BTC USD 80,980.6 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Golden system

| economic |

Tetapi melalui tips yang diajarkan oleh Dr. Azizan Osman, saya berjaya menangani bermacam-macam situasi khususnya bersama pelanggan. Masih saya ingat kata-kata Dr. Azizan "Awak jangan jual takaful, tetapi awak perlu didik masyarakat tentang pentingnya takaful". Saya buat apa yang dicakapkan oleh Dr. Azizan dan keputusannya amat memberangsangkan. Tidak pernah dalam sejarah selama 11 tahun ini orang ramai menghubungi saya sendiri untuk mendapatkan khidmat nasihat dan seterusnya melanggan takaful. Percaya atau tidak, hidup saya menjadi huru-hara.

Alhamdulillah, pelanggan bukan lagi masalah kepada saya. Kini dengan adanya mentor, elmu, sistem dan tindakan yang betul saya yakin saya mampu pergi lebih jauh walaupun tanpa latar belakang seorang ahli perniagaan. Saya yakin anda diluar sana juga akan membuat pilihan dan bertindak seperti saya untuk menyertai program seminar kuasai potensi diri ini. Jangan percaya cakap saya tetapi datang dan dengar sendiri di Seminar Kuasai Potensi Diri - Transformasi Hidup 2012 nanti!

Advance selling system.

Sebagai contoh bila URS dah di full launching i akan wujudkan 1 blog yang membincangkan betapa pentingnya ilmu related dengan mind set.

Blog itu = pre-selling

So, kalau kita nak seseorang 'terima' product digital/fizikal kita, kita perlu beri good reason terlebih dahulu..

Kalau u dapat beri good reason = u dapat menjual apa sahaja.

Belajar ilmu manusia >> ilmu product >> ilmu perniagaan = Free Life.

Lepas dapat free life apa nak buat ye?

Mungkin ramai manusia tidak sedar apabila 'membaca buku' mereka boleh dapat apa sahaja yang mereka inginkan dengan cara yang sangat pantas.

perkara apa yang kita sangat-sangat perlukan secara pantas ialah blessing.

manusia yang tiada blessing dalam life adalah mereka yang tiada ilmu dan juga mereka yang tidak 'apply' ilmu yang ada.

Itulah gunanya baca buku :)paid

Peringkat basic daptkan ilmu daripada 'guru'.

Bila u dah ada asas-asas ilmu, teruskan personal research.
 
Last edited:
SuperSonic dah wat thread dekat sini dah. Go on with your research.

BTW,

pm aku balik benda2 yg kene buat dulu tu. Aku dah lost sejak laptop rosak. Banyak info gak hilang adesss

now we use more powerful formula. dekat bawah ini new system. semua benda kearah betulkan DIRI SENDIRI DAHULU, bila dah settle baru fikir fasal TEAM.. lain-lain info tunggu PM.

spiritual
  • major - permulaan jaga solat 5 waktu >>> kearah mentaati seluruh suruhan agama
  • minor - istiqamah amalan-amalan personal

business
  • utama - spiritual >>> blessing
  • major - buat duit untuk diri sendiri dahulu (kalau diri sendiri belum settle, macam mana nak jadi tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah)
  • minor - add value to other people live

relationship
  • utama - spiritual >>> blessing
  • major - self enrichment
  • minor - add value to other people live
 
As salam..maaf saya ingin bertanya...ini yg sy lalui sendri dlm tempoh dlm 5 tahun shingga kini..apa yg tt terngkn & perlu di buat telah saya lakukn & lg pun mmg kewajipan kita sebgai hambaNYA..stiap apa yg saya lakukan sy nawaitu keranaNYA..saya byk melakukan perniagaan tetapi masih tidak berjaya..kkdg2 saya akui kkdg give up apa yg sy lakukan.. sy akui skrng ni agak bntu..apa proses yg membolehkn saya sndri utk mengatasi dr segi emosi dan motivasi dr..mungkin tt fhm apa yg sy mksudkn..sekian wasalm...
 
