wanzex
CG Top Poster Club

- Messages
- 35,552
- Joined
- Jul 12, 2006
- Messages
- 35,552
- Reaction score
- 1,107
- Points
- 191
Bipasha jadi 'hadiah' atlit Olimpik India
PERTARUH DIRI: Bipasha sanggup keluar dengan
Kumar sebagai teman jika atlit tinju itu
memenangi pingat emas.
PERTARUH DIRI: Bipasha sanggup keluar dengan
Kumar sebagai teman jika atlit tinju itu
memenangi pingat emas.
Keluar dengan peninju jika raih emas
MUMBAI: Aktres popular Bollywood, Bipasha Basu membuat tawaran berani kepada peninju India, Vijender Kumar yang sedang beraksi di Olimpik Beijing - menangi emas dan seterusnya menjadi temannya.
Media tempatan melaporkan, jelitawan itu membuat tawaran berkenaan selepas Kumar, 23, memberi jaminan memenangi sekurang-kurangnya pingat gangsa selepas mengalahkan peninju Ecuador, Carlos Goncora dalam pusingan kelayakan separuh akhir kategori middleweight, kelmarin.
Berikutan itu, Kumar kini cuma dua langkah daripada pingat emas Olimpik dan tidak kurang menariknya, untuk keluar bersama dengan salah seorang heroin paling popular Bollywood.
"Saya sebenarnya dimaklumkan Kumar sendiri memberitahu media yang beliau amat meminati saya," kata Bipasha kepada media, semalam.
"Jadi inilah pesanan saya untuk Kumar, jika anda menangi pingat emas yang pasti membanggakan India, saya sanggup menjadi hadiah untuk keluar bersama," kata Bipasha sambil mengucapkan selamat berjaya kepada Kumer yang bakal beraksi dalam pusingan kelayakan seterusnya, termasuk berdepan peserta dari Cuba.
Selain itu ketika mengulas khabar angin mendakwa dirinya bersikap bongkak, Bipasha menafikannya dan mendakwa ia satu tuduhan tidak berasas.
"Saya berasa terharu apabila ada pihak yang menganggap diri ini sebagai antara aktres berpengaruh sekarang. Tetapi kepada mereka yang sebaliknya menuduh saya bongkak, itu cuma satu tuduhan tidak berasas sama sekali.
"Memang saya menjadi perhatian ramai tetapi untuk mengatakan saya seorang diva dan berlagak, memang tidak benar," katanya. � Agensi