkan gerhana Bulan pada tahun tersebut sebagai isyarat pengakhiran dunia ini.

Seeloknya elakkan guna 'Blood Moon' sebagai gelaran untuk gerhana Bulan penuh kerana gelaran 'Blood Moon' itu bukan suatu istilah saintifik.

Sekian.
Selamat mencerap gerhana Bulan.

Kredit imej :- Fred Espenak
Gerhana Bulan 15 April 2025


AstroMet Malaysia
 
1000728331.jpg


MENGENAL SKALA DANJON .

Pada lewat malam 7 September hari ini sehingga pagi 8 September 2025, akan berlaku peristiwa gerhana Bulan yang dapat disaksikan di rantau negara kita serta sebahagian besar kawasan lain di Bumi. Gerhana bermula dari jam 11:28 malam (7 September) dan berakhir pada jam 04:55 pagi (8 September). Kemuncak gerhana Bulan penuh pada jam 02:11 pagi.

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang gerhana Bulan penuh berlangsung sama ada daripada segi jasmani mahupun rohani.

Antara aktiviti menarik yang kita boleh lakukan adalah menilai warna serta kecerahan Bulan semasa gerhana Bulan penuh dengan menggunakan Skala Danjon .

APA ITU SKALA DANJON ?

Skala Danjon merupakan suatu skala yang diperkenalkan oleh seorang ahli astronomi Perancis iaity Andre-Louis Danjon bagi menganggarkan kecerahan atau warna jasad bulan ketika gerhana bulan berlaku.

Skala berkenaan diklasifikasikan kepada 5 jenis iaitu L0 , L1 , L2 , L3 dan L4 .

L0 :
Gerhana yang berlaku pada skala L0 adalah gerhana yang sangat gelap. Secara praktikalnya Bulan hampir atau tidak kelihatan ketika kemuncak gerhana.

L1 :
Bulan kelihatan berwarna kelabu gelap atau keperangan. Ketika ini, ciri-ciri pada permukaan Bulan seperti kawah dan mare amat sukar dilihat.

L2 :
Bulan berwarna merah gelap atau karat pekat, dimana bahagian tengah bayangan umbra Bumi adalah gelap dan bahagian pinggirannya pula lebih cerah.

L3 :
Bulan berwarna merah bata. Pinggiran bayangan umbra Bumi kebiasaannya berwarna kuning atau lebih cerah.

L4 :
Bulan berwana jingga terang atau merah tembaga . Pinggiran bayangan umbra Bumi berwarna kebiruan atau lebih cerah.

Ramai yang beranggapan bahawa setiap kali kemuncak fasa gerhana penuh berlaku iaitu apabila Bulan memasuki kawasan paling dalam bayangan umbra Bumi, Bulan akan sentiasa berubah menjadi warna kemerah - merahan.

Realitinya warna Bulan ketika fasa gerhana penuh tidak semestinya menjadi warna kemerah - merahan. Ia boleh berbeza - beza pada setiap kali peristiwa gerhana berlaku.

Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor atmosfera Bumi sama ada dipenuhi dengan debu - debu atau habuk yang terampai atau bebas daripada segala pencemaran.

Semakin banyak debu - debu yang terampai di atmosfera, semakin gelap Bulan semasa fasa kemuncak gerhana penuh.


AstroMet Malaysia
 
1000729575.jpg


Terlepas peluang menyaksikan gerhana Bulan penuh awal pagi tadi ? Tak apa. Tahun depan akan ada lagi peristiwa gerhana Bulan penuh yang dapat disaksikan di Malaysia iaitu pada 3 Mac 2026.

Gerhana akan bermula dari jam 04:43 petang dan berakhir pada jam 10:23 malam. Kemuncak gerhana pula pada jam 07:33 malam.

Walaubagaimanapun, kita di Malaysia tidak akan dapat menyaksikan keseluruhan fasa gerhana kerana Bulan belum terbit di Malaysia ketika fasa-fasa awal gerhana Bulan.

Di Malaysia timur (Sabah, Sarawak, Labuan), Bulan telah memasuki fasa gerhana separa (U1) ketika ia terbit di langit arah timur manakala Bulan terbit di Semenanjung Malaysia ketika ia sudah memasuki fasa gerhana Bulan penuh (U2)

Kesimpulannya, ketika gerhana itu nanti, fasa gerhana Bulan penuh masih dapat disaksikan di Malaysia sehingga tamat gerhana Bulan.

Fasa U1 — P4 di Malaysia timur.
Fasa U2 — P4 di Semenanjung Malaysia.


AstroMet Malaysia
 
Back
Top
Log in Register