ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Najib diiringi Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Malaysia, Tan Sri Lim Kok Thay (dua, kiri) merasmikan PelanPelancongan Integrasi Genting dan Taman Tema Twentieth Century Fox World di Genting Highland, hari ini.
GENTING HIGHLANDS - Datuk Seri Najib Tun Razak yakinPelan Pelancongan Bersepadu Genting (GITP) akan membantu menangani ketidakseimbangan ekonomi wilayah dalam infrastruktur dan menggalakkanaliran pelaburan tempatan dan asing ke Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).Selain itu, Perdana Menteri berkata projek transformasi bernilai RM5 bilion itu akan menyediakan ketibaan pengunjung dan hasil yang tinggi untuk meningkatkan ekonomi dalam mewujudkan ribuan peluang pekerjaan."Saya menjangka pelan transformasi Genting dalam segmen resort bersepadu sebagai penetap trend dan permulaan era baru bagi industri pelancongan di Malaysia."Saya percaya semua rakyat Malaysia menunggu dengan penuh harapan untuk melihat dimensi hiburan baharu Genting yang akan membawa kegembiraan kepada pelanggannya," kata beliau semasa melancarkan GITP dan 20th Century Fox World di Genting Grand Hotel di sini hari ini.Turut hadir ialah Pengerusi Genting Malaysia dan Ketua Eksekutifnya Tan Sri Lim Kok Thay dan Presiden Produk Pengguna 20th Century Fox Jeffrey Godsick.GITP merupakan pelan induk 10 tahun bagi pembangunan, pengembangan, peningkatan dan baik pulih hotel, taman tema dan infrastruktur di Resorts World Genting.Pelan itu, yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, termasuk pembangunan taman tema pertama 20th Century Fox World bernilai RM1 bilion, yang dijadualkan dibuka pada 2016 serta cadangan penubuhan Genting Premium Outlets. Najib berkata pelan transformasi Genting, yang merangkumi pembukaan taman tema seluas 10 hektar dan rancangan Genting Premium Outlets kedua diAsia Tenggara, merupakan contoh utama penyertaan sektor swasta di bawahProgram Transformasi Ekonomi (ETP). "Di bawah ETP, kami menjangka untuk melihat sektor swasta mengambil alih peranan utama dalam memenuhi sasaran pertumbuhan yang ditetapkan di bawah program ini."Daripada hanya menumpukan pada jumlah pengunjung, kita perlu melihat cara-cara meningkatkan hasil pelancongan dan menyediakan produk serta perkhidmatan bernilai tambah untuk meningkatkan perbelanjaan pelancong," kata beliau. - Bernama