BTC USD 80,454.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Golden system

Take time, pastikan hati + minda u all clear bila baca..

[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
[3]
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
[6]
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
[7]
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[8]
Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9]
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10]
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
[11]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
[12]
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
[13]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang ***** itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang *****, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[14]
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.
[15]
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
[16]
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
[17]
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
[18]
Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
[19]
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
[20]
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[21]
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
[22]
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
[23]
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
[24]
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.
[25]
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
[26]
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
[27]
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.
[28]
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
[29]
Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[30]
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
[31]
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.
[32]
Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
[33]
Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”.
[34]
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
[35]
Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”.
[36]
Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.
[37]
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
[38]
Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.
[39]
Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
[40]
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
[41]
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
[42]
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
[43]
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
[44]
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
[45]
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
[46]
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
[47]
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).
[48]
Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
[49]
Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
[50]
Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
[51]
Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).
[52]
Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
[53]
Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.
[54]
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.
[55]
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
[56]
Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.
[57]
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa”, (serta Kami berfirman): “Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
[58]
Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ‘ Ya Allah ampunilah dosa kami ‘; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik”.
[59]
Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).
[60]
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, serta janganlah kamu bertebaran di muka bumi ini dengan melakukan kerosakan”.
[61]
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya”. Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”. Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
[62]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
[63]
Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): “Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.
[64]
Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi.
[65]
Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”.
[66]
Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
[67]
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.
[68]
Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”.
[69]
Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya”.
[70]
Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)”.
[71]
Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”. Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”. Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
[72]
Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
[73]
Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu” (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.
[74]
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
[75]
(Sesudah kamu – wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu – mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?
[76]
Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Kami telah beriman”; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: “Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?”
[77]
(Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan?
[78]
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.
[79]
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
[80]
Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?”
[81]
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
[82]
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.

[83]
Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
[84]
Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: “(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing”. Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).
[85]
Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
[86]
Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.
[87]
Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?
[88]
Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.
[89]
Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.
[90]
Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan.
[91]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?”.
[92]
Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.
[93]
Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”. Mereka menjawab: “Kami dengar, dan kami menderhaka”. Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):” Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”.
[94]
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): “Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar”.
[95]
Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.
[96]
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.
[97]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman”.
[98]
Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.
[99]
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.
[100]
Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.
[101]
Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).
[102]
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
[103]
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
[104]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “raaina”, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: “unzurna”, dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[105]
Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

Rahsia = KEFAHAMAN!
 
Sesalan Masa Lalu

بسم الله الرحمن الرحيم

dali-clock.jpg


Alhamdulillah..kalimah ini masih mampu untuk diungkapkan bagi seorang hamba Allah yang lemah lagi dhaif ini,tak terdaya dengan kuasaNya yang maha hebat..Sedar akan hakikat diri..diri ini hanya mampu mengemis cinta kasihNya untuk mengisi kantung hati.

titisan jernih mutiara tanda keinsafan keluar dari kelopak seorang perindu Syurga,perindu syahid fillah,perindu Al-Jannatul Naim.
hati yang lompong diketuk oleh satu bisikan..
layakkah kamu..??
cuba cermin Iman kamu tu..tahap mana??
cukup ke bekalan nak masuk syurga..
jangan nak mimpi kalau dosa dah jadi makan ruji hati..
hari2 dapat dosa free...mintak ampun jarang sekali..layakkah???

subhanallah,betul kata hati karat ana..layakkah ana untuk semua tu???
tiba-tiba sahaja diri ini terpana, masih jauh rupanya ana dengan Allah,
sekelumit ujian yang diberikan seperti merasai menanggung segunung bebanan,berat, tidak mampu untuk menaggalas,hampir rebah menyembah kegagalan..terasa berat.hanya air mata yang terlafaz ,tanda kekerdilan manusia yang tak punya apa.
ilmu?? sedikit cuma..
bagaimana pula masa depan Islam??
yang memerlukan pendokong yang tepu ujian..
taklifan digalas dengan penuh komitmen..
bukan seperti buih di lautan..
yang takut untuk ketengah lautan.takutkan badai ganas yang belum pasti menimpa kita..
suka mengandaikan negatif..

tidak akan ana biarkan ini berlarutan,hati ini perlu dikikis karatnya.
masa lalu yang terbuang,akan menjadi pengajaran untuk bangkit pada masa depan
kreatiflah dalam mengolah suatu kesilapan menjadi supaya menjadi batu loncatan dalam menggunakan signifikasi masa depan sebagai wasilah penggerak rantaian Islam ..





MASA LALU MELAMBAI PERGI






dari alam ruh,ditiupkan kejasad dan dibentukkan seorang bayi comel yang cukup sifat..dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan tarbiyyah dari curahan ibu bapa tercinta..
hinggalah usia mematangkan akal dalam mengenal siapa diri..??
siapa pencipta diri ini..
langsung mencari identiti ..
siapa sebenarnya kita di bumi Allah..
sehingga sekarang..
sekelip mata ,rupa2 nya hidup ana sudah mencapai angka 20.terfikir..apa yang dah dilakukan sebelum tu.
kosong.remind balik.subhanallah,seakan2 baru tersedar dari mimpi ngeri.begitu ngeri kala hidup ana selama ini hanya sebagai manusia biasa..yang penuh kekurangan..

seribu satu sejarah dibentuk oleh peristiwa silam.
macam-macam bentuk dan warna..

