BTC USD 81,159.0 Gold USD 4,378.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Golden system

jika anda ingin mencari kekayaan + kebahagiaan di dalam wang ringgit, anda tidak akan menemuinya...

anda hanya akan menemui kekayaan + kebahagiaan di dalam ilmu + pengalaman + kebijaksanaan di dalam kehidupan...

fikir-fikirkan

have fun
 
http://www.youtube.com/watch?v=7HUpo2eXahg&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=7pSZKaXlKLM&feature=related

tidak ada benda yang terlambat dalam religious...

tak salah belajar ilmu dunia, yang salah tak belajar ilmu religious...

yang sibuk sangat kaji fasal dajjal, kiamat, etc tu kan... ini semua bukan masalah...

masalah sekarang adalah
  • kehidupan day by day sebelum mati
  • keadaan semasa u mati
  • keadaan selepas u mati

dah kaji jauh sangat, benda basic terlepas pandang....

siapa dekat sini pernah buat niat untuk jadi imam kepada parent?
siapa dekat sini pernah buat niat untuk memandikan jenazah parent?

wait, wait, wait...

soalan itu jauh sangat...

siapa tahu solat jenazah macam mana?

susunan baris macam mana?
niat macam mana?
berapa takbir?
takbir ketiga nak baca apa?

so jaga 'picture' dalam kepala u....

apa perkara UTAMA dalam kepala u?
apakah perkara yang paling UTAMA dalam kehidupan?

money making?
siapa berminat untuk ada $7,000,000 dalam acc?
siapa berminat untuk achieve consistent $35k / monthly?

picture, picture, picture.....

kita biasa dengar, berkawan la dengan pembuat minyak wangi, kamu akan merasa wangi.

siapa 'ikhwan' kamu?


have fun
 
Last edited:
Suka baca post ni, luas sungguh ilmu sedara, gemar membacanya.. saling mengingati.. thanks tuan..
 
KALAU SAYANG IBU, Silalah baca...

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya..



kadang-kadang manusia nak pergi ke peringkat syariat --> tarikat --> hakikat --> ma'rifat
nak juga supersonic tanya untuk apa u nak achieve level tu?

sesuatu yang perlu kita tahu level syurga = bawah TAPAK KAKI ibu... tapak kaki je lol...

ramai orang nak masuk syurga, nak juga supersonic tanya untuk apa u nak masuk syurga?
pernah tak kita fikir macam mana nak pastikan ibu kita masuk syurga?

ada orang lak, sibuk nak kembangkan religious?
nak juga supersonic tanya untuk apa u nak kembangkan religious?
dalam masa yang sama u pernah fikir macam mana nak bahagiakan ibu kamu?

ada orang lak sibuk nak bantu society,
nak juga supersonic tanya untuk apa u nak bantu society?
dalam masa yang sama u pernah fikir supaya ibu kamu 'bahagia'?

picture dalam kita nak masuk syurga lebih besar around 70%....
tapi picture dlm kepala kita nak bahagiakan ibu kita = 'x'... u nak tahu berapa?
macam mana kalau supersonic kata 'ZERO'... (sebab kita tak pernah focus nak buat benda ni)

kita plan nak power dalam spiritual (aqidah + syariat + akhlak)
kita plan nak power dalam business (online + offline)
kita plan nak power dalam relationship (i,f,r,n,s)

pernah tak kita plan macam mana nak buat ibu kita bahagia sebaik pandang wajah kita?

ish.. ish.. ish.. tanbihul ghafilin ---> buat u dan i :)

siapa tahu 'kehidupan' yang kita terlalu inginkan itu apa?

dah jauh kita berjalan, tetapi kita terlepas pandang benda-benda basic... camne nak berjaya?

- bg yg dah buat planing, re-planing balik
- bg yg belum buat planing = u planing to fail
- bg yg dah buat planing tapi planing macam nak muntah... lupakan je la...


pandangan ibu pada seorang anak?
  • pandangan penyejuk mata
  • pandangan 50/50
  • pandangan simpati


[STRIKE]nak pergi peringkat tinggi dalam, tasauf, dajjal, lucifer, conspiracy tu lupakan je la...
kalau 'ibu' u pun pandang u macam nak muntah... kehkehkeh... (jangan marah ek, gurau-gurau je )[/STRIKE]

mana lagi best, sturdy conspiracy? atau kita belajar macam mana nak buat supaya ibu kita pandang dengan pandangan qurrata'yun (penyejuk mata)..


have fun
 
hari ini kita perlu sedar diri + sedar ruang, dalam semua tingkah laku yang kita lakukan berulang-ulang kali, terdapat terlalu banyak kekurangan... yang kita nampak dan yang kita terlepas pandang... selagi boleh sesama 'insan' tu forgive-kan la ok, walaupun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...

penulis (supersonic) sendiri mempunyai banyak kekurangan, dalam menyampaikan idea, menulis, tulis pun banyak salah :D .... kepada mereka-mereka yang lebih knowledge-nya minta tunjuk ajar dekat mana-mana yang silap...

selagi bernama manusia tiadanya sempurna...

nak cerita fasal sempurna, ada sesuatu yang benar-benar sempurna ingin dikongsikan bersama.. tiada cacat cela.. malah ke-sempurna-annya begitu mengkagumkan.. walaupun berulang, tetapi susunan words begitu sempurna...

