BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GEMPAR! Anwar dalang sebenar demonstrasi

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang sebenar penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini kerana mahu menaikkan kedudukannya dalam politik negara dan pentas antarabangsa, selain batu loncatan untuk beliau dan pembangkang mengaburi rakyat untuk berkuasa. Walaupun penganjur kumpulan pengacau itu mendakwa perhimpunan bertujuan mengetengahkan kelemahan proses pilihan raya, motif sebenar yang selama ini tersembunyi kini semakin jelas, iaitu untuk mendapat kuasa politik. Perkara itu didedahkan bekas sekutu rapatnya yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Chandra Muzaffar yang menganggap selain Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), gabungan parti pembangkang, PAS dan DAP juga dilihat bersekongkol untuk mendapatkan kuasa.

Beliau berkata, motif tersembunyi Anwar semakin terserlah kerana beliau terdesak untuk menjadi Perdana Menteri dan akan melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.

“Apabila rakyat memahami konteks (perhimpunan haram) yang sebenar, terutama motif tersembunyi, mereka akan lebih berhati-hati dengan 9 Julai. Rakyat akan membezakan agenda peribadi ahli politik sebenar dan transformasi politik.

Malah, mereka tidak seharusnya membiarkan ahli politik seperti itu membentuk masa depan mereka,” katanya dalam artikel bertajuk 9 Julai: Memahami Konteks yang disiarkan dalam blog OutSyed The Box, semalam.
Chandra berkata, Penasihat PKR itu juga berharap demonstrasi pada 9 Julai akan menghakis sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).

“Jika motif ini dapat direalisasikan, tentu beliau akan dikagumi rakan sekutunya, selain diiktiraf negara barat, sekali gus meningkatkan sokongan terhadap beliau,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya menyertai demonstrasi reformasi antara 1999 hingga 2000, Chandra percaya perhimpunan seperti itu tidak membangkitkan semangat demokrasi di kalangan rakyat, sebaliknya rakyat akan menolak parti terbabit.

“Demonstrasi reformasi dicetuskan Anwar ketika dalam penjara kerana satu tujuan, iaitu untuk beliau mendapat perhatian dan seterusnya dibebaskan,” katanya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, mendakwa Anwar sebagai di sebalik muslihat perhimpunan haram itu adalah fakta jelas seumpama ‘sudah terang lagi bersuluh’ dan mendesak Ketua Pembangkang itu tidak lagi berlakon atau berselindung di sebalik orang lain.

“Melihat kepada orang di belakang perhimpunan haram itu, sangat jelas ia bermotifkan politik dan isu berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya alasan untuk mengaburi mata rakyat. Agenda sebenar mereka adalah untuk cuba menguasai negara,” katanya.
 
tak kiralah siapapun dalangnya...yg psti BERSIH utk menuntut keadilan pilihan raya...
 
kejap ambiga kejap komunis kejap korea kejap DSAI...kahkahkah
 
x kire la sape pn..yg penting BN kene tumbangkan kali nie.....tp mane yg btol nie..ambiga ke,komunis ke, ke anwar nie???
 
ANWAR lagi....
dah xder org lain ke?
 
Back
Top
Log in Register