ada sedikit penambahan.

basic version

spiritual
  • major >>> TEAM
  • minor >>> personal
economic
  • major >>> personal
  • minor >>> TEAM
relationship
  • major >>> personal
  • minor >>> TEAM

detail version

spiritual
  • UTAMA >>> kekalkan focus
  • major >>> TEAM (jemaah)
  • minor >>> personal
  • protect > protect
economic
  • UTAMA >>> spiritual
  • major >>> personal
  • minor >>> TEAM
  • protect > protect
relationship
  • UTAMA >>> spiritual
  • major >>> personal
  • minor >>> TEAM
  • protect > protect
 
Sejak akhir-akhir nie aku selalu berfikir betul ker aku tak ‘kaya’ selama nie?

‘Miskin’ sangat ke aku sekarang?

Orang lain dapat ribu-riban sebulan, aku tak dapat pun!
Hahahaha 

Bila sebut bab ‘kaya’, automatik otak aku terus associate hanya dengan duit

Seriously, aku dah penat untuk jadi materialistik! Semua ingat duit.

Cetek betul pemikiran aku 

Lately, aku macam baru tersedar dari tidur yang panjang bahawa sesungguhnya manusia yang ‘kaya’ itu bukan dinilai dari banyaknya duit yang kamu ada.

Lama betul aku tidur yer, nasib baik sempat bangun, kalau tak mungkin aku terus tidur selama-lamanya.

Kaya bukan bererti kamu ada banyak duit juta-juta lemon dalam akaun bank.

Kaya bukan bermaksud kamu perlu ada kereta-kereta mewah, rumah banglow besar macam Istana,

Tapi..

Kaya sebenarnya lebih dari itu!

Yer, Islam tak pernah larang kita untuk mencari harta dan memiliki kekayaan, malah mengajar kita mencari harta dengan kaedah yang betul.

Carilah banyak mana pun yang kamu mahu ok.

Sabada Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Kekayaan itu bukanlah kerana banyaknya harta benda, tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kaya akan jiwanya.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Jadi maksud yang tersirat di sini ialah bukan la kaya duit semata2 tetapi Kaya Jiwa.

Kaya jiwa nie macam mana pulak?

Mereka yang kaya jiwa akan menggunakan harta sebagai satu alat untuk memenuhi keperluan asas hidup dengan betul.

Bukan digunakan untuk beli handbag harga ratus2 ribu tau  walaupun pada awalnya nak beli handbag sebagai satu keperluan untuk simpan duit dan dokumen penting.

Harta yang ada digunakan untuk menyokong dirinya agar lebih kuat beribadah kepada Allah s.w.t.

Beli kereta yang lebih selesa dan lebih besar atau MPV ker untuk memudahkan satu keluarga semua boleh pergi ke masjid berjemaah. Kalau ada motor saja, mungkin dua orang saja yang boleh naik dan terdedah kepada panas dan hujan.

So, tak salah kalau ada harta lebih, belila transport yang selesa untuk tujuan ibadah 

Menjadikan ia sebagai satu pelaburan besar untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Rezeki itu sebenarnya tersirat konsep tumpang-menumpang. Setiap rezeki yang kita miliki, terdapat bahagian untuk orang lain jugak.

Bersedekahlah dan memberi kepada mereka yang memerlukan. Jangan bakhil atau kedekut plak.

Macam Sifu selalu cakap jugak, harta itu harus dapat memberikan manafaat buat orang lain sebagai niat yang utama.
Add value to others 

Mereka yang kaya jiwanya, akan bebas hatinya dari fikrah kebendaan, jauh dari sifat bergantung pada sesama makhluk, teguh imannya, lurus Islamnya, ihsan perilakunya, kuat pegangan tauhidnya, banyak amal solehnya dan sentiasa taat apa saja perintah Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w.

