BTC USD 81,068.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Geran

xy_d77

Fun Poster
Messages
119
Joined
Jun 16, 2008
Messages
119
Reaction score
0
Points
10
Skim Bantuan Kewangan Untuk EKS Dalam Sektor Perkhidmatan


Sektor Perkhidmatan Yang Layak
• Perdagangan;
• Perkhidmatan Perniagaan dan Profesional;
• Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
• Pelancongan;
• Penjagaan Kesihatan;
• Pendidikan; dan
• Pembinaan

Kriteria Kelayakan
• perniagaan yang diperbadankan/didaftarkan dibawah:
- Akta Syarikat 1965
- Akta Pendaftaran Perniagaan 1956; atau
- Certificate/s of Practice by Professional Regulatory Bodies;
• Mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM5 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50
• Mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang (untuk Sektor logistik sahaja)
• Sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat dimiliki oleh rakyat Malaysia
• Mempunyai lesen premis yang sah

Bantuan Kewangan

Bantuan diberikan dalam bentuk geran bersamaan dimana 50% daripada kos projek yang diluluskan dibiayai oleh Kerajaan dan bakinya ditanggung oleh pemohon.

i. Permualaan Perniagaan

Jumlah Maksima peruntukan geran untuk setiap permohonan adalah RM100,000. Geran ini adalah untuk perniagaan yang beroperasi kurang daripada tempoh 12 bulan.

Perbelanjaan yang layak
• Penyediaan perancangan perniagaan
• Penyediaan perancangan pemasaran
• Kajian-kajian kemungkinan pasaran
• Kos sewa premis perniagaan dan sewa peralatan berkaitan sehingga 24 bulan
• Pembangunan prototaip (untuk Sektor Pembinaan dan aktiviti berkaitan sahaja)
• Pembelian mesin atau keperluan pejabat
• Pembayaran yuran jalurlebar selama setahun (untuk sektor ICT)

ii. Menambahbaik dan Mempertingkatkan Perkhidmatan dan Proses yang Sedia Ada

Jumlah maksima peruntukan geran untuk setiap permohonan adalah RM500,000. Geran ini adalah untuk Sektor ICT, Penjagaan Kesihatan dan Pembinaan.

Perbelanjaan yang layak
• Menjalankan kajian-kajian kemungkinan teknologi
• Yuran untuk pemindahan teknologi
• Pembangunan prototaip
• Pendaftaran awal harta intelek (IP)

iii. Persijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti

Jumlah maksima peruntukan geran untuk setiap permohonan adalah RM250,000.

Perbelanjaan yang layak
• Perolehan persijilan dan sistem pengurusan kualiti bagi perkhidmatan yang berkaitan.
• Siri persijilan ISO 9000.
• Persijilan Halal dan perbelanjaan yangberkaitan dengannya bagi mematuhi keperluan persijilan.

iv. Pengiklanan dan Promosi

Jumlah maksima peruntukan geran untuk setiap permohonan adalah RM50,000.

Perbelanjaan yang layak
• Penyediaan bahan-bahan pemasaran dan promosi seperti brosur, katalog, risalah, sepanduk, poster, beg plastik/kertas dan CD-ROM.
• Peniklanan didalam media elektronik
• Peniklanan didalam media cetak
• Pembangunan laman web interaktif untuk aktiviti e-dagang.
 
Sambil menyelam minum air. Nak bagi info sebenarnya. Pastu sapa yang rasa2 maleh nak pikir, boleh le jadikan aku consultant..
 
Upfront tu setakat duit minyak & makan roti canai je la. Tu pun aku mintak lepas borang semua lengkap berisi le. Bahagian2 lain cerita lepas approve.
 
Tapi startup ni maximum 100k je. Setiap satu tu ada maksimum amount. Kalau cybercafe, boleh apply untuk sewa, computer, printer & seangkatan, pastu streamyx setahun & furniture. Perancangan perniagaan pun boleh gak apply tapi kena sign by orang tertentu la. Yang penting semua aa quotation dari supplier.
 
cuba dptkan buku yg bank negara keluarkan..
ada panduan permohonan loan n pihak yg terlibat memberi pinjaman...

"Tabung dan skim perusahaan kecil dan sederhana yang di promosikan kerajaan malaysia"

sempoi buku tu...guide semua dh ada..cuma follow jer..
 
Betul tu.. Aku pun baru dapat geran gomen ni. Yang penting buat berniaga betul la. Kalau maleh nak pikir, biar yang arif je yang buat.
 
Back
Top
Log in Register