BTC USD 82,755.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Adsense Part 2 (2011)

Apakah yang anda mahukan dalam thread ini?


  • Total voters
    0
Status
Not open for further replies.
aku dapat offer RM100 adwords, tapi tak pernah pakai, rasanya berbaloi ke nak guna adwords ni, or ni hanya helah google jer
 
aku dapat offer RM100 adwords, tapi tak pernah pakai, rasanya berbaloi ke nak guna adwords ni, or ni hanya helah google jer

Kalau guna, ia jadi ketagih. :D from traffic zero to hero and bayangkan sure bila habis kredit, akan topup lagi kat google sebab ketagihan traffic yg real mencurah2 datang.
 
Aku pun banyak dapat offer RM100 adwords ni, aku rasa dah 4 or 5 kali. tapi sumer expired sebab aku tak guna pun
 
Last edited:
Your Google AdSense status Recheck your status
Your association with Indyarocks is Active
Your Google AdSense account status is Disabled
* Ads will show up automatically once your account is approved & active.

boleh terangkan tak? adakah lulus atau kena banned?
 
adwords tu apa? cuba terangkan?
 
Your Google AdSense status Recheck your status
Your association with Indyarocks is Active
Your Google AdSense account status is Disabled
* Ads will show up automatically once your account is approved & active.

boleh terangkan tak? adakah lulus atau kena banned?

1. Adakah awak dah ada akaun adsense sebelum ni kemudian associate dengan sharing site kat Indyarocks dot com tu dengan letak PUB iD number?..

2. Atau adakah anda baru mohon signup register akaun adsense baru melalui Indyarocks yg mana takda blog/website pun leh mohon GA account cara ni dan dapat keuntungan yg akan dikongsi bersama.?

Saya rasa dalam kes awak, awak berada di items No#2 diatas. sebab ada * Ads will show up automatically once your account is approved & active = bermaksud tengah review permohonan anda.

Info tambahan

1. Anda ada satu akaun adsense paste code kat 10 blog or sejuta blog = Boleh.
2. Dari 10 blog tu, 1 blog anda didapati melanggar policy GA, anda degil setelah diwarning, terus degil, Google kalau mood baik dia banned adsense code kat blog degil anda tu sahaja mean tak kuar iklan diblog degil tu, sebaliknya 9 lagi yg skima OK keluar iklan.
3. Akaun GA anda dibanned atau bahasa lembut disable account. So code PUB ID adsense anda di semua blog anda katalah ada 10, semua 10 blog tu tak kuar iklan lagi, maka tamatlah anda ada hubungan dengan google adsense.
4. Selalulah baca policy google adsense, sebab ia suka2 berubah setiap hari.
5. Bukan senang nak senang.. :D
 
adwords tu apa? cuba terangkan?

1. Adwords ni dalam bahasa mudah, syarikat pengiklanan internet yg dimiliki Google Inc. yg mana contoh, anda nak iklankan DEKWAN.COM kat internet supaya orang tahu dan datang ke blog anda. So google wujudkan adwords ni untuk anda membeli ruang iklan untuk beriklan.

2. Tempat iklan anda muncul adalah diblog2, diwebsite yg ada akaun Google Adsense.

3. Jadi, contoh, google charge anda RM100 duit pengiklanan, RM40 akan bayar kepada pemilik Google Adsense, RM60 Google sapu. Anda akan puashati dengan duit RM100 yg dileburkan untuk iklan kerana Google akan jaga setiap pemilik Google Adsense yg mengelat, menipu, atau org yg sama klik iklan anda banyak kali. Google akan jaga anda baik punya dengan banned akaun GA si pengelat ni tadi.

4. Akhir sekali tanpa anda pengguna Adwords, takdalah income google, dan bila takda orang nak beli iklan kat google, google tak masyuk so google boleh bankrupt tutup kedai.
 
Siapa ada kefahaman tentang ini...

you can now display ads from external google certified ad networks on your pages. with more ads competing to appear on your pages, your earnings potential should increase over time.

sy dah baca read more pun tak faham gak..adess
 
fasiska said:
salam sejahtera cik Laling,saya Fasiska,member baru di CariGold.

J: Salam sejahtera, selamat datang ke CG

saya ada sesuatu perkara yang ingin saya minta tolong dari cik laling..Begini cerita nya,baru-baru ni akaun Google Adsense milik saya telah di Approve.jadi saya ingin meletakkannya di blog milik saya, yg ni *****
J: Tahniah anda dah lepas step 1, sudah mempunyai akaun GA


kemudian saya mencuba meletakkan 2 jenis iklan yaitu di sidebar 160x600 dan between post 336x480.iklan tersebut muncul di sidebar,kemudian saya cuba letak di between post.iklan tersebut gagal muncul dan yang peliknya lagi,iklan di sidebar menjadi kosong/hilang.