Jika sekarang, kita belum mempunyai harta yang banyak juta2, mulakan dengan niat dan cuba untuk memberi walaupun sedikit yang kita ada.

Kalau ada RM1 bagila RM1 tue, yang penting mulakan latihan itu dari sekarang tau.

Jangan plak niat, nanti aku dah kaya baru nak bagi derma kat orang. Sekarang tak cukup duit lagi la..huhuhu

Jika tak biasa dengan sifat suka memberi, takut nanti rasa sayang plak nak melepaskan harta bila dah ada juta-juta kan 

Pada masa yang sama, sentiasa berdoa supaya Allah tetapkan hati kita, jangan bolak balikkan sekeping hati yang rapuh ini. Mohon supaya Allah bantu kita agar jiwa kita ini benar-benar bersih bersama niat untuk membantu yang lain.

Ini baru kaya jiwa kan  Yeaahhh..

Yer la, kalau orang Islam sendiri tak kaya, siapa yang akan mengeluarkan zakat kepada golongan fakir miskin yang beragama Islam? Maksudnya, kita kumpul kekayaan bukan untuk dibawa ke kubur tetapi untuk ummah jugak.

Betul tak?

ana bukan sape-sape pun.. just bg idea, not more then that..

takut dlm struggle antum mencari 'kekayaan' antum terlepas pandang beberapa perkara...

u lost your self = u lost everything

"sesungguhnya memberi peringatan / pesanan itu........."

so bila mind 'cik adik' tu dah clear erti kekayaan sebenar (selepas dia menulis 7,000 words), baru buat planning related dengan impian..

lain-lain hal...

antum perlu cari good reason dahulu kenapa antum perlu jadi kaya-raya..

reason pun antum tiada, tu fasal passion senang blow...

antum nak buat project below $35k / month pun dah senang putus asa.. rasa-rasa antum layak ke nak buat project $1 bil...

antum tahu tak pressure dia besar mana? :)
 
[qoute=]macam mana pula dengan kisah 'kapak untuk cari rezeki' di hisab selama 40 tahun? [/quote]

siapa ada idea fasal benda ni?

ana bg clue. :D

mengapa ada manusia yang berfikiran 'mengambil sekadar yang perlu'..
mengapa ada manusia yang berfikiran 'saya perlu jadi kaya-raya'..

kadang-kadang kita nak jadi satu golongan, tetapi kita tak check diri kita dekat golongan yang mana.. (yg lebih penting macam mana nak check?)

dan, sesuatu yang kita nak, tak semestinya 'kena' dengan element diri...

antum fikir daluhu benda-benda ini semua, ana ada 2-3 kerja kena settle kan..





















btw,... tak la stress sangat fikir fasal economic....

fikir fasal spiritual ni semua secara 'reverse' ..

kenapa ada 1 tokoh tu, member-member dia tak backup ye.. pelik la.. ish.. ish.. ish.. ada benda yang tak kena ni :) dia buat benda yang betul tu.. lihat secara keseluruhan (big picture) sejak 4 tahun yang lepas.. then antum pecah-pecahkan semua benda... the antum baca dari basic.. last sekali jawapan dia ialah ........ ntah! :)paid
 
Last edited:
[qoute=]macam mana pula dengan kisah 'kapak untuk cari rezeki' di hisab selama 40 tahun?

siapa ada idea fasal benda ni?

ana bg clue. :D

mengapa ada manusia yang berfikiran 'mengambil sekadar yang perlu'..
mengapa ada manusia yang berfikiran 'saya perlu jadi kaya-raya'..

kadang-kadang kita nak jadi satu golongan, tetapi kita tak check diri kita dekat golongan yang mana.. (yg lebih penting macam mana nak check?)

dan, sesuatu yang kita nak, tak semestinya 'kena' dengan element diri...

antum fikir daluhu benda-benda ini semua, ana ada 2-3 kerja kena settle kan..





















btw,... tak la stress sangat fikir fasal economic....

