BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gen Y & Wang Pendapatan

Akaun simpanan paling tidak sesuai, lagi2 kalau ada kad atm dan maybank2u.

Disiplin melawan nafsu membeli tu kena kuat. Tengok kawan2 pakat beli Iphone 6s takut menggeletar seluruh badan menahan nafsu membeli.

Kalau letak duit dalam ASB atau tabung haji susah sikit nak keluar duit.

yg ni betul..letak kat tmpt yg leceh dn byk prosedur kalo nak bg keluar...cth kwsp bg yg bru stat keja..jgn ler bila dh sah keja kelam kabut nak bg keluar...org ckp bunga kecik banding asb..tp lg selamat sbb leceh nak bg keluar..
simpan dlm 5 tahun ke palig kurg pn ok ape..
 
ntahla sejak kahwin ni nk myimpan dlm asb mmg x dpt,x cukup lg adala.padahal hidup xdela bermewah2 pun,biasa je ni tp masih bercatu dlm smua benda,sblm beli kne pkir banyak kali.nk bg duit kt org tua pun x lepas hmmm
 
Cuba tengok dan kaji betul2. :-?

Rasanya 93% tu mampu menyimpan kerana gaji antara RM1,900 ke RM2,400.

Yang 7% tu lah yang gaji bawah RM1,800.

Jadi golongan yang bermasalah ini bukan kerana gen Y itu boros tetapi gaji mereka tidak cukup berbanding dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini.

Mungkin mereka kena terus tinggal dengan ibu bapa atau memilih untuk tidak membeli kenderaan dahulu sehingga pendapatan lebih stabil.

:)cgrock

yes. aku antara yang bawah 1.8k. nk menten duit cukup susah sekarang
kereta dah tak jalan. pakai motor. paksa diri untuk simpan dalam asb
sedih tengok member2 kelas yang dah berjaya.
masih belum rezeki:):)
 
yes. aku antara yang bawah 1.8k. nk menten duit cukup susah sekarang
kereta dah tak jalan. pakai motor. paksa diri untuk simpan dalam asb
sedih tengok member2 kelas yang dah berjaya.
masih belum rezeki:):)

Sabar tuan. Percayalah nanti bila dapat 'rezeki' itu baru kita dapat merasakan kepuasan dan kesyukuran yang sebenarnya.

Kalau yang dilahirkan kaya ni, susah dia nak mensyukuri nikmat. Semua yang dia nak senang dapat semenjak kecil. Dugaan yang Allah beri kepada dia adalah perasaan tidak cukup atau tidak puas. Itu pasal duit berjuta pun masih tidak cukup. Nak kejar billion juga.

Yang penting berbelanja mengikut kemampuan dan bersyukur dengan rezeki yang kita dapat.

Lepas tu kurangkan banding dengan rezeki orang lain. Rezeki masing2. Perasaan iri hati dan sifat cemburu ni susah sikit nak buang, tetapi orang kaya pun sentiasa rasa tidak cukup apabila dia bandingkan diri dengan orang lain yang lebih mewah.

Satu lagi bila kita pernah jatuh terduduk atau sudah mengenal erti kesusahan, selepas diberikan dugaan oleh Allah baru kita dapat mensyukuri nikmat. Minum air panas suam pun rasa sedap. :)

:)paid
 
ntahla sejak kahwin ni nk myimpan dlm asb mmg x dpt,x cukup lg adala.padahal hidup xdela bermewah2 pun,biasa je ni tp masih bercatu dlm smua benda,sblm beli kne pkir banyak kali.nk bg duit kt org tua pun x lepas hmmm

Sabar tuan, semua ini dugaanNya.

Saya pun cuma dapat simpan ASB setahun sekali buat masa ni. Orang lain awal tahun bawa keluar dividen keuntungan, saya masuk duit dalam ASB jika ada duit lebih. Nak masuk duit dalam ASB tiap2 bulan tak lepas.

Ditipu rakan kongsi dalam perniagaan beberapa tahun lepas. Memang jatuh terduduk. Lagi sikit nak istihar bankrap. Tetapi kerana sabar, alhamdulillah Allah buka jalan, dapat juga buat bayaran tiap2 bulan, walaupun rasa macam bela biawak hidup. Sekarang menghitung hari sehingga pinjaman bank ini selesai sahaja.

Hidup tidak mewah, asalkan kereta dan rumah tidak tergadai sudah.
 
Back
Top
Log in Register