Hyprobulksms - Jual SMS Pun Nak Pakai Skim Piramid?
Skim piramid pula adalah isu penganiayaan dalam perniagaan, isu rezeki yang haram yang dilarang dalam Islam. Jadi, di mana isu skim piramid itu? Apabila U berdaftar dengan hypernet resources, dia boleh cari downline A dan B, dan seterusnya sampai 79 atau lebih (kalau rajin cari orang, dan muka cun, dan pandai ayat, dan orang pulak percaya dengan ayat kita tu... ya Isma kan?). Tetapi A dan B, juga akan berdaftar dengan hypernet, dan mereka sendiri akan cari downline masing-masing... jadi A ada dia punya sendiri A, B, C, D , E.... dan seterusnya. Apa akan berlaku? 1 cari 2 cari 4 cari 8, 16, 32, 64, 128, 256, 512, 1024, 2048, 4096, 8192, 16384, 32768, 65536, 131072, 262144, 524288, 1048576, 2097152, 4194304.... eh! Bukan skim piramid ke ni? Korang rasa ada 4 juta orang nak join skim piramid ni tak? Berapa nombor yang munasabah? Saya kasi contoh daripada kajian tentang skim piramid yang lain-lain, saya rasa dalam 15,000 orang. Apa yang akan berlaku bila skim ini capai 15,000 orang? Lepas level yang ke 13, 15,000 orang ini akan termangu-mangu tak dapat downline, dan dia orang semua akan hilang RM1000 setiap sorang! (kalau kita ambil contoh, semuanya join Xtreme1000). Jadi, dalam skim piramid yang dipanggil hyprobulksms ini... kadar kerugian ahli adalah melebihi 50%, apa bila peringkat ketepuan tercapai (threshold level). Tapi, jangan lupa aspek "powerline" hyprobulksms ni. Itu yang jadi "complicated" sikit dalam kalkulus mengira kadar kerugian... ada parameter yang masih tidak diketahui.
Maksudnya, dalam sistem MLM/skim piramid 1 cari 2 (with unlimited powerline), kadar kerugian ahli hyprobulk bukan sahaja melebihi 50%, malah lebih daripada itu. Itu sebab hyprobulksms ADALAH SATU SKIM PIRAMID... atau yang digelar sebagai SKIM CEPAT KAYA di Malaysia ni, sebab peningkatan ahli adalah secara eksponential, dan akan menyebabkan ahli yang kerugian itu melebihi daripada yang untung, bila mana peringkat ketepuan tercapai (collapse/crash). Kenapa tiada orang komplen setakat ini? Sebab semua yang join sekarang ini, masih dalam peringkat peningkatan eksponential dan semua orang masih buat duit. Dan siapa yang paling banyak buat duit? Orang yang duduk di puncak piramid seperti Hairul dan 2 beradik lagi tu.