fikir fasal spiritual ni semua secara 'reverse' ..

kenapa ada 1 tokoh tu, member-member dia tak backup ye.. pelik la.. ish.. ish.. ish.. ada benda yang tak kena ni :) dia buat benda yang betul tu.. lihat secara keseluruhan (big picture) sejak 4 tahun yang lepas.. then antum pecah-pecahkan semua benda... the antum baca dari basic.. last sekali jawapan dia ialah ........ ntah! :)paid[/QUOTE]

pcahkn pew? :-?:-?
ko mcm Goldtrack.. cuma lebih bijak..
GO TT.. :)cgrock:)cgrock
 
Last edited:
As salam..maaf saya ingin bertanya...ini yg sy lalui sendri dlm tempoh dlm 5 tahun shingga kini..apa yg tt terngkn & perlu di buat telah saya lakukn & lg pun mmg kewajipan kita sebgai hambaNYA..stiap apa yg saya lakukan sy nawaitu keranaNYA..saya byk melakukan perniagaan tetapi masih tidak berjaya..kkdg2 saya akui kkdg give up apa yg sy lakukan.. sy akui skrng ni agak bntu..apa proses yg membolehkn saya sndri utk mengatasi dr segi emosi dan motivasi dr..mungkin tt fhm apa yg sy mksudkn..sekian wasalm...

Dear syazhaf410,

Saya bukan siapa2 di sini. Saya hanya terpanggil untuk menulis lepas terbaca post awak di thread Supersonic.

Saya juga belum mencapai apa2 kejayaan besar yang saya impikan selama ini.

Cuma lately, saya seakan sedar dan mula bermuhasabah diri kenapa selama ini apa saja yang saya buat seakan tidak menjadi dan serba tak kena.

Banyak juga bisness yang saya dah cuba, belum kira lagi ebook yang saya pernah beli dan duit yang saya laburkan untuk buat bisness tersebut sama ada online atau offline.

Syazhaf410,

Kali pertama saya baca post awak, saya terus faham on the spot.

Why?

Sebab suatu ketika dulu, saya juga pernah berada di tempat awak.

Saya kira awak antara orang yang terpilih melalui cabaran itu selama 5 tahun. Kenapa saya kata awak bertuah?

Bertuah sebab selepas 5 tahun, awak masih di sini..

Mencari dan terus mencari. Awak masih terus mencuba dan mengharap keajaiban..

Percaya tak saya cakap, awak sebenarnya dalam diam sudah memenuhi salah satu pra-syarat asas untuk berjaya.

Ketahanan mental awak, semangat awak yang tinggi untuk terus mencuba saya betul2 kagum. Bukan senang kan kita nak bertahan selama 5 tahun, kalau tak disebabkan ‘believe’ yang awak ada, bahawa satu hari nanti awak akan jumpa penyelesaian dan juga jalan keluar untuk kemelut nie.

Cuma itula, sampai satu tahap kita dah penah untuk terus mencuba. Penat sangat.

Apa lagi yang tak kena nie? Orang lain buat, terus jadi…Aku?

Huhuhuhu..

Syazhaf410,

Point2 di bawah yang akan saya tulis lepas nie hanya sekadar idea. Mungkin saja sesuai untuk awak, mungkin jugak tidak.

Awak berhak menilai dan sesuaikan dengan situasi diri awak sekarang. Hanya awak saja yang tahu keadaan sebenar diri awak kan.

1) Relax, Relax.

Kadang2 kita tak boleh berfikir dengan baik apabila kita terlampau serabut. Mungkin awak perlu rehat 2-3 hari dulu dan bercuti dari apa saja bisness yang awak buat sekarang.

Bercuti tak semestinya kena pegi melancong. Spend quality times with your family. Kalau awak dh kawen, just having fun with your kids, ajak pegi playground. Keluar jalan berdua with your wife makan kat kedai mamak ke..:)

Kalau belum kawen, awak boleh balik kampung jumpa parents. Buat aktiviti sama2, ajak dorang pegi pasar malam ker, belanja dorang makan, atau pun tolong diorang berkebun.

