strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
Johor Bahru: Gerak hati seorang ibu untuk pulang ke rumah dan membawa anaknya makan tengah hari bersama berjaya menyelamatkan kanak-kanak berusia 12 tahun itu selepas rumah mereka di Taman Intan, Ulu Tiram di sini, terbakar, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu turut menyebabkan dua rumah berdekatan mengalami kerosakan akibat api merebak sebelum berjaya dikawal dan dipadamkan anggota bomba yang tiba di lokasi.
Mangsa Sarimah Mohd Noor, 46, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan harta benda di dalam rumah kerana api marak sebaik tiba selepas dimaklumkan jiran.
Ibu tiga anak yang bekerja sebagai kerani itu berkata, dia sekeluarga kehilangan tempat tinggal dan terpaksa menumpang di rumah bapa saudaranya di Kampung Oren, Ulu Tiram buat sementara waktu.
"Sebelum kejadian, saya memang berasa tidak sedap hati hingga tergerak untuk mengambil anak bongsu (Muhammad Zulfakar Ali Muhammad) yang berada di rumah dan mengajaknya makan tenga hari di restoran berhampiran.
"Selang 10 minit kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada jiran yang meminta kami segera pulang kerana rumah terbakar.
"Setibanya di rumah, api sedang marak dan tiada apa yang sempat diselamatkan ketika itu kecuali dokumen penting yang berada dalam simpanan," katanya yang bergelar ibu tunggal selepas suaminya meninggal dunia lima tahun lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/node/4788