BEYOND IMAGINATION!

have fun

ar-rahman.jpg
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[01] (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[02] Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[03] Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
[04] Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
[05] Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

[06] Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
[07] Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
[08] Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
[09] Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
[10] Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

[11] Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
[12] Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
[13] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[14] Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
[15] Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

[16] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[17] (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
[18] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[19] Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20] Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

[21] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[22] Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
[23] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[24] Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
[25] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[26] Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
[27] Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
[28] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[29] Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

[30] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
[31] Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
[32] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[33] Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[35] Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[37] Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
[38] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[39] Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[41] Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[43] (Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya “.
[44] Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
[45] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[46] Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
[47] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[48] (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
[49] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[50] Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

[51] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
[52] Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
[53] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[54] Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[56] Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[57] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[58] Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
[59] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[60] Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga?

[61] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[62] Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
[63] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[64] Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
[65] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[66] Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
[67] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[68] Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
[69] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[70] Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

[71] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[72] Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
[73] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[74] (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
[75] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[76] Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[78] Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
 
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab قريش). Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah حلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

layan wiki...


Have fun
 
As salam..maaf saya ingin bertanya...ini yg sy lalui sendri dlm tempoh dlm 5 tahun shingga kini..apa yg tt terngkn & perlu di buat telah saya lakukn & lg pun mmg kewajipan kita sebgai hambaNYA..stiap apa yg saya lakukan sy nawaitu keranaNYA..saya byk melakukan perniagaan tetapi masih tidak berjaya..kkdg2 saya akui kkdg give up apa yg sy lakukan.. sy akui skrng ni agak bntu..apa proses yg membolehkn saya sndri utk mengatasi dr segi emosi dan motivasi dr..mungkin tt fhm apa yg sy mksudkn..sekian wasalm...

Pandangan: first thing first 'muhasabah diri' yg paling utama.... Even dlm proses muhasabah diri pun ada dugaannya... 2n 'time being' cannot be measured jika kita telah berusaha dengan betul kerana "kejayaan sudah dekat"... Lagi, ada lagi pendapat... InsyaAllah keluangan masa sy add... Just sharing...
 
antara reason kenapa kita perlu istighfar...


1. sesuatu 'kesalahan' yang kita terlepas pandang. dan memang kita lansung tidak tahu mengenai kesalahan itu...

2. sesuatu 'kesalahan' yang kita rasa tak penting, tetapi pada tuhan ianya terlalu penting...


Segalanya membuatkan tuhan murka kepada kita, seterusnya menyebabkan blessing ditarik balik... this why life kita tak balance.

oleh itu,

jangan berat menyebut nama allah...

guys, technology words inside 'document' ni power tak?
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (Adz-Dzariyat: 55)

terlalu dan sayang, sebab something yang kita terlepas pandang itu menyebabkan kita rugi dalam banyak perkara yang menarik + power...

demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian...

penawarnya apa?
iman + amal + berpesan kebaikan + berpesan kesabaran


wahai 'jiwa' bilakah masanya, engkau akan menjadi makhluk yang berpesan kebenaran / memberi peringatan?

wahai jiwa, mengapa engkau berselindung disebalik sangkaan-sangkaan 'aku tidak berilmu untuk berpesan kebenaran', sedangkan engkau tahu, nabi mu berpesan 'walaupun 1 ayat'...

wahai jiwa, bilakah masanya engkau akan menjadi hampir kepada tuhan mu? mengapa engkau berselindung disebalik pemikiran-pemikiran aku tidak tahu macam mana?

wahai jiwa, bukankah telah lama perkabaran 'menuntut ilmu itu hukumnya wajib'..

wahai jiwa, mengapa engkau masih berselindung?

wahai jiwa, nabi mu selalu berpesan.. 'jika kamu cintakan allah, ikut lah cara aku'..

wahai jiwa, mengapa engkau masih tidak mengikut cara nabi mu? mengapa engkau hanya mengikut pemikiran mu sahaja?

wahai jiwa, aku mengetahui engkau dibelenggu dengan segala macam masalah yang membuatkan engkau menjadi tidak tenteram?