Dimanakah masa lalu ana???
hilang tanpa jejak..
ingin sekali ku hiaskan masa lalu dengan perhiasan ibadah yang berkualiti,???
jangan mimipi untuk bertemu dengannya kembali,rajuk yang tak akan pulang selamanya.walau tangisan itu bertinta darah sekalipun,ia masih tetap dengan rajuknya.
bertapa rugiNya insan seperti ana.

oh..sudah basu unutuk disesalkan.Sedarlah yang sebenarnya ana masih hidup pada hari ini dan bukannya masa lalu…
Jangan biarkan dirimu dihantui oleh peristiwa silam mawar ungu,jangan asyik dengan memikirkan perkara atau peristiwa buruk yang telah berlaku.
Ini akan membuatkan dirmu terus berada dalam keadaan bersedih, gelisah dan tidak bermotivasi.
lemah,inu bukan pe..ribadi mu..
ya..ana mesti kuat
Lupakan sahaja kesilapan lalu itu, kerana ianya tidak akan membawa ana kemana-mana pun sekiranya masih membiarkan emosi dan fikiran masih dikuasai oleh perasaan bersalah.

Allahu akbar..
lepaskan..jangan dibawa masa silam


hadirnya ujian,
tak datang sekali seumur hidup..malah sentiasa mengejar kita.setiap hari,jam,minit dan saat.imbasan lakaran peristiwa lalu,menyedarkan kembali hakikat sebenar,masa itu berlalu terlalu pantas.kerdipan mata juga kalah dengan kepantasan waktu.ia sentiasa di depan.jauh meninggalkan.tak kenal erti "tunggu" "kejap" "sebentar" walaupun sesaat,melainkan jam antum rosak.
masa..
sentiasa kedepan tidak mempedulikan ana dibelakang,bersama khayalan dunia yang tak mampu memberikan kebahagiaan abadi,.

firman Allah s.w.t dalam kitab sucinya:

" demi masa,sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran" (surah al-asr)"
"
benarlah juga kata2 imam Ghazali rahimahu Allah:

benda yang paling dekat dengan kita adalah mati,
benda yang paling jauh adalah masa lalu.
benda yang paling ringan adalah meninggalkan solat.benda yang paling tajam adalah lidah.
benda yang paling berat adalah amanah

mutiara kata pula berbisik:

'yang paling jauh bukanlah bintang,bukan jua bulan,tapi masa lalu yang tak akan kembali..semalam mengukir kenangan..hargailah apa yang Tuhan izinkan kau MILIKI hari ini.yang manis jadikan azimat,yang pahit jadikan penawar..dalam senyum,dalam tangisan,pasti tersembunyi buat kita Rahmat..'

pepatah arab juga ada mengatakan

'masa ibarat pedang.sekiranya kita tidak memotong,maka dia akan memotong kita'

pelik bukan,masa lalu punya khibrah tersendiri,punya hikmah yang terselit.bagi ana itulah 'guru' yang mengajar kita agar tidak melakukan kesilapan kali ke 2.Kalaulah masa tu benar-benar pedang pada zahirnya dah lama ana mati katak kerana mensia-siakan masa lalu.tiada ana tiada wujudlah blog ni..
yang pergi biarkan pergi kerana masih ada hari esok untuk kita mencalit secebis memori..


MAHALNYA MASA MUDA

sabda baginda Rasulullah s.a.w.......


“Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.”
[Riwayat al-Baihaqi dan selainnya dari Mu'adz bin Jabal radhiallahu Anhu]


mahalnya harga masa muda.(sekarang) kan?? adakalanya berlalu begitu sahaja.tubuh masih kuat untuk melakukan suatu kerja tanpa kuasa orang lain.bangga.sehinggakan luapa siapa diri kita sebenar.jasad yang di pinjam setiap hati dilambai kubur.tetapi masih tepu dengan segala peringatan,
kerasnya hati,mahu sahaja dihentak supaya berderai segala zhulumat dosa yang membeku keras di hati
Ramai syabab kini yang masih tenggelam dalam keasyikan hari-hari masa muda yang mati dan beku;

sekiranya kita tahu hakikat sebenar,jasad ini hanya dipinjamkan oleh Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya,tapi adakah koreksi balik,adakah dengan punya badan yang sihat, masa yang begitu lapang, digunakan untuk menambahkan amalan,untuk berjihad menegakkan Islam,untuk membantu orang yang zalim dan dizalim??
cuba intai hati kita bocor tak..
baru sahaja titisan iman ingin mengalir masuk,tiba-tiba keluar dicelah-delah retakan hati


..tapi entah apa yang dilakukan oleh kita dimasa lalu ya,
ibadah yang selama ini dilakukan..
solat,puasa,zakat,haji (bagi yang termampu)
amalan2 sunat,
entah diterima atau tidak olehNya.sebelah kirikah atau kanan segala amalan kita di catat.






Pernah tak antum dengar kata2 ni

"orang kata muda hanya sekali..so kita enjoy..

suka benar ikut kata orang

bukan berdasarkan sumber yang sahih

huh..seperti sudah menjadi pegangan anak muda masa kini,

kenapa??

takut akhirat kelak tak bleh enjoy kah..??

sedangkan disana menanti ganjaran yang lebih besar daripada Allah untuk kita bersuka ria.

mereka membutakan mata dan ,memekakan telinga,dan semua pancaindera anugerah Allah 'dihijab' untuk meneriman kebenaran.

jauh dari rahmatNya..

