balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
MUKAH – Penduduk Pulau Bruit dekat sini gempar apabila dikejutkan dengan penemuan logam yang didakwa menyerupai emas di dalam ketulan batu di Jalan Ladang Kelapa Sawit berhampiran Kampung Salah Kechil di sini semalam.
Susulan cerita penemuan emas itu, kawasan tersebut telah diserbu oleh penduduk yang tidak mahu melepaskan peluang mencari logam bernilai tinggi itu di dalam ketulan batu di jalan ladang berkenaan.
Seorang penduduk, Raziman Ali, 39, berkata, cerita penemuan emas itu bermula daripada seorang pemandu lori yang mengangkut batu untuk kerja-kerja penyelengaraan jalan ladang di situ.
“Saya dapat tahu mengenai penemuan logam ini daripada seorang pemandu lori dan cerita ini cepat tersebar ke pengetahuan penduduk kampung.
“Saya tidak sangka dalam sekelip mata, kawasan di sekitar jalan ladang itu menjadi tumpuan ramai dengan masing-masing sibuk mencari ketulan batu dipercayai mengandungi emas,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm