BTC USD 81,453.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Geng plastik hitam bulan Ramadan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,686
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,686
Reaction score
1,682
Points
201
banyak bahan2 koleksi yang boleh dikongsi kat satu thread khas..silakan LIKE kalau suka
 
11878.jpeg
11881.jpeg
11884.jpeg
11887.jpeg
11890.jpeg
11893.jpeg

Ops Geng Plastik Hitam dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi memantau orang Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan pada hari ini di sekitar Chemor, Chepor dan Meru.
 
Tmpt aku dl bnyk lanie xtau la ada lg ka dk hahahaha
 
rider penghantar makanan la senang. Buat2 amik order kat kedai, lepas tu cari port baik dan makan.
 


x malu tol makan selamber gitu je
 


Polis siasat video tular kereta peronda berhenti di restoran mamak

Sungai Buloh: Polis mengesahkan sedang menyiasat rakaman video tular yang memaparkan sebuah kereta peronda polis (Mobile Patrol Vehicle (MPV) berhenti di sebuah restoran mamak, di sini, semalam.


Menurutnya, rakaman selama 12 saat itu menunjukkan sebuah kenderaan MPV milik polis yang melalui jalan di tengah deretan kedai sebelum berhenti di sebuah restoran mamak.

"Berikutan daripada rakaman video tersebut, mendapati pekerja restoran mamak telah menghampiri kenderaan MPV.

"Kemudian pekerja restoran mamak telah memberikan dua bungkusan plastik berwarna putih kepada pemandu MPV," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, pihaknya mengesahkan bahawa kejadian yang berlaku membabitkan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

"Perkara ini akan disiasat dan tindakan tegas akan diambil pada mana-mana anggota dan pegawai yang terlibat.

"Pihak IPD Sungai Buloh tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawai yang membuat salah laku yang boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Hafiz menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau andaian tidak berasas yang boleh mencemarkan imej PDRM.

Terdahulu tular rakaman di media sosial, memaparkan sebuah kenderaan MPV polis melalui jalan tengah deretan kedai dan berhenti di sebuah restoran mamak dipercayai pada bulan Ramadan.

Suharmin Yusuf
Artikel➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register