Jadi pemuda-pemudi sekalian, dimanakah akan kamu pergunakan masa muda mu dalam kehidupan ini? Adakah kelak kamu tidak akan berganjak ke mana-mana kerana masa mudamu telah hilang ditelan al-hawa’ ?
masih digelumangai penyakit al-wahn..

MUDA DAN TUA

Kesusahan atau kesakitan masa muda mahupun tika tua,menjadi kafarah dosa-dosa selama penanggung bersabar menempuh ujian.Diberikan ujian pada masa muda ialah kurnia yang sangat dan lebih berharga berbanding diberikan ujian pada masa tua. Masa muda lazimnya adalah awal usia,penuh dengan detik-detik indah. Jadi, rentang masa baki kehidupan selepas itu lazimnya lebih lama. Beruntunglah kalau di awal usia sudah banyak bermuhasabah dan menginsafi diri serta memperbaikkan diri untuk lebih mendekati yang Maha Esa .Rentang masa yang lama selepas itu dipenuhi kebaikan mudah-mudahan ,InsyaAllah. Pada masa muda, fizikal kita masih kuat untuk menghadapi ujian berbanding masa tua. Pada masa muda juga, badan masih kuat untuk beramal ibadat. Andai diberikan ujian pada masa tua pun masih dikira untung kerana setidak-tidaknya masih diberi peluang oleh Allah walaupun dikira pada hujung usia emas.

Ayuh Syabab fillah terimalah ujian Allah yang diberikan baik pada masa muda atau tua dengan redha. Anggaplah ia sebagai kurniaan yang sangat berharga dan sebagai peluang untuk kita manfaatkan sebelum Dia menjemput kita menemuinya di Alam Baqo’ kelak.

p/s:'peringatan buat diri dan juga sahabat'...=)
WALLAHUA'LAM

sumber..

have fun
 
sesunguhnya kehidupan itu merupakan PILIHAN.

anda boleh memilih sama ada kehidupan positive atau kehidupan sebaliknya.

kehidupan manusia menjadi suck adalah disebabkan tiadanya PLANING.

anda juga boleh memilih..

"Make me proud...." atau "Jangan malukan saya..."

anda juga boleh memilih sama ada..

"bersikap lah seperti orang yang bijak..." atau "jangan buat kerja *****..."

anda juga boleh memilih sama ada inginkan life partner..

"yang cun, cute..." atau "focus kepada sifat-sifat life partner yang anda benar-benar inginkan..."

dalam kata yang lain.. sifat outer atau sifat inner...

mereka yang bijak lebih mementingkan sifat inner life partner, kerana ianya bersifat kekal...

mereka yang bijak juga mengetahui umur-umur yang berlalu menyebabkan sifat luaran akan berubah...

belajar lah ilmu komunikasi kerana anda akan berjumpa dengan manusia untuk 30 tahun, atau 40 tahun, atau 50 tahun yang akan datang....

belajar lah ilmu berkaitan kemanusiaan agar anda boleh hidup dengan penuh kebahagiaan..

bukan salah manusia, bukan salah knowledge, bukan salah customer, bukan salah business, bukan salah segala-galanya...

ketahuilah segalanya kesenangan manusia lain itu adalah berdasarkan planing secara sedar..

ketahuilah segala kegagalan manusia lain itu adalah bedasarkan planing secara tidak sedar..

bukankah.. "fail to planing = planing to fail...."

terima kekurangan diri, lahirkan kesedaran dari dalam diri, perbaikilah ia secara phase by phase, nescaya kebahagiaan akan menjadi milik anda, bermulanya ia ketika anda memegang sebatang pen dan kertas... bukan lah ia 'setelah' anda memperoleh apa yang dihajati..

didalam kehidupan pilih la diantara setelah anda menjadi Internet Marketer yang Power, kemudianya anda mengambil sekadar yang perlu , bagi memenuhi keperluan anda, dalam masa yang sama anda membantu banyak manusia lain membina kehidupan yang lebih bermakna...

atau anda menjadi Internet Marketer yang Power dan anda menjadi kaya-raya dalam masa yang sama anda membantu banyak manusia lain membina kehidupan yang lebih bermakna...

sudah tentu ianya bukan mudah, oleh itu kecekalan adalah dituntut nescaya kejayaan yang anda perolehi kelak menjadi lebih bermakna...

setelah segala-galanya gagal, apa yang penting anda dapatkan kembali diri anda dengan cara memberi ruang dan masa beberapa ketika..

ketahuilah, tuhan inginkan anda mengenali diriNYa dengan lebih dekat... dalam masa yang sama anda menjadi orang yang baik..

awas saudara, jauhilan segala kejahatan, jauhila manusia-manusia yang jahat supaya anda juga tidak dicop sebagai sebahagian dari mereka-mereka yang jahat.. jangan sesekali lakukan kerosakan kerana secara ia sebenarnya anda menzalimi diri anda sendiri dalam jangka masa yang terlalu lama..

belajarlah cara hidup berdasarkan agama anda agar setiap hari anda mendapat blessing...

belajarlah cara membersihkan minda + cara membersihkan hati kerana ianya adalah sesuatu yang anda sangat-sangat perlukan... ketahuilah ianya sesuatu kebaikan yang terlalu besar kepada diri sendiri..

bagi mereka yang masih strugle, agar tidak menjadi sifat putus asa dalam diri diperlukan penelitian yang benar-benar halus related why diri anda terlalu inginkan sesuatu itu..

