BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gourmetz didakwa atas insiden keracunan makanan Sekolah Rendah River Valley

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Gourmetz didakwa atas insiden keracunan makanan Sekolah Rendah River Valley​

screenshot_2026-07-31_144546.jpg

Sekolah Rendah River Valley. (Gambar: Google Maps)

SINGAPURA: Syarikat katering Gourmetz didakwa di mahkamah pada Rabu (29 Jul) atas beberapa kesalahan berkaitan keselamatan makanan yang dikaitkan dengan insiden keracunan makanan di Sekolah Rendah River Valley pada Januari lalu yang menyebabkan 60 murid mengalami gastroenteritis.

Dalam kenyataan pada 16 Januari lalu, pihak berkuasa memaklumkan sebahagian besar murid yang terjejas sudah kembali ke sekolah, kecuali empat yang pulih di rumah.

IKLAN

Tiada murid dimasukkan ke hospital.

Sekolah Rendah River Valley merupakan antara 13 sekolah yang menyertai model penyediaan makanan menerusi dapur pusat, dengan Gourmetz mengendalikan kantin sekolah tersebut.

Syarikat itu berdepan enam tuduhan membabitkan kesalahan yang dipercayai dilakukan pada 16 dan 28 Januari, termasuk penyimpanan makanan, pelabelan palsu, pencemaran bakteria dan kegagalan menyelenggara premis makanan berlesen.

Menurut dokumen mahkamah, Gourmetz didapati menyimpan sos di dalam bekas terma berwarna biru yang kotor di bilik penyejuk sayur-sayuran diproses pada 16 Januari.

Syarikat itu juga menyimpan ayam diperap di atas troli yang kotor dan mempunyai kesan sisa makanan di bilik penyejuk daging.

IKLAN

Selain itu, Gourmetz gagal memastikan premis makanan berlesennya diselenggara dengan baik dan berada dalam keadaan bersih.

Getah pengedap pada pintu bilik penyejuk daging didapati rosak, manakala siling bilik penyejuk sayur-sayuran diproses pula kotor dengan tompok hitam.

Nasi ayam kukus dan nasi goreng bawang putih siap dimakan yang dihasilkan syarikat itu turut mengandungi bakteria Bacillus cereus pada paras melebihi had yang dibenarkan.

Gourmetz juga dipercayai menggunakan label palsu pada set bento pada 28 Januari.

Makanan itu dilabel sebagai "disediakan pada 8.30 pagi", padahal ia sudah siap dibungkus sekitar 6.48 pagi.

IKLAN

Syarikat itu juga menyimpan ayam mentah diperap di atas palet plastik yang kotor serta menyimpan pastri sejuk beku tanpa penutup di dalam peti sejuk beku bahan mentah.

Mediacorp telah menghubungi Kementerian Pendidikan (MOE) bagi mendapatkan penjelasan sama ada Gourmetz masih mengendalikan kantin Sekolah Rendah River Valley.

Kes itu akan disebut semula di mahkamah pada 19 Ogos.

Jika didapati bersalah, syarikat itu boleh didenda.

 
Back
Top
Log in Register