BTC USD 81,081.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gold coast, aussie

Day 3rd: Habour town,Aquaduck & Surfer Paradise.

So hari ini mamaimran ceritakan sikit pengalaman menyopping kat Habour Town ni...Ini adalah hari ketiga percutian kami sepanjang berada di GoldCoast..Mmg tak sabar nak pergi ke Habour Town, Dengor citer brg2 kat sana murah bebenor..Jom terjah..iyahhh

Pagi tu mcm hari2 yg biasa selepas bangkit solat subuh dah tak leh tido..Siap kan breakfast utk my son & my husband..Lepas dah selesai breakfast kami pergi ke habour town naik bas..2 hari pertama cuaca tak brape mengizinkan,tapi hari ni cuaca amat baik skali..Awal kami keluar dari hotel pd pagi tuh.Dalam perjalanan nak ke bus stop tu sempat bertegur sapa dgn satu family dari Penang..katanya nak ke Seaworld..We all tunggu bas sesama.Seperti yg dikata seblm ni,khidmat bas diorg sgt efiyen dan punctual..Belum sempat duduk bas pun dah sampai,tak sempat nak sembang pepanjang..hehe.Dari Surfers Paradise nak ke Habour Town capai bas No 703. Aku pun tak ingat brape rege tambang sbb pakai touch aje Go card tu. Kalau naik bas dia akan berenti sendiri kat bus stop Habour Town,tak yah tekan loceng.

Sampai sudah..:):)





Antara outlet2 kat ctu..:)





Sebenarnya ada byk lagi outlet2 kat ctu..ada apa tu yg cap buaya terganga tu alaaa haa Lacoste,Polo Ralph Lauren,Nike,Adidas,Converse,The North Face,Canterbury,Kooga,Fossil(Ini best),Esprit ehh mcm2 lagi lah..
Apa pun dia punye rege brg2 kat cni mmg murah dari dijual kat malaysia nih..Patutlah kenapa org suka shopping kat overseas..:)paid

Bile dah penat berjalan singgah jap tale kebab kat sini..Kat Habour town ni Nandos pun ada,halal pulak tu.





Lepas abih makan sambung Jalan2 lagikkk...tadi baru 1/3 pusing2..Petua kalau nak elak lapar mata bile datang kat sini mesti kena makan dulu..hehe bila dah kenyang nafsu shopping tu boleh dikurangkan sket..kihkih:)):))

Sambil jejalan terperasan pulak farmasi ni,tadi tak nampak la pulak walhal masa sampai tadi mmg lalu kat depan farmasi ni..ader wat sale perfume..wow



Serius cakap mmg murah perfume2 yg dijual kat sini..sambar 2 botol one for me and one for my husband...Husband beli Dunhill desire RED baru aud$39..perghh murah tak dapek rege camtu kalau kat Tanah Melayu ni..:D

Ok..tak sedor menyopping rupanya dah masuk waktu zohor dah..masa mamaimran pergi dulu kul 11.30 dah masuk waktu zohor..Bagi mereka yg nak solat, alhamdulillah kat sini ader menyediakan ruang solat atau surau..Tapi surau tu berkunci,amik kunci kat sini.



Dapatkan kunci pada staf yg jaga kaunter kat dalam nih..Ini dia suraunya..Surau laki n pompuan sume dalam ni,tapi dia asingkan lah,cuma tempat amik air wuduk skali.



Kat sini telekung dan sejadah disediakan..walaupun agak kecil tapi surau tu dijaga dgn baik dan bersih..Lepas abih solat jgn lupa kunci balik pintu surau tu dan serahkan balik kunci pd staf kat Tourist lounge tu.

So ini diantara hasil tangkapan yg berjaya dinaikkan.hehe:p:)paid


*Handbag fossil ni beli kat sini cuma RM300 aje..baru2 ni nengok kat butik fossil kat K.L Beg yg sama harganya RM1003..banyak beza tu..


*Baju North Face tu baru aud$39 dan baju rugby Canterbury aud$30 aje..Husband cakap mati hidup balik pun kat malaysia takkan dapat rege camgini..haha:))

Ohh..Hampir terlupa pulak,bagi mereka yg nak return balik go card boleh dibuat kat kedai ni..



