BTC USD 81,115.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Golden system

mantap ko ni

ilmu bahagian apa ni???? tak paham aku :D:D:D
 
bro ilmu focus enhancement ada x?
 
Hai welcome to system phase 2.

The name of this thread = Golden System
Q: Why golden?
A: Gold = Sesuatu yang mahal.

So, ana nak release benda-benda yang mahal. :D

Disclaimer.

ana bernickname 'supersonic' dengan ini ingin 'continue' my personal research.
Segala yang diceritakan [STRIKE]tidak ada[/STRIKE] terlalu banyak kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Segala persamaan adalah tidak disengajakan + memang disengajakan.

FAQ:
  • Q: Kenapa tidak WC?
  • A: We need new lovely follower.
  • A: Different siding Different view.
  • A: WC ana nak cari wang, but sekarang ana nak cari gold.

Objective:
  • Last time ana buat research related dengan mind set.
  • Kali ini ana nak buat research related dengan 'focus'.

FOCUS?
pekejadah ni?

apa anta punya focus?
apa ana punya focus?

kenapa life antum 'zulmat'?
kenapa life orang-orang yang soleh mempunyai 'nur'?

anta tak nak ke ada life macam orang-orang yang soleh?

THE BIG QUESTION IS? >>>>>>>>>>> 'HOW'?

yup... how to start...

ilmu focus enhancement?
pekejadah ni????????????????????????????????????????

last time ana ada story fasal ultimate life.

kali ni ana nak beritahu 'anta' macam mana nak dapat ultimate life.

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa macam best je.. :D

Q: so, macam mana nak dapat?
A: jawapan dia = FOCUS

its simple right... just focus.......

Q: but nak focus about what?
A: focus kepada perkara yang UTAMA didalam kehidupan......

antum semua nak tahu, apa dia perkara yang UTAMA didalam kehidupan?

jawapan dia adalah KEKALKAN PERKARA YANG UTAMA SEBAGAI YANG UTAMA.

Golden system = KEKALKAN!!!

nak kekalkan apa ye?

adessssssssssss... kan dah jawab dekat sebelah............

namun tujuan tunggalnya (utama) iaitu berjumpa dengan allah...........

kenapa life antum serabut....
kenapa life antum takde duit, buat IM x jadi2.....
kenapa life antum terlalu banyak dibelenggu masaalah....
kenapa life antum empty / seolah-olah lost/ tiada tujuan....

dekat sini ana nak beritahu kenapa life antum jadi macam ini...

jawapanya adalah...........

tujuan tunggalnya (utama) iaitu berjumpa dengan allah...........

so, antum semua dah tahu apa perkara yang perlu diberi focus....

dan perkara yang PALING PENTING adalah KEKALKAN TUJUAN TUNGGAL ITU...

dalam kata yang lain kita nak cari 'redha / rahmat / blessing'....

dengan 'rahmat' inilah kita 'boleh' berjumpa dengan allah.....

kalau x dapat rahmat.... JANGAN HARAP u boleh berjumpa dengan allah....

mereka yang rindukan allah.. dan allah rindukan mereka

siapa dekat sini 'pernah' rindukan allah?

ini something yang best...

Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

ana faham, antum belum clear.... :) esok kita sambung ek.. insyaallah...


apa dia 4 CODE yang perlu kita buat... supaya life untum akan menjadi ultimate!!!

4 CODE ini ana dan antum perlu BERI TUMPUAN (sebab allah hanya beri perkara yang kita beri tumpuan), dan juga perlu KEKALKAN sampai mati.......

4 CODE ini jika antum 'apply' antum akan mendapat kejayaan bukan sahaja di akhirat bahkan dekat dunia ini lagi antum 'telah' menjadi seorang yang berjaya.........

pesanan ana yang berlevel 'gold'...

hadirin-hadirat... bersyukurlah kerana 'kita' telah dikurniakan REZEKI yang PALING BERHARGA... itulah iman dan islam.

