BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gi kawin naik rakit :)

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
14d70b9a4a.jpg


Kelainan
95b69ae932.jpg

Pengantin lelaki Mohd Redzuan Md Salleh, 32, diarak menggunakan rakit buluh menyusuri Sungai Muda dari Pengkalan Sungai Nami ke Jeti Jungle Resort, Kuala Nerang sejauh dua kilometer sebelum disambut pasangannya Sharifah Norhafizoh Syed Ahmad Al-Sagoff, 19, dan ahli keluarga yang lain. - Foto Bernama
d2127f0bdf.jpg

Pasangan pengantin Mohd. Redzuan Md. Salleh bersama Sharifah Norhafizoh Syed Ahmad Al-Sagoff di atas rakit buluh selepas pengantin lelaki berakit sejauh dua kilometer di Sungai Nami, Kampung Tanjung Piring, Nami, Sik, Kedah, semalam. - utusan/Kamal Basir
9a29ad27d1.jpg

SIK 6 Jun - Majlis perkahwinan di Kampung Tanjung Piring di sini hari ini, mencipta keunikan tersendiri apabila pengantin lelaki dibawa menyusuri Sungai Nami menggunakan rakit sejauh dua kilometer (km) sebelum menemui pasangannya di tebing sungai.

Pengantin lelaki, Mohd. Redzuan Md. Salleh, 32, dilihat tidak kekok sepanjang berada di atas rakit buluh yang dikemudikan dua penduduk kampungnya.

Sebaik sampai di tebing sungai di pusat penginapan dan rekreasi, Jungle Resort, Mohd. Redzuan disambut pengantin perempuan, Sharifah Norhafizoh Syed Ahmad Al-Sagoff, 19, dengan iringan muzik tradisional oleh Kumpulan Gendang Sri Indah dari Kampung Bakong, Kuala Nerang.

Pasangan pengantin itu kemudiannya meluangkan masa kira-kira lima minit berada di atas rakit.

Mohd. Redzuan berkata, idea menggunakan rakit dalam majlis perkahwinannya tercetus sebulan lalu dan direalisasikan penduduk kampung yang bergotong-royong membinanya.

"Saya mahu perkahwinan ini berlangsung dengan unik dan mencipta satu kenangan indah buat kami.

"Selain itu, rakit juga mengimbau kenangan zaman kanak-kanak saya yang ketika itu banyak menghabiskan masa bermain rakit di sungai ini," katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Mohd. Redzuan berasal dari Kampung Tanjung Piring dan merupakan seorang ahli perniagaan kayu gaharu.

Sementara itu, Sharifah Norhafizoh dari Felda Lubuk Merbau berkata, dia bersetuju dengan idea untuk menggunakan rakit kerana sesuai dengan lokasi majlis yang dikelilingi hutan dan terletak bersebelahan sungai.

"Biarlah majlis perkahwinan ini menjadi kenangan manis buat kami yang telah menyulam cinta sejak tiga tahun lalu," katanya yang merupakan seorang peniaga.
 
Last edited:
yang ni shooting filem apa pulak, pi kawin naik rakit.
sikit hari lagi ada org kawin naik kereta sorong mamak mee.
 
19 tahun....pucuk muda ni...anak tok syed lagi..power2....tokey kayu
 
best nyer dapat 19 tahun tu ..
 
hahaha...kt kampung aku ni :)paid
 
Back
Top
Log in Register