wahai jiwa, tidakkah engkau mengetahui dimana solat/ doa itu sesuatu 'rahsia' yang dikurniakan kepada engkau...

wahai jiwa, mintalah kepada tuhanmu, supaya belenggu yang mengikat mu itu dilepaskan..

wahai jiwa, ketahuilah, segalanya tiada yang mustahil bagi tuhan..

wahai jiwa, mintalah dengan sesungguh hati (blood system), pada masa tuhan mu turun pada lagit yang paling bawah setiap hari..

wahai jiwa, mengapa engkau masih lena, dan terus lena? tidak malukah engkau wahai jiwa?

wahai jiwa, bila masanya air mata mu kali yang terakhir mengalir?

wahai jiwa, mengapa begitu sukar engkau menggugurkan air mata?

wahai jiwa, mengapa engkau tidak meminta dengan kesungguhan hati supaya diampunkan kesalahan yang engkau tidak mampu menepisnya, dan kesalahan yang engkau tidak sedar?

wahai jiwa, mengapa engkau tidak meminta blessing kepada tuhan mu secara sesungguh hati? bukankan engkau menadah tagan 5 kali setiap hari?

wahai jiwa, mengapa engkau begitu selfish dengan tidak memohon keampunan buat ibu mu?

wahai jiwa, mengapa engkau begitu selfish dengan tidak memohon rahmat buat ibu mu?

wahai jiwa, aku tahu engkau memohonya melalui doa buat ibu-bapa mu?

wahai jiwa, yang aku khuatir engkau tidak meletak pengertian yang sepatutnya pada masa setiap engkau mengulangi doa itu?

wahai jiwa, bagaimana pula mereka-mereka yang pernah mendidik kamu dengan kasih sayang?

wahai jiwa, adakah engkau pernah mendoakan mereka? apakah kesungguhan diri mu?

wahai jiwa, bukankah engkau telah mengumpul begitu banyak pergetahuan? dan mengapa engkau menangguh-nangguhkan untuk apply pengetahuan mu itu?

wahai jiwa, mengapa jadi begini?

wahai jiwa, adakah engkau zikir lisan? tetapi adakah engkau benar-benar ingat akan tuhan pada masa engkau zikir lisan itu?

wahai jiwa, atau mungkin kah, engkau lalai? lidah mu berzikir, tetapi fikir mu tidak menurut serta?

wahai jiwa, jangan engkau tamak dengan 'amal' yang banyak, bahkan engkau hanya melakukannya beberapa ketika sahaja...

wahai jiwa, lakukanlah 'amal' yang sedikit beserta ilmu yang tepat secara berterusan, ketahuilah tuhan mu akan kurniakan kesan dari amal yang sedikit itu...

wahai jiwa, sampai bilakah engkau mahu berjuang amal hanya untuk diri sendiri?

wahai jiwa, ketahuilah, pada masa engkau membaca ini (sajak jiwa: 4/2/2012), engkau dan 7,000 juta manusia lagi merupakan ummat yang terbaik? adakah engkau tidak mengerti mengapa engkau 'dipilih' menjadi ummat yang terbaik?

wahai jiwa, ketahuilah ianya disebabkan engkau disuruh oleh tuhan mu....'Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar...' ya wahai jiwa, lidah mu dituntut supaya menuturkannya...

wahai jiwa, janganlah engkau hanya berusaha untuk dirimu sahaja, kerana saudara mu juga perlukan 'nasihat' dengan kata-kata yang lembut...

wahai jiwa, ketauhilah semua jiwa mukmin itu mempunyai hak, dan engkau harus menunaikan hak itu...

wahai jiwa, amat besar ganjaran disisi tuhan atas kerelaan mu menunaikan hak itu..

wahai jiwa, ketahuilah, jiwa mu dan harta mu itu sesungguhnya milik tuhan.. palingkan jasad mu, harta mu dari keinginan mu yang melampau itu... palingkan ia kepada sesuatu yang dikehendaki tuhan mu... atas jasa mu, tukar gantinya rahmat tuhan mu (syurga)..

wahai jiwa, jangan lupa bahagian kamu didunia......

wahai jiwa, besyukurlah (have fun), nescaya engkau akan bahagia....