Iman dan Islam = rezeki yang paling besar....
1. bersyukur lah - cause allah akan tambah nikmat itu...
2. beristigfar lah - supaya allah TIDAK tarik balik rezeki ini...

maybe ada yang bertanya..... ada apa dengan rezeki iman dan islam? benda ini aku dah ada, aku nak duit yang banyak!!!!!!!!

kalau dalam kepala ada benda ini... pandangan peribadi ana = u gile....

perlu tahu bezakan istidraj dan rahmat....

apa tanda-tanda duit antum istidraj...
apa tanda-tanda duit antum as a rahmat....

orang yang ingkar allah beri duit juga, tetapi TANPA REDHA.
orang yang soleh allah beri duit juga + rahmat...

Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

so, supersonic, x perlu cari duit banyak-banyak ke??????????

kalau antum tanya ana...

ana jawab balik...

antum perlukan 'good reason' jika nak jadi millionaire....

guys... duit = alat ....

kenapa kita perlu buat IM sungguh-sungguh???

ini jawapan dia..

[278]
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
[279]
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
[280]
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
[281]
Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.


bro ilmu focus enhancement ada x?

[115] “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Bagaimana manusia boleh 'tidak tahu' apa yang mereka perlu lakukan dalam hidup?

anta faham maksud ayat dekat bawah ni?

Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”


next kita belajar fasal 4 CODE.


have fun
 
meaningmc50.png


macam biasa bila i dah explain and bla, bla, bla....
peringkat sterusnya adalah 'ruang dan masa'......

selepas beberapa bulan ana track balik mereka-mereka yang buat latihan ini dan mereka yang tidak buat latihan ini....... terdapat TERLALU BANYAK perbezaan....

perbezaan yang paling ketara adalah ...

mereka yang tak buat latihan.
- mereka rasa diri dah pandai. (in real life terkial-kial, sampai sekarang tanya soalan-soalan yang basic.)
- about mind set??? ermmm. so sad. :)

mereka yang buat latihan.
- mind set betul-betul strong
- lebih tawadu' / rendah diri
- life change forever
- tahu hala tuju hidup
- tidak mengalah
- memang kena banyak ujian
- hati lebih cekal

ujian-ujian macam mesin rosak, lap top hilang bukan apa, hanya sementara.... sebenarnya ujian ini bagus, kerana ianya phases awal kejayaan... kalau u x kena ujian, u tak boleh jadi orang kaya... so, just doa + sabar... (dan minta lah pertolongan dengan sabar dan solat..)


have fun
 
Last edited:
sebelum ana release 4 code(s) ini ana nak share something..

tikanya antum berada pada kawasan lautan,
antum memasukkan 1 jari di dalamnya,

antum keluarkan jari itu antum akan melihat 'sedikit' sisa air pada hujung jari..

tahukah anda, duit yang manusia kejar 24/7 adalah sedikit air itu jika di bandingkan air seluas lautan..

iri hati, hasad dengki, negative thinking, tikam belakang, selfish, resah gelisah, stress, pressure, semuanya berkaitan sisa air di hujung jari...

ish.. ish.. ish.. inilah perkara yang manusia banga-bangakan rupanya ianya sekadar sebelah sayap nyamuk.. :)

Q: supersonic, u boleh la briliant, bijak kaya raya, kami ni yang terkial-kial.. ada u nak tolong?

A: relax la saudara, ni nk bagi tahula macam mana nak dapat sebelah sayap nyamuk tu... bukan itu sahaja, bahkan ana nak share bagaimana untuk mendapatkan air seluas lautan.......

  • setitis air = sebelah sayap nyamuk
  • seluas lautan = khazanah allah

ni kita masuk bahagian economic sikit ek...

yang mana kita perlu beri tumpuan?
setitik air atau seluas lautan?

antum perlu tahu di mana allah HANYA beri perkara yang antum BERI TUMPUAN....

sebenarnya ianya terpulang kepada antum, nak cari sebelah sayap nyamuk atau seluas lautan atau kedua-duanya....

just jangan lupa...

namun tujuan tunggalnya (utama) iaitu berjumpa dengan allah....... >>> process mencari redha / rahmat

perkara yang antum perlu tahu,

KEMEWAHAN + KEBAHAGIAAN + KESIHATAN + KEBERKATAN semuanya berada di dalam khazanah allah....

