balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Operasi meroboh gerai-gerai dikendalikan warga asing di Bandar Tasik Selatan dilakukan DBKL, semalam.
< 1 / 2 >
KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 gerai yang dikendalikan warga asing di sepanjang Jalan Tasik Selatan 20, Desa Tasik di Bandar Tasik Selatan, dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi bersepadu, petang semalam.
Tindakan dibuat berikutan aduan penduduk sekitar kawasan itu yang mendakwa beberapa gerai diusahakan warga asing terutama Indonesia menyebabkan halangan di laluan pejalan kaki.
Penolong Pesuruhjaya Penguat kuasa DBKL, Osman Ismail berkata, pihaknya melakukan pemantauan beberapa minggu sebelum bertindak.
“Terdapat 11 gerai yang mempunyai penjaga atau penyewa dari kalangan warga asing. Manakala, bakinya pula gerai terbiar dan sengaja dibiarkan kosong tanpa sebarang perniagaan.
“Didapati ada pengendali gerai warga asing tidak utamakan soal kebersihan ketika jalankan perniagaan makanan. Meletakkan daging ayam yang ingin dimasak di laluan pejalan kaki,” katanya ketika sesi taklimat Operasi Meroboh Gerai Tanpa Lesen dan Terbiar, di sini, semalam.
Tambah Osman, kawasan berkenaan telah banyak kali diserbu sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun masalah sama masih berlaku.
“Pemilik gerai yang asal warga tempatan sebelum ini telah diberikan kompaun dan peringatan namun masih berdegil menyewakannya kepada warga asing,” katanya.
Dalam operasi itu, enam warga asing iaitu empat Indonesia dan dua Myanmar turut ditahan.
Seramai 81 anggota penguatkuasa terlibat dalam operasi itu dan turut dibantu pelbagai agensi lain.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/gerai-warga-asing-dirobohkan-1.358666