BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gerai karaoke haram digempur

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,258
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,258
Reaction score
1,663
Points
201
MARKAS_AYAHdcascANDA_1600863152.jpg


PETALING JAYA: Sebuah gerai makan haram dilengkapi aktiviti karaoke yang dibuka sejak dua tahun lalu di Sunway Mentari, di sini, digempur Polis Daerah Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD), malam tadi.

Gerai didirikan tanpa kebenaran MBPJ itu dipercayai beroperasi hingga lewat pagi, meskipun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Mei lalu dikuatkuasakan, setiap premis dibenarkan dibuka sehingga jam 12 tengah malam sahaja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata ketika serbuan jam 10.30 malam tadi mendapati, pemilik kedai seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun turut dikesan menggaji enam lelaki dan dua wanita warga Indonesia serta seorang lelaki warga Algeria.

MARKAS_AYAHdsadqdANDA_1600863159.jpg
P

MARKASd1dq_AYAHANDA_1600863164.jpg
PREMIS gerai haram membuat sambungan elektrik tanpa kebenaran ketika operasi yang dijalankan oleh Polis dan MBPJ di Petaling Jaya.

MARKAS_AYAHc32142rANDA_1600863170.jpg


"Operasi ini dilakukan secara bersepadu selepas dua kali serbuan yang dibuat oleh pihak MBPJ secara bersendirian sebelum ini, tidak diendahkan pemiliknya meskipun notis sudah diberikan.

"Apabila serbuan dilakukan secara bersepadu, maka tugas penguatkuasaan dapat dilaksanakan mengikut bidang kuasa masing-masing," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Nik Ezanee berkata, dalam operasi berkenaan pihak polis turut menahan tujuh pelanggan warga Indonesia kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah selain mengeluarkan 21 kompaun kepada pelanggan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Suspek pemilik premis, ditahan reman selama tiga hari manakala pekerja warga asing ditahan reman selama 14 hari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1963, Seksyen 6(1)C Akta Imigresen dan Seksyen 6 Akta Hiburan Kerajaan Tempatan.


== bharian
 
Back
Top
Log in Register