selagi boleh penelitian itu adalah sesuatu yang bermakna, agar setelah anda mendapatkanya tidak menyesal dikemudian hari..

carilah sebanyak mana harta kekayaan agar ibu anda benar-benar bangga dengan diri anda, bukankah ianya sesuatu yang lebih bermakna...

bermulanya kejayaan itu setelah anda benar-benar mengetahui apa yang anda inginkan..

adalah lebih munasib punca masuknya wang kedalam account anda dari beberapa sumber..

kenalilah diri anda sendiri sedalam yang mungkin kerana diri anda merupakan kawan yang senantiasa mendampingi ketika waktu-waktu senang dan waktu-waktu sukar..

hormatilah adik-beradik anda yang lebih umurnya, dan nasihatlan adik-beradik anda dengan penuh kasih sayang, kerana ianya sumber kebahagiaan yang abadi..

ketahuilah ayah anda tidak pernah membenci anda ketika marahnya ia kepada anda..

ketahuilah ibu anda menyayangi anda melebihi dari jangkaan anda.. mulianya ibu anda itu sehingga redha tuhan yang maha mulia berada dibelakang redha ibu bapa anda...

jagalah life partner anda, kerana 'dia' merupakan pembantu anda yang sangat setia..

fahamilah jiwa anak-anak anda pada umurnya 7 tahun yang awal, 7 tahun yang ke-2, 7 tahun yang ke-3, dan seterusnya... pada peringkat-peringkat ini diperlukan kebijaksanaan diri anda mengajar, menasihati, menegur, menjadi kawan, dan sebagainya.. diri anda itu cermin generasi anda, dan generasi anda itu cermin diri anda.. kebijaksanyaan anda amat-amat diperlukan agar mereka menjadi manusia yang bahagia selamanya..

beringan mulutlah anda kepada jiran kiri dan kanan 40 keluarga jauhnya dari tempat tidur anda, kita tidak boleh menolak kebahagiaan kita sebahagianya disebabkan kenalnya anda kepada jiran-jiran anda..

jika ada antara mereka yang tidak sama agamanya, ketahuilah mereka juga manusia seperti anda..

bagi pihak saudara mara yang terdekat adalah dituntut diutamakan kerana mereka juga mempunyai darah yang sama seperti anda..

anda perlu menjadi orang yang mampu memberi dan menolong sedaya yang mampu, kerana ianya pesanan daripada nabi yang anda kasihi..

maafkan diri anda, maafkan kelemahan agama dalam diri anda, maafkan kekurangan pengetahuan dalam urusan mengumpul harta kekayaan, maafkan segala mereka yang belum pernah menyakiti diri anda pada masa yang lepas, masa sekarang, dan masa hadapan.. diri anda itu memerlukan kemaafan yang paling dalam, agar ianya mandapat kebahagiaan yang berkekalan...

agar diri anda mendapat kesan dari segala yang anda lakukan, hendaklah segala perbuatan itu walaupun sedikit berterusan.. nescara nampak akan segala perbuatan itu oleh tuhan.


segalanya PILIHAN.


have fun
 
namun tujuan adalah satu iaitu..
saat berjumpa dengan rabbul a'lamin...

berakhir seluruh apa yang kita lewati...
dari kehidupan kepada tujuan tunggalnya...
iaitu berjumpa dengan allah.....

jangan tahan lidah mu menyebut nama allah...
jangan berat menyebut nama allah...
dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama allah...

kami berlindung padamu dari pedihnya siksa kubur...
kami berlindung padamu dari pedihnya siksa neraka...
pastikan kami selamat dari ini semua...

Change, like sunshine, can be a friend or a foe, a blessing or a curse, a dawn or a dusk...
 
sifu ni mmg tahap hakikat ihsan hakikat insan ni.. syabas.

perkongsian yang padat dan menarik. tapi tak sempat baca. insha Allah azam.

syukran.
 
sifu ni mmg tahap hakikat ihsan hakikat insan ni.. syabas.

perkongsian yang padat dan menarik. tapi tak sempat baca. insha Allah azam.

syukran.

hakikat? belum sampai lagi... i lagi suka mengelarnya kemahiran kehidupan...

nk sampai dekat level tu, memang terlalu sukar...

nak kenal pasti apa yang UTAMA
nak kekalkan yang UTAMA

nak kenal pasti FOCUS
nak kekalkan FOCUS

xxxx.jpg







Tapi kan, kalau manusia itu dapat achieve level tu dia dapat awek cun IQ EQ 'PQ' SQ.... :)paid

xxx.jpg
 
hai u...

topic kali ini adalah
  • kenal
  • connection (hubungan)


Jika saya kata siapa TPM Malaysia, semua orang kenal right?

kenal just kenal la kan...

Tetapi adakah anda mempunyai connection (hubungan) dengan beliau?


kalau 1 manusia yang ada hubungan dengan pejabat TPM, macam-macam faedah boleh dapat, like:

  • minta surat sokongan
  • minta project
  • minta senangkan urusan

dalam kata yang lain...


contoh lain...

siapa kenal DMFK? (pakar motivator)

semua orang kenal ye tak?

tetapi you all ada hubungan tak dengan DMFK?

kalau kenal je, just kenal la kan...

tapi kalau ada hubungan how?

lagi-lagi hubungan yang rapat, macam special student..
kita boleh access direct kepada DMFK...

banyak benda yang boleh belajar ye tak...
bahkan u boleh tahu knowledge-knowledge yang beliau tidak release kepada public...



main point is.. bila kita kenal + ada hubungan kita akan dapat banyak manfaat ----> right?




