BTC USD 80,944.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Geran Khas Prihatin PKS (GKP)

xleh proceed nak submit..tekan button "teruskan" xde jadi mende...dah buat captcha pon still takleh proceed..huhu

Aku punya kes lak..
bila nk mohon dia soh masuk no. poskod & daerah.
Bila masuk data2 tu...xada apa2,
balik2 dia soh check poskod & daerah tu sama dgn dlm ic..
begitu ler berulang2 kali..
sedangkan.., itu ler poskod & daerah yg tertulis dlm ic aku.:mad:
 
Semakan GKP boleh dibuat mulai esok 3/6/2020 dan pembayaran kepada yang layak mulai 15 Jun ini
 
FB_IMG_1591970772846.jpg


Tarikh Akhir Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) Adalah Pada 15 Jun 2020​
 
DEWAN RAKYAT | Boleh Semak Kelulusan GKP 2.0 Mulai 27 November

Peniaga yang telah membuat permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 boleh mula menyemak status kelulusan bermula 27 November 2020 dan bayaran bakal diterima mulai 30 November 2020.

 
yang dah dpt kali pertama..mmg tak dapat ler kali ke dua...sob sob
 
Geran Khas Prihatin: 304,000 pemohon layak dengan nilai RM912 juta

Daftar Bantuan Prihatin Nasional.png


PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa hampir 304,000 pemohon perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro layak menerima Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi kenyataan di sini berkata, jumlah itu melebihi sasaran dengan melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM912 juta.

Kerajaan ujar beliau, pada mulanya hanya menetapkan sejumlah 200,000 pemohon PKS mikro akan memohon GKP 2.0 dengan peruntukan asalnya cuma sebanyak RM600 juta.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan ketika permohonan mulai 30 November tetapi semakan kelulusan boleh dibuat bermula 27 November,” katanya.

Pemohon terbabit jelas Tengku Zafrul, boleh tahu status kelayakan mereka menerusi portal khas GKP dibangunkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

Beliau menambah, jumlah keseluruhan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 yang diluluskan adalah hampir 849,000 dengan peruntukan bantuan kewangan sebanyak RM2.55 bilion.

“Setiap permohonan diterima LHDN telah disemak silang dengan data agensi berkaitan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya.

Ini tegas Tengku Zafrul, bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak dan memenuhi syarat ditetapkan dengan tempoh permohonan GKP 2.0 dibuka dari 1 hingga 31 Oktober lalu.

GKP 2.0 dibuka semula oleh pihak kerajaan di bawah pakej rangsangan ekonom Kita Prihatin secara bayaran one-off berjumlah RM3,000 dan pemohon tidak pernah menerima GKP 1.0.

“Ia bertujuan bagi meringankan beban kewangan perniagaan ekoran impak wabak Covid-19 dan meningkatkan produktiviti demi kelangsungan PKS mikro di seluruh negara,” jelas beliau.

Tengku Zafrul menambah, lebih 545,000 pemohon GKP 1.0 telah menerima manfaat inisiatif itu dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM1.63 bilion yang dibayar pada Jun lepas. -UTUSAN ONLINE

 
Geran Kita Prihatin 2.0 Di Salur 30 Nov Ini

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Hampir 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang layak menerima Geran Kita Prihatin 2.0 akan menerima wang masing-masing mulai 30 November ini. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding sasaran asal iaitu 200,000 usahawan mikro sahaja. Dengan itu, kerajaan menganggarkan peruntukan GKP 2.0 adalah sebanyak RM912 juta, meningkat berbanding peruntukan asal sebanyak RM600 juta.

“Di bawah pakej rangsangan ekonomi Kita Prihatin, kerajaan telah membuka semula permohonan untuk Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) yang merupakan bantuan kewangan secara one-offberjumlah RM3,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini. Tujuan GKP 2.0 adalah bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan GKP 2.0 mulai 30 November 2020 dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 27 November 2020 di Portal GKP, https://qkp.hasil.Nov.my. Ujar Tengku Zafrul, jumlah keseluruhan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 adalah hampir 849,000 dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM2.55 bilion.- MalaysiaGazette

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11/23/geran-kita-priharin-2-0-disalur-30-nov-ini/
 
sayang. ramai kt kg ak ni ptot layak. gara2 xde ssm lesen. 3k tu
 
GKP 2.0 ni utk yang baru atau yang aritu dapat....bleh dapat lagi?
 
Back
Top
Log in Register