BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Generasi tanpa rumah membimbangkan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Generasi tanpa rumah membimbangkan

March 2, 2023

KUALA LUMPUR: Generasi tanpa rumah pada masa akan datang dibimbangi akan menyumbang kepada krisis sosial di negara ini.

Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) berkata, keadaan yang membimbangkan itu adalah akibat majoriti rakyat tidak mampu mempunyai rumah akibat pendapatan tidak seimbangan.



Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, keadaan yang membimbangkan itu kerana secara majoriti, pendapatan rakyat tidak seimbang dengan harga rumah.

“Adakah kerana wujudnya spekulator yang berperanan menaikkan harga rumah dan jika benar, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan untuk mengatasi perkara tersebut,” katanya bertanyakan soalan tambahan ketika sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata pemilikan rumah bergantung kepada faktor pendapatan dan harga rumah itu sendiri.

Katanya, seramai 15,024 orang mendapat manfaat dengan jumlah nilai pembayaran sebanyak RM1.91 bilion selepas kerajaan mengumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk membantu mereka memiliki rumah pertama.

“Walaupun harga rumah meningkat dan pendapatan tidak seiring, namun inilah intervensi yang berlaku,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/3/2023

 
Yer tak dinafikan rumah makin mahal bukan semua mampu beli

Hanya segelintir saja mampu

Majoriti sewa

Kepada yang tak mampu beli rumah

Solusi penyelesaian minta rumah ppr

Sebulan sewa campur elektrik dan air tak sampai rm300 sebulan

Bukan mudah dapat

Tapi kalau dah dapat memang beruntung keluar sewa rumah tak sampai rm300

Saya ada member dapat rumah ppr

Nama ja rumah ppr

Ada penghuni beli honda city baru toyota vios baru

Tinggal rumah murah bawa kereta best

Itu la rumah ppr
 
jadi pembangkang baru nak pikir pasal rakyat takda rumah, bagus kena bagi kekal jadi pembangkang sampai 5 penggal.
 
Dah jadi kerajaan buatlah rumah murah.. kau buat rumah 2 bilik pun 300k.. sape je mampu beli.. anyway anak muda dah bijak.. ko beli rumah x semestinya selamat.. 2050.. mostly sekitar pantai akan tenggelam.. kalau x tenggelam sure banjir
 
Back
Top
Log in Register