BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gigolo mengaku tipu pewaris BMW

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Seorang lelaki Switzerland yang dikenali dengan gelaran gigolo Swiss, Helg Sgarbi semalam mengaku menggugut wanita terkaya Jerman yang juga pewaris syarikat permotoran BMW, Susanne Klatten.

Peguam gigolo itu, Egon Geis memberitahu sebuah mahkamah di sini bahawa dakwaan yang dikemukakan terhadap anak guamnya adalah benar.

Sgarbi yang berumur 44 tahun didakwa memperdayakan pewaris BMW itu sebanyak tujuh juta euro (RM32.81 juta) dan tiga lagi wanita lain sebanyak 2.4 juta euro (RM11.25 juta).

Dia kemudian dihukum penjara 6 tahun kerana kesalahan menipu dan memeras ugut.

Gigolo itu memeras ugut pewaris BMW itu bagi mendapatkan 49 juta euro (RM229.77 juta) dengan menyatakan dia mempunyai rakaman video yang menunjukkan aksi hubungan intim mereka.

Sgarbi memberitahu Klatten yang berumur 46 tahun supaya meninggalkan suami dan menyimpan wang dalam dana amanah bagi membiayai kehidupan baru mereka.

Klatten enggan melakukannya dan dia memutuskan hubungan menyebabkan gigolo itu menggugut untuk menyebarkan rakaman video aksi intim mereka kepada suaminya dan pihak media.

Klatten adalah anak perempuan seorang usahawan yang berjaya menyelamatkan BMW, mendiang Herbert Quandt.

Dia turut memegang 46 peratus saham dalam syarikat menerusi gabungan saham dengan ibu serta adiknya.

Klatten turut memiliki 88.3 peratus saham dalam syarikat kimia, Altana. - Agensi
 
Gigolo tu belajar ngan orang Malaysia kot...main ugut ugut nak sebar gambar lak
 
salah sapa ya...skrg mcm satu trend pulak klu ada gambar atau video lucah leh wat ugut untuk mintak duit atau habuan seks..,
 
itu je jalan yg tersenang nak kaya ...
 
kalo cenggini punye kaya, mau semua org jd golo...:))
 
yg diugut pon kaya..
 
mcm mcm..dunia sudah lama...
 
pewaris BMW tuh..
tak luak la harta dia
 
pasni..ugutan v-deo akn jd biase..
 
Back
Top
Log in Register