Bagaimana pula dengan ketuhanan?
  • Anda kenal tuhan?
  • Anda ada connection dengan tuhan?

ramai manusia kenal tuhan, tetapi ramai manusia tidak ada connection dengan tuhan...

tu fasal life manusia al-harru wal birru.. :)

ramai manusia minta, tetapi tidak dapat apa yang diminta..

Tuhan dah cakap..

"Your Lord Says: Call Upon Me, I Will Answer You"


tapi bila kita doa / minta,
untuk menjadi manusia yang hampir kepada tuhan, tuhan tak reply

bila kita doa / minta,
untuk mendapat $7,000,000 dalam acc bank + $35k monthly income, tuhan tak reply

bila kita doa / minta,
ourself balance
our family balance
our relatives balance
our neighbour balance
our society balance

terutama manusia-manusia yang close dengan diri kita total balance....


semua tuhan tak reply...






siapa tahu why tuhan tak reply?


Macam mana nak kenal tuhan?
Macam mana nak buat connection dengan tuhan?



dan kemudiannya semua yang kita minta, semua tuhan reply..

brilliant words

"what goes (total) around comes (total) around........"



fikir-fikirkan...








have fun
 
Last edited:
ini ilmu? or ilmu logic? or ilmu art? or hikmah?

7 Wanita Bertanya, 1 Orang Lelaki Menjawab.

mawar-merindu.jpg

Kaum wanita selalu cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.

Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat …sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Lelaki-soleh.jpg

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil.

Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik.

Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?

Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga.

Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak!

Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita.

Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.

Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai.

Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah.

Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya Dia tersenyum saat tertekan Tertawa di saat hati sedang menangis Memberkati di saat terhina..

Dan mempesona kerana memaafkan. Wanita cantik, mengasihi tanpa marah dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah….

Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup Adakah lagi subuh esok… Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu Berikan daku kesempatan menebus kesalahan lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakanMu Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba..

“Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika”

sumber..

Adakah ianya kemahiran? or kelebihan? or sesuatu yang 'boleh' di pelajari?

Sabda Baginda: "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua".( Hadis riwayat Abu Daud)

Untuk setiap penyakit ada penawar..
  • penawar bagi mereka yang salah faham
  • penawar bagi mereka yang susah sangat nak jadi kaya jiwa
  • penawar bagi mereka yang susah sangat nak jadi kaya harta

just u kena 'learn' how to do it...

have fun
 
Last edited:
pcahkn pew? :-?:-?
ko mcm Goldtrack.. cuma lebih bijak..
GO TT.. :)cgrock:)cgrock

related dengan polik, saya just ambil tahu.. not more then that.. yang benar itu benar, yang salah itu salah, kedua-duanya mempunyai kebaikan, dan keduanya sebagai manusia mempunyai kekurangan, mistake. dalam satu analisis dikatakan jumlah voters adalah sebanyak 11 juta manusia, 5% daripadanya merupakan hardcore, dan selebihnya 50/50.. 11 juta itu tidak sebanyak 30 juta rakyat malaysia... jika manusia itu mampu berfikir secara neutral, nescaya kebahagiaan akan dimiliki..

u story fasal orang lain, itu yang i kurang berminat nak quote..:D

nampaknya ada perubahan setelah berjumpa manusia yang alim... alangkah indahnya jika berjumpa manusia yang alim setiap hari, paling kurang satu kali dalam satu minggu atau 3 hari 1 kali.. buat peringatan hati yang lalai..

dekat CG ni saya just research + research + uji kaji + beberapa perkara... mind set manusia, focus, stigma, opinion, perspektif, knowledge level, kefahaman level, interes, dan sebagainya... kebanyakkanya dari kalangan malay yang begitu unique.. kajian yang menyatakan special-nya malay itu ada kebenaranya... special itu tiada gunanya andai tidak berterusan cahaya masuk kedalam hati, serta berdamping dengan team (jemaah).. tiadanya kemampuan manusia tanpa berterusan + team... supersonic melakukan research 'golden system' secara team, setiap dari mereka mempunyai kajian yang begitu mengkagumkan.. just tukar-tukar idea... isi masa lapang je pun..

related dengan bijak, genius, brilliant...

apabila manusia mempunyai knowledge yang tepat + apply secara tepat + sharing secara tepat + protect secara tepat.. hasilnya manusia itu akan bertingkah laku secara bijak dari segi pemikiran, perasaan, dan tindakan secara berterusan... syarat bertambahnya ilmu secara specific-nya (kefahaman) adalah 'apply secara consistent'... segala ilmu yang masuk kedalam kepala manusia hanyalah berupa information... banyaknya info dalam kepala belum mampu menjamin action secara consistent... banyak yang berlaku pada manusia yang digelar educated tetapi mempunyai tingkah laku songsang, seperti keinginan sesama sejenis manusia... info hanyalah info, not more then that... jika info itu memberi kesan kepada hati nescaya manusia itu akan menjadi manusia yang benar...

glas separuh penuh atau separuh kosong..

manusia itu perlu kenal pasti secara specific berkaitan bijak

  • islamic idea bijak itu apa?
  • universall idea bijak itu apa?
  • our culture idea bijak itu apa?
  • rich people idea bijak itu apa?
  • poor people idea bijak itu apa?
  • religious person idea bijak itu apa?
  • apa yang parent kita katakan mengenai bijak?
  • apa yang kawan-kawan kita katakan mengenai bijak?
  • bagi mereka-mereka yang genius idea bijak itu apa?
  • bagi mereka-mereka yang educated idea bijak itu apa?