Dari situ energy happiness akan masuk kembali dalam ruh awak. Enjoy the moment dan dari situ awak akan sedar, kebahagiaan hidup ini bukan hanya sekadar dengan ada bisness dan ada duit yang banyak.

Bukan kah mengembirakan family juga satu ibadah..:)


2) Ikhlaskan diri Dalam Ibadah

Saya dulu Solat jugak, baca Quran, Solat Dhuha, Baca Sural Alwaqiah dan lain2, tapi rezeki saya dalam bisness masih tetap di takuk yang lama.

Nothing change at all.

Saya bermuhasabah diri dan saya menganggap saya mungkin belum cukup Ikhlas melaksanakan semua Ibadah itu.

Ha, bila bab ikhlas nie susahla nak diukur kan, umpana semut hitam di atas batu yang hitam, di malam yang hitam pekat..:)

Saya sendirik pernah rasa, kadang2 saya rasa seperti hipokrit. Beribadah, berdoa dan meminta bersungguh2 bila ada hajat duniawi.

Bila ada keperluan atau hajat duniawi seperti perlukan duit dengan cepat atau apa saja keperluan yang mendesak, saya akan buat, lepas dah dapat apa yang dihajati, saya off sekejap.

Lepas tue 2-3 bulan, datang pulak masalah baru, saya buat balik..buruk betul perangai saya kan..ish, ish..

Tapi hakikatnya, kita beribadah berbuat apa yang disuruh oleh Allah swt kerana apa?

Macam TT Supersonic pernah cakap kat page depan2, the ULTIMATE GOAL ialah berjumpa dengan Allah swt.

Sekarang apa yang saya buat, ialah cuba ikhlaskan diri setiap hari. Saya cuba buat semua kerana Allah swt bukan kerana hajat keperluan duniawi..:)

Susah woo nak ikhlaskan diri dalam semua aspek, tapi saya akan cuba.. Insya Allah akan tengok sejauh mana usaha kita untuk berubah, bukan sejauh mana pencapaian kita..:)

Tapi Ustaz saya selalu cakap, Ikhlas atau tidak, kita harus teruskan untuk beribadah. Sebab itu memang tanggungjawab kita kan.

Insya Allah, lama2 keikhlasan itu akan datang jika kita mahu dan berusaha. Tidak perlu tunggu kesempurnaan baru kita nak betulkan diri kan.

3) Bersyukur

Syazhaf410,

Dalam dunia nie , kebahagiaan itu sebenarnya terletak dan ada dalam jiwa kita sendiri. Kita yang menentukan sama ada kita mahu bahagia atau tidak.

Duit dan bisness bukanlah satu kriteria paling utama untuk bahagia. Untuk bahagia kita hanya perlu ‘enjoy’ dan bersyukur apa yang kita ada sekarang.

Saya sendiri selalu cuba mengejar apa yang saya tiada, dan kadang2 hampir mengabaikan apa yang saya telah miliki dari awal.

Sebagai contoh, awak mesti pernah tengok program Bersamamu kat TV3. Kalau awak tengok program macam tue apa yang awak rasa?

Kalau dulu, sebelum saya ‘sedar’ tujuan hidup saya,

Saya akan cakap, “Ish, tak maula jadi miskin macam tue, duduk rumah papan macam tue, nak makan pun susah, pastu kena mintak2 sedekah kat orang untuk terus hidup”

Ish, ish..bongkak betul saya kan..

Lately, setelah ‘bangun’ dari tidur yang panjang,

Saya akan cakap, “ Ya Allah..Alhamdulillah Ya Allah..aku masih ada rumah yang bagus, tiap2 bulan masih ada duit walaupun tak berapa cukup..aku masih ada tubuh badan yang sihat,boleh pergi kejer, tak cacat dll..aku masih ada family yang sayang aku..alhamdulillah Ya Allah..”

