BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Menguji Konsep Chrome OS Pada Komputer Riba Dwi Skrin

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,634
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,634
Reaction score
7,745
Points
916
Sejak kebelakngan ini, pengeluar komputer riba sedang bereksperimen dengan produk dwi-skrin seperti MacBook Bro dengan touchbar tetapi menggunakan skrin lebih besar. Salah satunya adalah Asus melalui ZenBook Duo Pro atau juga akan datang Surface Neo dari Microsoft yang menjalankan Windows 10X. Jika Windows ada komputer riba dwi-skrin, kenapa tidak Chrome OS? Ya, Google dilihat sedang menguji kebolehan Chrome OS yang dijalankan pada komputer riba dwi-skrin.

Informasi ini diperoleh dari beberapa kod pembangunan Chrome OS yang menjelaskan keboleh dijalankan pada komputer riba seakan Asus ZenBook Duo Pro. Satu skrin besar seperti komputer riba biasa dan satu skrin lebih kecil bersama-sama dengan pad sesentuh pada bahagian papan kekunci. Dalam kod ini, turut mencadangkan konsep skrin diluar untuk mod tablet, tetapi kod lain mencadangkan seperti komputer riba biasa tanpa mod tablet dengan kedua-dua skrin di dalamnya.

Kod nama projek ini adalah Palkia yang mana disenaraikan sebagai projek POC iaitu Proof of Concept – ini bermakna semua kod ini adalah cadangan berasaskan satu konsep sahaja dan tiada prototaip atau produk sebenar. Google hanya bersedia dengan kemungkinan besar, ia boleh menjadi realiti sebagai produk sebenar. Chrome OS sudah pun ada Android terbina, yang mana kita tahu berkebolehan membuat multi-tugasan, berfungsi pada multi-skrin atau juga dijadikan sebagai mod desktop. Jadi, kelak tidak hairan jika Chrome OS akan hadir pada komputer riba dengan dwi-skrin.

Kod-Pembangunan-Chrome-OS-Pada-Peranti-Dwi-Skrin-01.jpg

Sumber asal https://9to5google.com/2020/07/17/google-experimenting-dual-touchscreen-chromebook
 
Last edited:
Google Di Laporkan Sedang Membangunkan “Game Mode” Pada Chrome OS

Google sedia menawarkan Chrome OS untuk komputer riba yang menawarkan sejumlah ciri-ciri memfokuskan kepada produktiviti untuk tugasan pejabat mahupun pembelajaran. Kini, selain daripadanya, Google turut diperkatakan sedang membangunkan ciri “Game Mode” untuk Chrome OS.

Apabila diaktifkan, ia dijangka akan memfokuskan prestasi untuk aplikasi permainan yang dijalankan, sekaligus memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

Pada hari ini, pengguna Chrome OS sedia mempunyai akses kepada perkhidmatan penstriman permainan seperti GeForce Now dan juga Stadia. Selain itu, pengguna turut mempunyai akses kepada kebolehan menjalankan aplikasi Android pada Chrome OS. Disamping itu, klien Steam juga dijangka akan diperkenalkan untuk Chrome OS.

Tidak mustahil juga kita melihat komputer riba khusus permainan menjalankan Chrome OS diperkenalkan pada masa akan datang sebaik sahaja mod baharu ini dilancarkan kepada umum kelak.

Sumber asal https://www.xda-developers.com/google-game-mode-for-chrome-os/
 
Back
Top
Log in Register