ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
PETUGAS JPV Perlis menyuntik anjing bagi mengawal virus Rabies.
Padang Besar: Penduduk kawasan Kaki Bukit, di sini, yang memelihara anjing mengambil langkah membawa haiwan peliharaan mereka untuk disuntik vaksin selepas gempar kematian seekor anjing disahkan dijangkiti virus Rabies atau penyakit anjing gila.
Kejadian itu didakwa berlaku di sekitar FELCRA Lubuk Sireh di sini, pada akhir bulan lalu.
Tinjauan Metro Ahad mendapati orang ramai terutama kaum Tionghua mengambil inisiatif membawa anjing peliharaan mereka ke Dewan Masyarakat Pasar Sayur Kaki Bukit di sini, untuk disuntik.
Suntikan vaksin yang bermula awal pagi itu dilakukan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perlis sebagai langkah pencegahan bagi memastikan tidak berlaku sebarang epidemik lebih buruk membabitkan penyakit anjing gila di kawasan itu.Seorang penduduk, Sawai Yong, 41, yang membela tiga anjing jenis Mongrel berkata, dia diberitahu jirannya mengenai kejadian anjing mati disebabkan penyakit anjing gila di FELCRA Lubuk Sireh selain menggigit tuannya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya
Source: http://www.hmetro.com.my/node/72474