BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GPMS minta pemberian bas sekolah percuma

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
GPMS.transformed.jpg

KLANG: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) meminta kerajaan meneliti pemberian bas percuma kepada pelajar terutama di kawasan luar bandar

Presidennya, Zambri Mohd Isa, berkata penelitian terbabit perlu dilakukan segera bagi mengelakkan kejadian malang yang menimpa pelajar Tingkatan Satu, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, berlaku kepada pelajar lain

"GPMS akan terus meminta kerajaan mengambil kira pemberian bas percuma ini kepada pelajar kerana kita tidak mahu pelajar berdepan dengan risiko kemalangan ketika pergi sekolah

"Sekiranya tidak mampu untuk memberi secara percuma, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk memberi subsidi kepada harga tambang bas," katanya

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa kemalangan, Siti Nuraisyah, yang kehilangan kedua kaki selepas digilis lori, Isnin lalu

Zambri berkata, beliau akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat ini, bagi memaklumkan cadangan perkara itu

"Saya akan berjumpa Perdana Menteri mengenai kos sara hidup pelajar universiti. Ini kesempatan untuk saya membincangkan perkara berkenaan," katanya
 
cadangan yg baik
moga usaha GPMS berjaya

terkedu pula bijan nanti
masa bajet diumum
satu contoh telah diberi
penggunaan bas IPTA yg percuma akan bertukar berbayar
 
Back
Top
Log in Register