J: Theme template blog yg awak guna tu, space ruang nak menulis hanya benarkan lebar 300px sahaja tapi ruang iklan nak letak sana saiz lebar dia 336px. Jadi tak bolehlah. Dengan cari saiz iklan yg lebih kecil atau tukar theme template layout yg baru, ia boleh atasi masalah ni.

Iklan kat sidebar tu jadi kosong boleh jadi pasal ni.
1. Letak iklan GA within post ni, kalau kat page tu ada 10 post, hanya 3 jer keluar, post ke 4 atau disidebar akan auto hide by google. Tu sebab org yg pakai teknik letak GA within post ni dia set 3 post jer dalam sesatu page.
2. Atau ia disebabkan code <Div="right"> tu merosakkan sistem coding theme tu.
3. Kena ingat lebar saiz iklan adalah tetap, jadi pilihlah template theme yg sesuai sebab kena ambil kira ruang nak tulis post, nak letak gambar lagi, nak letak 336px ruang iklan..

Cerita yg lain
jadi saya cuba mencari penyelesaian menerusi google dengan keyword bahasa melayu.banyak juga cara yang saya temukan,tapi apabila di cuba semua cara tersebut gagal.

saya cuba english,tapi saya pula lemah di BI.saya terjemahkan lagi saya tambah pening.kemudian saya temukan thread cik laling tentang 'Google Adsense Basic'.

J: Berjaya dengan adsense tapi nak blog tu dalam Bahasa Melayu buat masa sekarang, kurang berkesan sebab, rakyat Malaysia terutama advertiser (Pengiklan) lebih suka beli ruang iklan di suratkhabar, di radio and TV instead melalui Adwords. Maybe dimasa akan datang fenomena ni akan berubah, macam kita tengok Facebook right now iklan BM banyak dan laku difacebook.

Apapun bukan tak boleh letak GA kat blog BM ni, tapi kalau awak serius nak duit setiap bulan mesti ada dalam akaun GA awak, kena blogging in English.

Pertejemahan tu teknik guna Google Translate, tapi saya akui, ia kurang tepat dan merosakkan post dan jalan cerita. So apa kata awak blogging guna point numbering macam contoh blog Tun Dr.Mahathir. - jenis blog straight to the point kurang bunga dan merapu.


saya tertarik dengan beberapa tutorial yang dibuat cik laling,jadi saya pun start baca dari awal.biasanya saya menggunakan google chrome untuk apa-apa laman yang ingin saya buka.tapi sejak saya download versi beta nya,google chrome sering buat hal.

jadi semalam saya gunakan IE untuk baca thread GA basic tersebut,tapi masalah nya thread tersebut lambat sangat load.saya hanya dapat baca thread sehingga ke laman 152.semalam hari kedua saya baca thread tersebut hingga jam 12 malam.

hari ni hari ketiga (saya cuti),saya mengambil pendekatan baru.saya mendaftar pada pagi ini (16/5/2010) dan terus tulis PM ke cik laling untuk minta bantuan mengenai permasalahan saya ini.

J: Terima kasih, jika thread tu dapat membantu awak. Tu sebab di CG memang dari awal, forum ni ditubuhkan bermatlamat untuk sebarkan ilmu info yg bermanfaat secara percuma kat semua orang yg faham bahasa Melayu. Jadi kes crash tu try link ni untuk Chrome - Tak mahu download Beta sebab Beta maksud dia versi yg tengah test tak confirm ok ke tak.


saya harap cik laling dapat membantu saya agar iklan GA dapat diletakkan di blog saya.berikut sedikit info mengenai blog saya ********. saya buat blog di platform blogspot pada bulan 3 2010.

dan saya ingin letakkan iklan GA(adsense for content) 2 jenis :160x600(sidebar) &336x480(between post).
iklan tersebut jenis text ad,font arial small,square corner dan show public service ads.blog saya berbahasa melayu.

J:Awak tukar theme template tu - Sini or kat CG


saya harap cik laling sudi bantu saya ni,template yang saya gunakan jenis minima white.saya ada buat beberapa perubahan di template saya.saya ada juga menggunakan script 'READ MORE' di blog saya.

saya sangka mudah saje letak iklan GA di blog,rupanya bukan seperti yang saya sangka,saya ada meletakkan nuffnang dan advertlet di blog,ianya menjadi seperti yang saya inginkan dengan sempurna,tapi GA banyak dugaan yang saya terima.

saya betul-betul mengharapkan bantuan cik laling,harap-harap cik laling dapat lah bantu saya ye.saya minta maaf seandainya PM ini menganggu cik laling.sebelum tu saya ucapkan terima kasih kat cik laling kerana sudi banyak PM saya ini.

sekian saja terima kasih,wassalam...........

OK harap dapat membantu awak. =D>
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register