Sebab tue, kita juga digalakkan untuk selalu melihat orang yang berada ‘di bawah’ supaya kita kena selalu bersyukur apa yang telah kita miliki.

Tapi ini juga bukan bermakna kita tak boleh kaya kan.


4) What is your good reason to become rich?

Supersonic selalu tanya soalan nie kat saya. Saya pun blurr nak jawab pada mulanya. Untuk orang biasa macam saya, soalan ini agak advance sket..ahahahha

Beberapa kali saya cuba jawab soalan nie, tapi gagal.

Sehinggalah beberapa hari yang lalu, saya sudah mula ‘nampak’ dan ‘jelas’.

Ya Allah, jawapan sudah ada di depan mata, tapi saya hanya melihat dengan mata kasar bukan melihat dengan mata hati.

Malas untuk berfikir..huhuhuh.

Jadi buat permulaan, saya sarankan awak Carik jawapan soalan di atas ni dulu. Ask yourself deeply. Kenapa aku nak sangat jadi kaya?

5) Kenal Pasti Apa Tujuan kita Hidup

Dulu saya ingat, tujuan hidup saya belajar rajin2, pulun dapat results yang bagus dalam PMR dan SPM.

Lepas tue masuk Universiti, belajar lagi, bagi dapat pointer tinggi, dapat Dean List, graduate dengan penuh cemerlang.

Then, mintak keje dalam kerajaan, simpan duit, lepas tue nak kawen la..:)

Lepas tue apa lagik, dapat anak, dapat cucu, dapat cicit..hahaha..itu saja ker tujuan saya dalam hidup?

Sebenarnya tujuan Hidup kita yang Utama ada dalam Ayat Alquran di bawah.:

Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”

(Az-Zariyat: 56)


Dalami ayat ini, dan Insya Allah awak akan ‘nampak’ nanti..:)

6) FOKUS and Create the System

Point no 6 nie antara benda penting dan konsep yang dibawa oleh Supersonic. Semua ini ada diterang dalam Ebook Under Radar System.

Seriously, ini antara sebab utama kenapa apa saja yang saya buat selama nie kurang menjadi dan serba tak kena.

Bertahun2 saya ‘ tak nampak’ kenapa saya tak success sampai sekarang.

Selebihnya awak kena refer to TT, He knows better than me..:)



Banyak lagik sebenarnya yang saya boleh tulis based on my past experience. Tapi ini hanya pendapat pendapat peribadi yang saya buat untuk ‘tune’ balik kepala otak saya.

Saya pernah melalui apa yang awak rasa sekarang. Saya juga penat tapi saya harus keluar dari pemikiran lapuk saya yang dulu dan terus berusaha, tapi mengikut jalan yang betul dan cara yang betul.

Kalau masih berusaha seperti apa yang saya buat dulu, saya akan macam tue jugak..

Pi Mai Pi Mai Tang Tue…:)

Lastly, Saya kagum awak masih bertahan sampai sekarang dan tidak putus asa. Saya yakin masa awak akan sampai nanti. Gerak hati awak untuk tulis post di thread TT adalah step awal yang amat baik.

Step seterusnya, terpulang kepada awak.

Saya akan doakan dari jauh untuk awak yer. Good Luck Syazhaf410!

sikit hari lagi 'cik adik' ni tapaw semua orang.. :)cgrock
 
index:
  • spiritual - ana, anta, antum..
  • economic / relationship - i, u, sy, awk, etc..
senang sikit lepas ni..