Nak balik ke Surfers,tunggu aje bas kat tempat masa dia drop kita tadi..Moral of the story..lain kali kalau ke GC mesti pergi habour town skali lagi..tak puas manyak menda nak beli tapi peruntukkan pulak kureng..adehh





Bersambung lagikk...:):)
 
Last edited:
Lupa nak masukkan info kat atas...sebenarnya kita leh apply cam tourist discount card kat tourist lounge..apply aje kat ctu,just isikan sedikit maklumat ttg diri kita pada satu buku yg disediakan. Kad tu dia akan bg mengikut jumlah org dewasa.. Sbg contoh misalnya kata ada 5 org pg menyopping terdiri 2 dewasa 3 kekanak,maka diaorg akan bg 2 kad saja.. Kad ni hanya utk brg2 yg normal price aje, dapat lah diskaun10%.:)
 
Wahhh best ni harbour town ni... Byk outlet rupanya...
 
Wahhh best ni harbour town ni... Byk outlet rupanya...

Bestttt...:)cgrock
Pastikan ada peruntukkan yg cukup bila dtg ke mari..
Sapa yg minat jeans levis pun ada butik kat cni..mmg murah boleh dapat sekitar aud$ 30-40 selai.
 
Bump for 2 day..jap lagi sy akan update entry yg terbaru..:)cgrock
 
Bump.. best lak baca journey puan. Boleh buat panduan nanti nih.

Ok..terima kasih kerna sudi jenguk kat thread ni..

Ok sambungan siri dari shopping kat Harbour Town,
Kami jejln kat sana hingga jam 1.00 ptg camgitu.Lepas tu kami naik bas utk pulang ke hotel..Kalau nak naik bas ke surfers dari Harbour town capai bas nombor 703 atau 709..Ingat nak terus ke Cavill @ surfers paradise waktu,tapi badan rasa penatla pulak, balik hotel tido jap dan solat asar,lepas tu baru kuor gi cavill.
Pada hari tu dah janji ngan my son nak bwk dia naik aquaduck...dia ni cam kenderaan 2 alam,atas darat leh jln atas air pun leh jln gak..xcited jugak kitaorg sbb tak pernah naik lagi menatang nih..:p
Ingat balik hotel tu tadi boleh lah nak tido2 sket tapi tak mau plak nak tido,lepas solat asar duduk2 jap lepas tu trus menapak ke cavill ave.

Kami terus gi kat kaunter tiket aquaduck yg terletak kat cavill avenue.

Mana2 parents yg ader bwk pram leh tinggal aje kat dlm kaunter tu,staf kat situ akan jaga kan.Harga ticket utk sorang dewasa aud$35 dan kekanak aud$26..Make sure kalau nak beli tiket tu better bwk sume anak2 tu gi depan kaunter, Sbb org asia ni bdk2 ni saiz badannya kecik,silap2 leh dapat free naik aquaduck..dah jimat aud$26 disitu,cam my son diorg pikir dia umur br 4 thn..so bdk yg 4 thn mmg dapat naik F.o.c lah..:):D

Tempat nak naik aquaduck tu pun dekat aje ngan ticketing counter,seberang jln dkt ngan cab bay..



Ingatkan dapat naik trip yg pukul 3 ptg punye, tapi tak sempat,naiklah trip yg pukul 4.15ptg.Semantara menunggu ader sejam lagi kat situ,kitaorg jejln lah kat area ctu..

Aquaduck ni dia akan lalu disekitar surfer paradise,masuk dlm sungai Nerang,naik semula ke darat kat seaworld dan akan melalui goldcoast highway menuju semula ke cavill ave. So layan gambar dulu..:)cgrock

Circle On Cavill





View from Nerang River



View from Marina Mirage



Mana2 passenger yg ader bawak kids..diorg akan bg our kids utk menjadi kapitan..:):D after that crew yg kat dlm aquaduck tu akan bagi sijil every kids yg drive aquaduck tu tadi...budak2 mmg teruja sesgt.:)cgrock:D




Bersambung lagik...:D
 
menarik.. Budget dlm Rm5000 (5D4N)ok ke utk 2 orang + infant <2 years old.
 
Back
Top
Log in Register