===========

cerita fasal duit sikit...

wahai jiwa, andai engkau ingin mempunyai limpahan harta + keberkatan harta itu... ketahuilah engkau harus mempunyai 'Z' dalam kepala...

wahai jiwa, apakah 'Z' itu?

wahai jiwa, z itu adalah pengertian kekayaan yang engkau inginkan?

wahai jiwa, ramai orang nak jadi kaya, tapi tuhan tak bagi, ye ke tuhan tak bagi?

wahai jiwa, law of attraction mengatakan engkau mesti meminta yang terakhir (Z) apa yang engkau inginkan...

wahai jiwa, apakah yang terakhir itu?

wahai jiwa, yang terakhir itu ialah 'figure'.... ya jiwa its figure, bukan words kaya....

wahai jiwa, jika u naik teksi nak pergi shah alam, pemandu teksi itu akan tanya kembali.. "shah alam dekat mana"...

wahai jiwa, pemandu teksi tu tahu la shah alam tu dekat mana, tapi kenapa pemandu teksi itu masih bertanya? dia gile ke jiwa?

wahai jiwa, pemandu teksi itu tak gile jiwa, u yang gile jiwa... sebab u tak beritahu secara figure...

wahai jiwa, u kena begi tahu la, nak pergi sek 15 ke, sek 19 ke, sek 18 ke... baru teksi tu 'nampak' shah alam dekat mana jiwa..

wahai jiwa, kalau u nak doa, u kena mintak secara 'figure'.. baru u nampak apa yang u nak... tuhan memang dah nampak, tapi tuhan tak bagi sebab u sendiri pun tak nampak apa yang u nak.. (just idea jiwa)...

wahai jiwa, u sendiri kena nampak dulu figure tu, baru tuhan akan bagi idea (buka ruang + masa) sebagai persilangan figure tu sampai dekat tangan u...

wahai jiwa, minta la 'aku nak monthly income $35k consistent' + 'aku nak $7,00,000 dlm acc in next 2 years / 8Q'...

wahai jiwa, lepas u dah mintak figure, u mesti ambil kertas then 'plan' a-z cmne u nak achieve figure tu...

wahai jiwa, kalau plan u macam nak muntah. lupa kan je lah jiwa...

wahai jiwa, plan sahaja take around 60 days..... lessssssssssss than that, lupa kan je la...

wahai jiwa, u perlu plan sampai u dapat 'feel' yang u akan dapat figure tu...

wahai jiwa, kalau u tak dapat feel, jangan sesekali apply atau 'action' plan u tu jiwa... cause confirm blow... bila feel tak de, itu yang senang hilang semangat, then buat kerja pun tak de passion, feel tu penting jiwa...

wahai jiwa, learn --> use --> make it work for you jiwa... takkan u nak mengadap lap top macam newbie bila age u dah cecah 50 tahun...

wahai jiwa, u kena tahu, kalau u tak pernah rasa masinnya garam, u takkan tahu manisnya gula...

so jiwa, sebelum u berjaya dapat figure yang u nak tu, u mesti diuji berkali-kali atau u mesti menempuhi kegagalan...

wahai jiwa, u kena tahu u hanya akan berjaya selepas u gagal berkali-kali...

wahai jiwa, u dah banyak kali cuba buat tapi tak jadi-jadi kan jiwa? ...

wahai jiwa, sekarang bukan masalah ilmu, tetapi TUNE how to make money....

wahai jiwa, nak dapat TUNE to make money ni, bukan dalam kawalan kita.... u kena tahu ianya kurniaan tuhan...

wahai jiwa, hanya tuhan je yang boleh beri u TUNE tu... so u kena doa la jiwa...

wahai jiwa, TUNE itu bukan dekat tangan 'supersonic'... supersonic takde kuasa, yang ada kuasa nak bagi TUNE tu tuhan...

so jiwa, kalau gagal, jangan salahkan supersonic... dan jangan 'paksa' tuhan bagi TUNE tu dekat u...

wahai jiwa, apa yang u boleh buat just berterusan invest time, money, energy dengan cara yang betul + tepat...

wahai jiwa, dalam masa yang sama u kena doa minta /merayu kepada tuhan supaya beri u TUNE tu...

wahai jiwa, bila sampai masa tuhan akan bagi la TUNE tu... bila tu jiwa? bila blood u dah mix dengan knowledge tu...

wahai jiwa, yang 'mix' tu u terlepas pandang........ (rahsia kekal menjadi rahsia jiwa)...

wahai jiwa, macam mana u nak tahu 'mix' tu?

wahai jiwa, bila u jatuh cinta dengan awek cun, u akan tahu la love (mix) tu macam mana...

wahai jiwa, --------> tbc


just idea
- 100%
- 50%
- 0%


have fun​
 
Last edited:
Pandangan: first thing first 'muhasabah diri' yg paling utama.... Even dlm proses muhasabah diri pun ada dugaannya... 2n 'time being' cannot be measured jika kita telah berusaha dengan betul kerana "kejayaan sudah dekat"... Lagi, ada lagi pendapat... InsyaAllah keluangan masa sy add... Just sharing...

interesting... waiting for that... terima kasih... welcome...
 
Back
Top
Log in Register