supersonic idea bijak itu apa?
forumer cg idea bijak itu apa?

apa yang paling penting adalah apa yang 'awak' berikan pengertian terhadap diri sendiri berkaitan bijak?

guys, kalau u nak jadi brilliant u perlu latih minda supaya berfikir secara specific + tepat...

tepat tanpa specific tak kena
specific tanpa tepat juga tak kena

islamic idea berkaitan bijak..

manusia yang bijak, mereka yang ingat mati + buat persiapan untuk mati...

idea berkaitan berfikir secara specific + tepat mati itu apa?

ingat mati itu apa?

buat persiapan itu apa?

dikatakan manusia yang ingat mati akan mempunyai 'perfomance' yang begitu dahsyat, dari segi luaran dan dalaman..


tetapi kenapa bangsa malay itu begitu ketinggalan dari segi...

  • quality iman
  • quality solat
  • quality ilmu + zikir
  • quality akhlak
  • quality ikhlas, istikhlas, ihsan,
  • quality sacrifice
  • quality pemikiran
  • quality opinian
  • quality money in your bank
  • quality monthly income
  • quality weekly income
  • quality daily income
  • quality business planning
  • quality relationship
  • quality love
  • quality sharing is caring
  • quality business
  • quality life
  • quality art
  • quality dressing
  • quality self esteem
  • quality affirmation
  • quality nlp

dan apa yang paling penting adalah quality memberi menjadikan total 7 billion manusia happiness, respect...

bagaimana pula dengan quality iman
bagaimana pula dengan quality amal
bagaimana pula dengan quality berpesan kebaikan / kebenaran dalam business life art religious
bagaimana pula dengan quality berpesan kesabaran

mana pergi QUALITY ini ye...

WHAT HAPPEN IN THIS WORLD! TELL ME WHY?
http://www.youtube.com/watch?v=_j6IBdHW_rY

what is real and realistic?

sebenarnya nak cakap manusia have know nothing, cause manusia have no everything...

manusia tak tahu, tetapi bertingkah laku seolah-olah seperti tahu...

memberi pendapat yang begitu low level... tanpa disedari ****** diri begitu terserlah...

so sad...

sebab itu manusia itu perlu kekal pada status student sampai mati...

pada ketikanya manusia berkata saya telah pandai = pada ketika itu juga manusia menjadi ******
pada ketikanya manusia berkata saya lebih tahu = pada ketika itu juga manusia menjadi ******
pada ketikanya manusia berkata saya banyak makan garam = pada ketika itu juga manusia menjadi ******
pada ketikanya manusia berkata saya lebih faham = pada ketika itu juga manusia menjadi ******
pada ketikanya manusia berkata saya banyak belajar = pada ketika itu juga manusia menjadi ******
pada ketikanya manusia berkata saya islam yang tulin = pada ketika itu juga manusia menjadi ******
pada ketikanya manusia berkata saya lebih berilmu = pada ketika itu juga manusia menjadi ******

pemikiran + sifat + tingkah laku..... begitu terserlah dalam penulisan, penilaian, pengamatan, pemikiran, dan sebagainya... ******-nya manusia itu dipandang pada mata manusia yang benar-benar brilliant...

kita tak tahu apa-apa pun, dan kita tak faham apa-apa pun... tapi kita berlagak seolah-olah kita tahu / faham / berilmu atas segala-galanya....

bagaimana segala amalan manusia yang disangka baik + ada quality pada penilaian yang begitu low level disangka benar dan baik? tanpa disedari amalan itu akan dicampakkan kembali kepada pelaku amalan tersebut...

apa yang perlu manusia lakukan adalah berterusan belajar + apply .. iman yang baik + amal yang baik + berpesan yang baik + berpesan kesabaran yang baik secara berterusan itu adalah 'kunci' pembuka rahsia dalam rahsia...

yang terbaik 'berterusan' itu = apply + team

kenapa kita perlu berterusan berpesan kebenaran?

kerana supaya cahaya berterusan masuk + cahaya yang ada kekal dalam diri kita...

sampai bila berterusan itu?

akan datang satu saat bibir kita tidak lagi bisa bergetar menyebut nama allah...

oleh itu...

jangan tahan lidah mu menyebut nama allah...
jangan berat menyebut nama allah...

(zikir lisan+zikir qalbi+ zikir tingkah laku)

btw, ini just idea yang simple.....
  • maybe 100% benar
  • maybe 50/50 benar
  • maybe total salah

i ada satu kawan, yang share idea related dengan KEMATIAN... terkejut juga pada awalnya, 'girl' yang tulis ni... tak sure la yang menulis itu faham atau yang membaca itu lebih faham, atau keduanya faham, atau keduanya still research, atau keduanya sampai sekarang tak faham-faham... (kalau ikut system, selain opinion yang bukan ahli, its all just idea..)

mengikut islamic idea, bila manusia itu ingat mati dia akan jadi power...

tapi kenapa ramai orang islam macam ****** je, level mereka tidak ubah seperti buih dilautan.. yang tiada nilai...