Q: supersonic, u kejar yang mana?
A: i kejar 2 2.. :)

have fun
 
Last edited:
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

4 CODE yang dimaksudkan ialah.

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
 
The Matrix bukan sekadar filem, terdapat maksud tersirat disebaliknya, melangkaui kepercayaan pelbagai agama khasnya Islam, dimana para orientalis banyak belajar dari falsafah Tasawuf (Sufism mengikut terminologi Barat) untuk mengetahui rahsia alam ini.

Pengetahuan Matrix terbahagi kepada dua; dari Allah S.W.T kepada para malaikat seterusnya para Kekasih-Nya (khasnya Nabi Muhammad S.A.W) hingga kepada insan-insan beriman dan yang kedua, Izazil (Iblis) menurun kepada syaitan, Dajal dan seterusnya kepada Secret Societies. Izazil pula belajar tentang Matrix ketika dia menjadi Ketua Malaikat dari The Source, Allah Rabbul Izzati.

Nabi Adam A.S pula setelah diciptakan turut belajar silibus Matrix dengan codename: 'NAMA-NAMA' (sila rujuk Al-Quran).

The Matrix adalah kisah pencarian makhluk Tuhan bernama manusia kepada asal-usul dirinya, di mana sebenarnya dia berada, ke mana dia akan pergi dan kepada siapa dia akan kembali.

...................
 
kadang-kadang sesuatu yang mencabar pemikiran merupakan sesuatu yang menarik..

ada banyak kajian yang manusia lakukan, daripada Engineering >> Sains >> Technologies... daripada galaxy, bumi sampaila kepada lain-lain galaxy... bumi ini duduk dalam salah satu galaxy, dan pada galaxy ini terdapat ratus ribu bintang / matahari, pada kumpulan matahari bersamanya planet-planet...

1 galaxy = terdapat beratus ribu bintang

dan......

terdapat beratus ribu galaxy... maha suci allah...

jauhnya jarak di atara setiap 1 galaxy kepada galaxy yang lain adalah sejauh 2 juta tahun cahaya...

cahaya bergerak sejauh 300,000 kilomiter per second....

Kelajuan cahaya dalam vakum adalah sama dengan 299,792,458 meter sesaat. Ini adalah lebih kurang 3 × 108 m/s (dalam notasi saintifik) — 300,000 kilometer sesaat, atau 186,000 batu sesaat.

Supaya antum semua tidak 'lost' dengan explanation fiqah, falsafah, sejarah, metafizik berkaitan penciptaan manusia, ada baiknya kita paterikan di dalam kepada CODE HIJRAH... iaitu Spiritual, Economic, Relationship..

Dan tiga kajian inilah CORE RESEARCH ana..

Apakah maksud manusia di cipta?
Apakah keperluan manusia di planet bumi?


sebelum kita pergi jauh tentang manusia di cipta, kita bincang dahulu apakah keperluan semua manusia..

Keperluan manusia:
  • Pakaian
  • Kenderaan
  • Nikah kawin
  • Tempat tinggal
  • Makan dan minum

termasuk juga ana, manusia berusaha keras siang dan malam 24/7, 365 untuk memenuhi keperluan hidup...

umah dh besar nak besar lagi,
duit dh banyak nak banyak lagi,
kenderaan dah power, nak lagi power,
dh ade 1 syarikat s/b nak ada sampai 10 syarikat s/b. and ada impian nak sampai ke syarikat 'berhad'.

kadang-kadang kita semua terlepas pandang yang ini semua merupakan keperluan, tetapi bukan tujuan kita di ciptakan..

adakalanya juga kita terlalu berhala tujukan kepada keperluan-keperluan ini sehinggakan segala keperluan ini telah 'take over' diri kita tanpa kita sedari... maka jadilah cinta dunia dan takut mati.. perlu di ingat ianya tidak berlaku secara drastic tetapi ianya berlaku secara phase by phase....

