BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar jumpa **** hutan dalam longkang

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

**** hutan yang terperangkap di dalam longkang berjaya dikeluarkan anggota JPAM Kerian dengan bantuan orang awam.​

BAGAN SERAI - Lokasi Jalan Besar di sini, dipenuhi orang ramai gara-gara ingin melihat seekor **** hutan terperangkap dalam longkang, sejak pagi, semalam.

Seorang pemilik kedai yang hanya mahu dikenali Tan, 50, berkata, sekitar jam 5 pagi, dia terdengar bunyi dengusan kuat seakan-akan bunyi kerbau disusuli bunyi air longkang berkocak kuat.

"Saya segera meninjau dalam longkang di hadapan premis dengan menggunakan lampu suluh dan terkejut melihat seekor **** hutan dalam longkang.

"**** itu cuba keluar namun tidak berjaya," katanya kepada media di sini semalam.

Menurutnya, tanpa berlengah, dia segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kerian untuk keluarkan haiwan liar itu.

"Sementara menunggu JPAM, saya bersama orang ramai dan ahli bomba sukarela cuba mengeluarkan haiwan itu, namun gagal.

"Anggota JPAM terpaksa menggunakan tali untuk keluarkan haiwan itu. **** hutan itu kemudiannya diserahkan kepada ahli bomba sukarela untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap JPAM Kerian ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 2.45 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Kami yakin **** seberat hampir 40 kilogram itu tersesat dan jatuh ke dalam longkang," katanya.
 
hahahaha...**** hutan kat pekan bagan serai,mna datangnya?
 
apa tindakan selanjutnya? bbq la jawabnya
 
kenapa lar yg selalu sesat2 ni bab1, boya atau ular jer...
kalau sesat tu rusa, kancil, kijang... atau ayam hutan sedap gak boleh buat lauk...
 
Cam astrok je. Bukan semalam pun ada jumpa kan?

Ke semua binatang ni mengamuk masuk bandar.
 
Napa **** pun nak kena sensored eh? Abes tu siput **** nak sebut apa?
 
Back
Top
Log in Register