ada yang kata, disisi tuhan mungkin berbeza... ya saya setuju... tetapi dimana sifat memberi secara total (berpesan kebenaran).. mengapa manusia itu menjadi user? real and realistic la bro? dalam islam juga ada kata dari 1000 orang 999 total ******... dalam islam juga kata dari 40 yang berhimpun ada 1 yang berquality...

benda ini just ayat-ayat dalam ducument yang dijaga rapi, yang menjadi persoalan bila masanya total document itu dapat kita apply? mengadu kelemahan diri atau sembunyikan keb.odohan diri, atau maybe menipu diri sendiri ?

adesssss.... tak minat la nak maki hamun manusia... ia sebenarnya cermin pada diri (yang fasih akan fasih)....

lagi banyak u maki hamun manusia, walaupun u kononya benar 100%... sebenarnya u total ****** 100%.....

seperti kisah nabi musa (as) yang berjumpa satu orang alim.... al kisahnya peringkat ma'rifat bertemu peringkat ma'rifat...

the lesson is.. tiada siapa boleh berkata mereka benar 100% walaupun ianya benar PADA MASA INI, SEHINGGALAH SAMPAI MASA YANG DITETAPKAN...

pada ketika kalian berkata diri kaliaN buat benar, atau pada ketika kalian menyaksikan manusia berkata kesalahan orang lain DALAM MASA YANG SAMA BERKATA DIRI BENAR...
KETAHUILAH PADA KETIKA ITU, BAGI EMPUNYA JIWA, KEB.ODOHAN ITU KEKAL DALAM DIRI MANUSIA ITU SELAMA-LAMANYA... (kecuali u taubat)


manusia perlu fikirkan...

persiapan sebelum mati (tanggungjawab 'kehidupan' di planet bumi)
persiapan semasa mati (bagi diri, family, relatives, neighbour, society) --> tinggalan harta + tinggalan anak soleh + tinggalan ilmu bermanfaat (business, life, art)
persiapan untuk setelah manusia mati... (iman + amal + berpesan kebenaran + berpesan kesabaran)

manusia juga perlu fikirkan... jika berminat untuk achieve $7,000,000 dlm acc bank + $35k income..

  • planing before jadi kaya harta
  • planing at present kaya harta
  • planing after jadi kaya harta

tiada pilihan, melainkan berterusan melakukan iman + amal + berpesan kebaikan (apa sahaja) + berpesan kesabaran (apa sahaja)...

Yang terbaik adalah kita respect usaha saudara kita untuk religious, sesungguhnya semua manusia itu unique, dan terlalu banyak kekurangan dalam diri... berfikirlah begini, nescaya kamu akan mengecapi kebahagiaan abadi..

have fun


Mati itu pasti..

Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati..

Cepat atau lambat, pasti akan mati..

Cuma tak tahu bila, di mana dan asbab yang akan menyebabkan kematian..

Orang yang paling cerdik di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa ingat akan mati..

2-3 hari nie, jiwa aku resah gelisah takutkan mati..

Bila malam nak tido, rasa takut membuak2 dalam diri jika esok hari tiada lagi bagiku..

Mungkin saja pagi besoknya, aku sudah tiada di alam ini sebagai makhluk Allah yang bernama manusia..

Aku mungkin akan bertukar menjadi roh..

Menyaksikan ratapan ahli keluarga yang terkejut dengan pemergianku yang tiba-tiba pergi tanpa sebarang pesan..

Adess…

Adakah normal perasaan ini..

Adakah ia perlakuan fitrah bagi seorang manusia..

Mungkin juga ia perasaan biasa yang kadang2 kita dapat rasa, kadang2 tidak..tenggelam timbul..
Nowadays, ramai manusia takut mati macam aku..Cuma mungkin sebabnya berlainan kenapa kita masing2 takut mati..

Bila takut mati, macam manusia buat untuk ambil langkah pencegahan sebelum mati datang dengan tiba-tiba..

Kita makan supplement la, jaga kesihatan la, jangan makan garam terlebih untuk avoid penyakit merbahaya..masing2 takut dengan penyakit, kanser, barah..

Bila tengok pesakit di sekeliling kita yang sedang menderita menunggu hari kematian akibat kanser, for sure kita akan terdetik di hati,

‘Nauzubillahi min zalik..Ya Allah takutnya..jauhilah aku dari penyakit ini..aku belum bersedia untuk mati..’

Satu persoalan yang harus kita pikirkan bersama, kita takut mati sebab belum puas menikmati dunia ini atau risau amal ibadat kita belum cukup..

Kadang2 kita jugak pernah terfikir, kalau aku tiba2 mati, macam mana dengan anak2 aku, saper nak jaga dorang nanti..

Kalau aku tiba2 mati, macam mana dengan bisness aku nie, saper yang boleh handle selain aku nanti..

Huhuhu..banyak lagi ketakutan2 seperti itu yang berlegar2 dalam hati manusia biasa macam kita..dan tanpa sedar, ketakutan itu ada hubung kaitnya dengan duniawi..

Mungkin jugak perasaan takut ini kerap membelenggu diri sebab takut kena seksa..huhu..takut kena seksa, sebab aku selalu rasa apa yang aku dah buat2 sebelum nie masih belum mampu menempatkan aku tempat yang terbaik di sisiNYA..

Hakikatnya, jika hidup ini bertujuan semata2 kerana Allah, kita perlu takut untuk bertemu dengan NYA dikuathiri amal ibadat kita belum cukup..

Kalau sebelum ini, kita sudah melakukan amal soleh, bagaimana dengan quality nya..