===========
nampaknya terdapat banyak perkara yang tergantung.. its ok, in future kita matrix-kan sama-sama..

pada masa ini terlintas pula nak berkongsi berkaitan relationship.

semua dari kita mengetahui ajal, jodoh, rezeki itu sudah ditentukan.

tetapi mengapa manusia berusaha bekerja / berniaga untuk mendapat pendapatan?

perihal jodoh pula bagaimana?
"jodoh itu telah ditentukan......"

siapa ada masalah dengan words ini? words ini yang salah, atau manusia yang salah faham?

terlintas pula difikiran saya :
  • sesuatu didalam kawalan manusia
  • sesuatu diluar kawalan manusia

apa yang berada didalam kawalan manusia, dan apa yang berada didalam kawalan manusia, bagaimana pula dengan qada dan qadar..

diringkaskan story telling.

usaha itu = suruhan tuhan

the only reason kita berusaha adalah kerana ianya adalah suruhan/ tuntutan/ perintah.

oleh segala yang kita lakukan mestilah di-good reason-kan / diniatkan kerana dia.

sebagaimana spiritual, ada amalan luaran (nampak / zahir), dan ada amalan dalaman (tidak nampak like niat, etc..)

pada fikiran saya begitu juga dengan urusan economic dan relationship, ada amalan luaran (inner) dan ada amalan dalaman (outer).. adakah saudara sekalian bersetuju?

siapa dekat sini berminat untuk mengetahui bagaimana untuk mencari future wife (selepas ini merujuk kepada life partner)?

  • apa dia amalan luaran untuk mendapatkan life partner?
  • apa dia amalan dalaman untuk mendapatkan life partner?

waaaaaaa macam best je. in future kita sambung.

ini sedikit clue..

kalau u nak life partner what is your good reason?
kalau u tiada good reason, ermmm.. patut la u belum dapat life partner..

dan persoalan lain...
- kenapa u nak ada life partner
- hala tuju u dengan life partner u

dan yang paling penting kenapa u perlu berkahwin.

eh.. jangan terkejut tau, ada orang yang dah lama berkahwin tetapi tidak fasih mengapa mereka berkahwin.

1 mentor saya buat consult, 1 pasangan yang bermasalah, dia menyoal..
  • my mentor: "kenapa u all berkahwin...... "
  • pasangan : "ermmm, entah, kawin, kawin la...." (saya baca story ni nak tergelak)

1. so, u kena ada good reason kenapa u berkahwin.
  • adakah ianya suruhan tuhan
  • adakah ianya kerana sunnah nabi
  • adakah ianya kerana mengikut fitrah
  • adakah ianya kerana supaya diri kita ada responsible
  • adakah ianya kerana telah sampai masa / jodoh
  • adakah ianya kerana etc...
2. kemana hala tuju didalam hubungan anda?
  • vision
  • mission
  • objective
3. apakah perkara yang paling penting di dalam hubungan?
  • hubungan?
  • persefahaman?
  • communication?
  • spiritual?
  • economic?

Amalan inner (before):
  • Doa dari hadith
  • Doa dari document (al-quran)
  • Bola Cahaya
  • Doa dari parent
  • Good reason
  • Surah yaasin
  • Bersihkan hati
  • Solat sunat hajat
  • Puasa
  • Sedekah

Amalan outer (before):
  • Mudahkan urusan orang lain
  • Bantu orang lain untuk mendapat life partner
  • Phase 1: Berkenalan
  • Phase 2: No. Tel / Fb / Email
  • Phase 3: Show your concern
  • Phase 4: Survey (sepatutnya phase 1)
  • Phase 5: Perkemas peribadi + perkasa jiwa (segala capacity)
  • Phase 6: How to propose
  • Phase 7: Rejection (if)
  • Phase 8: Accept
  • Phase 9: Jumpe Family
  • Phase 0: Merisik >> bertunang >> nikah >> settle
  • Phase 0: your start here...

Amalan inner (after):
  • x
  • x
  • x
  • x
  • x
  • x

Amalan outer (after):
  • x
  • x
  • x
  • x
  • x
  • x

u all nak tahu apa yang 'supersonic' sturdy related dengan life partner? next sambung....

And macam mana nak up grade 'LOVE'...

have fun
 
Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

"Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam.
 
Back
Top
Log in Register