dalam kata yang lain kita mungkin di belenggu tanpa kita sedari, minta dijauhi untuk diri anda dan diri antum sekalian..

tak salah nak cari as long as ianya halal dan 'sure help' di dalam proses mencari keredhaan allah..

ada juga berlaku keperuan ini telah 'take over ourself' dan kita tidak mengaku (confident je kata i can control it)... maka dengan opinion-opinion tersendiri membenarkan diri kita di belenggu dengan benda-benda tidak kekal ini....

its ok, just beringat supaya ianya tidak menjadi perkara yang UTAMA... dan kita kekalkan proses hala tuju mencari keperluan ini sehingga kita terlepas pandang tentang tujuan sebenar kita di jadikan...

Hala tuju yang tidak di kawal = 'berhala' (bertuhankan material)

oleh itu kita perlu tahu apakah tujuan sebenar kita di jadikan, di mana kita berada, dari mana kita berasal, dan kemana next destination...

apabila kita tahu apakah tujuan hidup kita, dan keperluan hidup kita maka insyaallah kita akan mendapat the ultimate live HANYA dengan bantuan allah... ianya bisa ana sebut 'idea'...

biasanya kalau u ak jadi kaya-raya + keberkatan, tuhan akan beri idea / dengan bantuan orang lain.. jika benar inner / hati kamu, maka jalan-jalan ini akan di buka..

tu sebab bila kita nak jadi kaya kena focus dekat spiritual / inner dahulu... bila inner itu strong ia akan menarik idea daripada khazanah idea, juga akan menarik 'buddy' yang mempunyai keinginan yang sama...

Dalam urs ini bisa di sebut:
  • major project
  • minor project

ana tahu manusia ini memang sifatnya selfish, ada knowledge simpan, ada duit simpan, and semua benda nak simpan...

ape daaaaaaaaaaa.. x tahu ke money is in relationship (buddy system)...

yang minor project tu, buatlah sebanyak mana pun...
tetapi jangan tinggal buddy system... cause ianya berkaitan cantuman energy menjadikan attrac itu lebih kuat....

antum nak jadi kaya?
antum nak lepas daripada life 'sudah jatuh di timpa tangga'?
antum ingin small energy (Phase 1 = $300 /month) kearah ultimate energy (finale phases $35k / month)?

buat kedua-dua project ini:
  • minor project
  • major project



sekarang kita beralih kepada............

apakah maksud tujuan manusia di ciptakan?
apakah message yang 'GOD' turunkan, dan tercatit dalam documentation (al-quran) oleh pakar-pakar sejarah?







kenapa antum di ciptakan?






betul ke kalau nak jadi kaya raya kena sturdy document?


betul ke dalam document itu terdapat cara untuk protect diri daripada di-control oleh lucifer, dajjal, dan yang paling besar sifat 'ananiah' / nafsu?


betul ke dalam document itu terdapat cara macam mana nak achieve ultimate life?






betul ke ni?




tak de ustaz bg tahu pun sepanjang 'saya' dengar ceramah dekat masjid / surau?





dan...........







siapa pula 'supersonic' yang macam tahu sangat nak translate code-code document itu?






dan menjadi persoalan penting 'why' supersonic revealed semua benda-benda ini???





why.. why.. why..

antum semua fikir dahulu.............









dan ana bg clue penting...






business = saluran dakwah








dan....

















ana dan antum ummat terbaik..................















































ianya maksud kita diciptakan...................








































apabila kita FOCUS kepada maksud / tujuan kita diciptakan..........




























makanya..........





















allah....




















akan........















'buka'








nak tahu 'buka' apa?












bersambung..... :D






Have Fun
 
SuperSonic dah wat thread dekat sini dah. Go on with your research.

BTW,

pm aku balik benda2 yg kene buat dulu tu. Aku dah lost sejak laptop rosak. Banyak info gak hilang adesss
 
Back
Top
Log in Register