Sekadar melakukan amal yang wajib, atau ada ditambah dengan amal2 sunat..

Ada kemungkinan jugak amal2 soleh kita bakal dicampak balik ke muka kita kerana tidak diterima..huhu..

Kenapa tidak diterima?

Riya’

Ujub

Tidak ikhlas

Huhu..mungkin juga amal ibadah kita tadi dilakukan seharian hanya sekadar habit biasa..macam makan, minum, pegi toilet..

How to channel this feeling into positive way..?

Hidup ini ladang terbaik untuk mendapat khusnul khatimah..

Jika permulaan nya baik, kita mesti maintain prosesnya juga baik, supaya pengakhiran jauh lebih baik..

1) ikut manual yang diberi
Buat apa yang disuruh sebaiknya, tinggal apa yang dilarang..

Islam sudah menggariskan semua itu dengan sempurna..

Tugas kita hanya beramal..usah difikir sangat hingga keterlaluan yang melampau perihal alam ghaib jika mampu merencatkan tanggunjawab kita seharian..

2) Dalami erti hakikat kematian yang sebenar..
Kematian hanya umpama sebuah tidur dan persinggahan sebelum kita bangun di hari kiamat untuk dihisab dan diadili atas segala yang kita lakukan di dunia..

Kita harus tahu ke mana kita akan pergi selepas mati..

Mati bukan hanya sekadar ditanam di dalam tanah dan ditinggalkan seorang diri tanpa teman, tapi lebih dari itu..

Bukan hanya sekadar melihat kubur, kita jadi takut..

Mungkin kita kurang perhalusi akan datangnya Munkar dan Nankir selepas ditanam, disiksa dengan ular2 yang besar jika culas solat dll azab di dalam kubur sebelum dibangkit pada hari kiamat kelak..

Jika kita sedar akan hakikat ini, kita akan berhabis2an buat yang terbaik dan menghabiskan umur kita dengan menambah amal2 soleh..

Then, lama2 kita realized, kita bukan takut mati yang secara jasmani itu, tapi takut jika amal2 atau rohani kita yang tidak dilakukan dengan baik semasa hidup..

Huhuhu..

3) Upgrade iman, taqwa

‘ bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun lagi,

Beribadatlah kamu seolah2 kamu akan mati besok hari…’

Very true…

Jika kita terbayang besok kita akan mati, pasti kita akan solat yang terbaik hari nie..berusaha semaksima mungkin untuk khusyu’..hati akan bergetar dan sayu umpama berkomunikasi dengan NYA..

Umpama Untuk hari yang terakhir, kita akan cuba mengelak dari berbuat dosa, tidak mahu menyakiti hati sesiapa lagi, dikhuatiri tidak sempat mahu meminta maaf..

4) Ingat mati, bukan takut mati..

Ingat mati, Takut Allah..

Yang perlu ditakuti hanya Allah..

Beza ingat dengan takut tu..:)

Ingat mati umpama reminder atau pemandu jalan kita semasa berada di dunia nie..

Apabila gigih melakukan urusan dunia, jangan ditinggalkan urusan akhirat kerana semua itu bakal diadili selepas mati..

So, bila kita ingat mati yang mungkin menjelang dengan tiba2 tanpa sebarang signal, kita akan bersedia dengan sebarang kemungkinan..

Ingat mati mampu mendorong kita ke arah yang positif jika tahu menggunakannya dengan baik..

But, Takut mati yang agak keterlaluan mungkin akan membuatkan kita murung, down, sugul pikir yang macam2..

Bukankah mati itu pasti, jadi bersedialah...:)

5) jangan takut mati, tapi takutlah jika hati kamu mati..

Huhuhu..

Hati mati lebih parah dan lebih sadis..

Umpama robot yang melakukan pekerjaan seperti disuruh tuan nya tanpa memahami sebarang tujuan atau makna..

Mungkin jugak umpama bangkai bernyawa..adess..

Bila hati mati, rohani mati, hidup sudah tiada nilai..kita akan terus tenggelam dalam penjara dunia rekaan kita sendirik..

Hati kita bagaikan tiada perasaan apabila mula melanggar perintah Allah..tidak terdetik perasaan menyesal jika melakukan dosa..




Dalam mengingati kematian, Al Ghazali membahagikan manusia kepada tiga peringkat iaitu:

1) Al Munhamik

Mereka yang tenggelam dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia.

Tidak mahu mengingat kematian dan enggan untuk diingatkan..

Jika diseru supaya mengingati kematian, makin jauh dia berlari..

Hidup mereka terus bergelumang dosa dan maksiat..

2) At Taib

Mereka yang selalu bertaubat memohon keampunan daripada Allah.

Banyak mengingati kematian yang akan mendorongnya beramal dan mempersiapkan bekalan untuk ke akhirat.

Kalau pun takut dengan kematian, adalah kerana risau dan khuatir memikirkan bekalan yang belum cukup untuk mengadap Allah swt..

3) Al ‘Arif

Mereka yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah.

mereka sentiasa mengingati kematian bahkan teruja menanti saat itu kerana baginya kematian adalah detik pertemuan dengan Allah swt , yang paling dicintai dan dirindui selama ini..

Mereka juga mempersiapkan diri semaksima mungkin untuk menghadapi mati..



WHAT HAPPEN IN THIS WORLD! TELL ME WHY? ---> awak i rasa the secret is ingat mati? awak setuju tak.. :D
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register