BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar buaya muncul tepi parit

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg

Seekor buaya tembaga dilihat terdampar di tebing parit berhampiran Kampung Tanah Putih Feri kelmarin.
KUANTAN – Penduduk Kampung Tanah Putih Feri, di sini gempar apabila melihat seekor buaya tembaga berukuran sepanjang hampir dua meter muncul di tebing parit kelmarin.

Penduduk, Zabedah Md Derus, 63, berkata, sejurus selepas dimaklumkan oleh anaknya, dia bergegas ke lokasi dinyatakan untuk melihat buaya itu.

Menurutnya, reptilia tersebut antara yang paling besar pernah dilihat setelah lebih 40 tahun tinggal kawasan ini.

“Memandangkan keadaan rumah kami yang terletak di kawasan parit yang alirannya sampai ke Sungai Kuantan, tidak hairanlah jika ada buaya tersesat masuk.

“Sejak saya kecil lagi buaya memang selalu sesat ke kampung kami tapi kali ini pertama kali saya lihat buaya bersaiz besar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini kelmarin.

Sebaik tersebar mengenai kehadiran buaya di tebing parit itu, penduduk di sekitar Bukit Setongkol dan Cenderawasih berpusu-pusu mahu melihat sendiri reptilia terbabit yang muncul pada kira-kira jam 5.30 petang.

Sheikh Baharul Hisham Sheikh Baharom, 49, berkata, buaya tersebut kemungkinan datang dari kuala Sungai Kuantan di hujung kampung dan sesat masuk ke dalam parit di kampung terbabit.

“Bagi saya, selagi buaya tersebut tidak mendatangkan ancaman kepada penduduk, biarlah ia tinggal di dalam parit ini.

“Sampai masanya apabila air pasang berlaku, ia akan pergi ke habitatnya semula di kuala Sungai Kuantan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Khairiah Mohd Sharif berkata, pegawainya sudah dihantar ke lokasi buaya itu ditemui bagi memantau keadaan sekeliling.

“Biasanya kawasan seperti parit sememangnya habitat reptilia ini. Kami nasihatkan penduduk agar tidak mengganggu buaya itu kerana mungkin ia akan bertindak agresif sekiranya ada ancaman,”katanya.

Beliau berkata, reptilia itu akan kembali semua ke habitat asalnya yang terletak berdekatan dan pihaknya akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
 
Pantau jangan tak pantau......hebahan mesti dilakukan segera di media cetak, elektronik, papan tanda dan sebagainya utk mengelak perkara buruk berlaku.....masih cuti sekolah ni...ramai budak2 pergi memancing.
 
image.jpeg

Seekor buaya tembaga dilihat terdampar di tebing parit berhampiran Kampung Tanah Putih Feri kelmarin.
KUANTAN – Penduduk Kampung Tanah Putih Feri, di sini gempar apabila melihat seekor buaya tembaga berukuran sepanjang hampir dua meter muncul di tebing parit kelmarin.

Penduduk, Zabedah Md Derus, 63, berkata, sejurus selepas dimaklumkan oleh anaknya, dia bergegas ke lokasi dinyatakan untuk melihat buaya itu.

Menurutnya, reptilia tersebut antara yang paling besar pernah dilihat setelah lebih 40 tahun tinggal kawasan ini.

“Memandangkan keadaan rumah kami yang terletak di kawasan parit yang alirannya sampai ke Sungai Kuantan, tidak hairanlah jika ada buaya tersesat masuk.

“Sejak saya kecil lagi buaya memang selalu sesat ke kampung kami tapi kali ini pertama kali saya lihat buaya bersaiz besar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini kelmarin.

Sebaik tersebar mengenai kehadiran buaya di tebing parit itu, penduduk di sekitar Bukit Setongkol dan Cenderawasih berpusu-pusu mahu melihat sendiri reptilia terbabit yang muncul pada kira-kira jam 5.30 petang.

Sheikh Baharul Hisham Sheikh Baharom, 49, berkata, buaya tersebut kemungkinan datang dari kuala Sungai Kuantan di hujung kampung dan sesat masuk ke dalam parit di kampung terbabit.

“Bagi saya, selagi buaya tersebut tidak mendatangkan ancaman kepada penduduk, biarlah ia tinggal di dalam parit ini.

“Sampai masanya apabila air pasang berlaku, ia akan pergi ke habitatnya semula di kuala Sungai Kuantan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Khairiah Mohd Sharif berkata, pegawainya sudah dihantar ke lokasi buaya itu ditemui bagi memantau keadaan sekeliling.

“Biasanya kawasan seperti parit sememangnya habitat reptilia ini. Kami nasihatkan penduduk agar tidak mengganggu buaya itu kerana mungkin ia akan bertindak agresif sekiranya ada ancaman,”katanya.

Beliau berkata, reptilia itu akan kembali semua ke habitat asalnya yang terletak berdekatan dan pihaknya akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
besar juga buaya tu ek
 
saja nak tinjau kawasan
 
dia kepanasan kot.

ni paras air yg biase ke ? nampak cam air 'pasang' sbb pagar tu kat dalam air
 
Setakat pantau je wat mende? Naper la nak tunggu air pasang baru nak biar natang ni berpindah ke habitat asal? Gi la tangkap pastu pindah kat tempat jauh dari manusia.
 
Kalau dorang yang tangkap....mati buaya tu.....pantau boleh la.....pergi ke tempat kejadian, ambil gambar.....itu saja.
 
Kesian, cuaca panas ni, tu sebab dia keluar tu.. hari tu nampak biawak 2 ekor berenang2 kat longkang.. air longkang pun dah makin surut.. #:-S
 
Back
Top
Log in Register