BTC USD 83,713.9 Gold USD 4,178.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Adsense Edisi Basic - Khusus Untuk Newbies

Status
Not open for further replies.
acul, saya ada tulis satu ebook percuma tentang apa yang saya cakap sebelum ni. Cuba cek di blog saya.

oh ya, carllys..saya pun jarang gak jenguk sini. Tapi CG ni memang best. Terutama ruangan blogger ni. Hehehe..

tentang backlinck ni. Saya terlupa plak kat mana saya baca. Tapi yang menariknya, saya simpulkan di bawah :
1) one way link : Social bookmarking site
2) Backlink : tukar2 link dengan ada persetujuan
3) 3 way link : yang ini macam trick skit

Tentang meninggalkan komen di blog yang ada PR tu, saya pernah buat. Cuba software CommentKahuna . Percuma je. Saya ada ulas di blog saya ttg commentkahuna
http://diariadsense.com/index.php/2007/12/30/komen-lebih-bermakna-dengannya.html

ps: untuk newbie seperti saya, saya ada satu lagi saranan. Sebenarnya banyak dari teknik2 SEO yang kita selalu dengar kurang penjelasan dan bukti kukuh. Sebabnya si Jonathan Leger dah bongkarkan. Kebetulan saya pula baru nak buat ujikaji bagi setiap teknik2 SEO. Jadi,kalau ada masa,baca la ebook percuma si Jonathan Leger tu. ini pun saya ada buat ulasan jugak.
http://diariadsense.com/index.php/2008/01/11/7-misteri-enjin-carian-terbongkar.html

ps: berapa banyak ulasan daaaa si naem ni.

wah dah ramai promote jonathan ledger...guna link saya kan?? :D

Naem: dengar you hebat tag and ping. Jom jumpa, sembang, bincang. Share ilmu tag and ping saya dengan ilmu kamu yang hebat tentang tag and ping.

Baca dari blog Naem, dia akan dedahkan teknik tag and ping dia. Saya tunggu Naem dedahkan lepas tu inshaAllah saya akan dedahkan cara saya. :D
 
Last edited:
tak kisah nak ambil mana ebook percuma JL tu. Tak guna link sy pun tak kisah. Cuma take note isi kandungan ebook tu. Ada rahsia tersembunyi yang sedang mengikat ramai blogger2 muda untuk lebih cepat ke hadapan sekarang ni.

Saya perhatikan, ramai otai2 blogger yang tak suka pada pndedahan ni ( rasanya ). Sebabnya ia bukan cara mereka. Cara yang mereka belum gunakan dan taknak budak2 baru gunakan. Hohoho..Lawan tokey kot...keheh
 
Ebook tu saja je kasi ayat camtu. Serius la pulak.

Betul tu Naem. Saya juga.

Setiap tools yang saya kasi juga pastinya ada yang super advance for personal use.

Begitu juga teknik atau cara. Saya lebih suka kasi idea kasar, yang selebihnya biarlah orang fikirkan sendiri dengan citarasa sendiri camna nak increase dianya performance.

Bukan tidak mahu kasi dan mendedahkan segala teknik dan tools yang ada. Tapi biarlah kita belajar dengan buat satu-satu manually kerana cara inilah membuatkan kita bertambah ilmu dan lebih memahami sesuatu perkara.

Cara inilah saya belajar sejak dulu hingga kini. Mana-mana yang sudah faham dan bagus, saya automate kan untuk memudahkan saya. :D

InshaAllah kalau kita pelan-pelan belajar, tidak mustahil akan berjaya nanti.

p/s sifoo syed tu sure ada killer teknik yang wife dia je tahu..hehehe
 
Last edited:
arini google update pagerank.. bolela check masing2 punye rank ek.. sekian terima kasih..
 
Ulasan tentang ebook Jonathan Leger (JL).

Lihat thread saya berkenaan dengan pendedahan berani di sini. Saya kaitkan dengan apa yang JL katakan dan juga produk terbaru beliau.

Cara terbaik sebenarnya adalah struktur link laman web kita. Saya banyak belajar personally dengan kelvil hui dan juga pete melalui YM. Malah struktur yang saya kasi itu pernah dikomen oleh mereka.

SAYA KONGSI DENGAN SEMUA RESEARCH PAPER YANG SAYA GUNAKAN UNTUK DEVELOP SISTEM SAYA. Ia amat bagus untuk PR. Di sini barulah anda semua memahaminya bagaimana PR diambil kira oleh Google.
Klik sini

June 2006, saya mula membina web mengikut struktur link yang saya berikan. SAYA GAGAL. Kenapa? kerana saya guna reseller hosting. (saya pernah beritahu syed masa jumpa beliau hari tu tentang perkara ini apabila beliau memberikan idea tentang struktur link).

Kegagalan saya ketika mula-mula dulu:
1. saya guna 20 domain dari company yang sama.
2. saya beli ip berbeza untuk reseller hosting saya tetapi masih dari company yang sama.

Kenapa gagal?
Mulanya dulu saya ingat reseller hosting ini, apabila kita pecahkan mengikut domain seperti kita jual hosting pada orang ramai, crawler akan beranggapan ia dari hosting lain. Saya tersilap di sini.

Ramai yang beli dedicated hosting untuk adsense. Sebenarnya ia tidak memberikan apa-apa benefit untuk adsense.

Sebenarnya:
reseller hosting dan juga dedicated hosting masih dari ip yang sama.

Sebab itu jonathan beritahu kena beli hosting dari negara yang berbeza dan company yang berbeza agar ip berbeza.

Perkara ini tidak ada rahsia kepada mereka dari group pete dan kelvin. Ia telah pun didedahkan sekian lama. Jika anda masuk forum www.theadsensebuzz.com/forum milik pete, anda boleh search username manmoncang. Lihat semua post-post saya di dalam sana yang banyak saya cerita berkenaan dengan struktur link dan juga ip kelas C pada jun 2006.

Jonathan, di dalam ebooknya berkata kita perlu kelas IP kelas C dan hosting dari negara yang berbeza. Ia sukar bukan kerana melibatkan cost. Sama seperti yang kami (saya, pete dan kelvin) pernahkan bincang.

Maka sebab itu jonathan cadangkan produk terbaru beliau. TETAPI MASIH TIDAK BOLEH DILAKUKAN JIKA ANDA MENGGUNAKAN BLOG PERCUMA. Ia memerlukan hosting sendiri yang support php.

Perkara ini yang saya sedang buat research. Macam mana saya boleh update link dalam blog tanpa edit di admin blog. Maknanya dari satu centre sahaja. Jika ia berjaya, kita semua boleh membina struktur link yang saya dedahkan dengan mudah.

Sifoo syed,
Idea seperti produk Jonathan ni aku pernah cakap kat ko masa ko datang bilik aku kan? Tak sempat kita buat, dia dah buat....hehehe.


Struktur link yang baik akan mengekalkan kita pada rank yang terbaik di dalam masa yang lama. So guna saja blog dan cuba susun struktur link antara blog-blog kita.

Sering diperkatakan, Buat blog dari pelbagai blog company dan linkkan antara satu sama lain. Dapatkan backlink dan naikkan PR dengan tag and ping, social bookmark dan comment ke dalam blog-blog yang popular. Itulah dia game adsense yang ramai menjadi penat, letih dan ramai yang kecewa. Post video untuk tambahkan backlink dan juga dapatkan traffic. Submit RSS video yang dipost. Embedkan video ke dalam blog-blog yang ada.

Semua ini secara kasar sahaja dan sebenarnya tidak perlu dilakukan kesemuanya. Kegagalan kita kerana kita tidak merancang struktur link dengan baik. Itu saja. Yang penting kita buat kerja tidak terlalu banyak tetapi mendapat keuntungan yang banyak.

Terima kasih kerana membaca.

p/s siapa ada tools untuk create email sekali banyak? Kalau kasi saya, saya kasitau teknik menarik.
 
Last edited:
p/s siapa ada tools untuk create email sekali banyak? Kalau kasi saya, saya kasitau teknik menarik.

yang ini macam ada hidden teknik je? saya baru je tengah plan nak upah orang siapkan saya 100 akaun emel..hohoho
 
yang ini macam ada hidden teknik je? saya baru je tengah plan nak upah orang siapkan saya 100 akaun emel..hohoho

hehehe...sysss...saya pun terfikir nak upah orang. tapi kalau ada tools cantiklah. Tapi tak nak email provider yang sama. :D

US EMAIL:
100 yahoo email
100 gmail
100 hotmail

JAPAN EMAIL:
100 Hikyaku email
100 gaijininjapan email
100 j-fan email

AUSTRALIA EMAIL:
UK EMAIL:
ARAB EMAIL:

best betul kalau boleh buat ni.
 
Last edited:
duit...duit...duit... seo...seo..seo...

itu je yang ada dlm kepala otak saya. Jap, nak pi baca BPC tu..Nampak macam menarik..Tapi kurang faham lagi..Nak bagi faham dari segi traffik plak.
 
I wonder what all of you are really thinking...

haha..berminat sgt2 nk tau apa la otai2 dok pikey and ilmu diorg ada..

tp tu la..semua tu take time..pelan2 kayuh...

haishh..harap2 aku tak penat kayuh nehh..hehe..

tq2...aku rasa semangat lak sbb byk ilmu2 ada kat sini..hehe..

p/s:hurmm..generate email byk2 wat pe ekk? heh
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register