BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa Keningau: Sesi Perbincangan Terhenti Apabila Bangunan Bergegar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Gempa Keningau: Sesi Perbincangan Terhenti Apabila Bangunan Bergegar​

c5c99ac4337bf160b1760dda7c2303596a993d4a15dac


Sesi perbincangan petugas di Pejabat Daerah Keningau terhenti apabila bangunan itu tiba-tiba bergegar susulan gempa bumi lemah yang melanda daerah berkenaan pada 9.31 pagi tadi.

Petugas Pejabat Daerah Keningau Daffri Adzahari berkata ketika kejadian beliau bersama beberapa petugas sedang mengadakan perbincangan mengenai kerja di tingkat tiga bangunan berkenaan sebelum merasai gegaran dengan jelas.

“Agak panik tetapi terkawal, seluruh petugas pada ketika itu dalam keadaan terkejut dan kami mengikut SOP (prosedur operasi standard) jika berlaku kecemasan untuk menyelamatkan diri ke kawasan pekarangan parkir,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Daffri yang menetap di Keningau berkata gegaran itu berlaku secara tiba-tiba menyebabkan petugas yang berada di pejabat berkenaan menghentikan urusan masing-masing sebelum bergerak ke kawasan selamat mengikut prosedur kecemasan.

Sementara itu, peniaga kecil-kecilan, Lusilly Gamin, 45, dari Kampung Kapakaan Biah berkata sedang berada di garaj rumah bersama suami ketika terdengar bunyi seperti letupan sebelum merasai gegaran seketika.

“Kebetulan ketika itu kami di luar rumah iaitu di garaj, mulanya kami dengar bunyi meletup selepas itu terasa gegaran,” katanya.

Lusilly berkata gegaran itu hanya seketika dan tidak panik, sebaliknya tertanya-tanya mengenai bunyi serta gegaran yang dirasai kerana jarang mengalami keadaan sedemikian.

Beliau hanya mengetahui kejadian itu adalah gempa bumi selepas membaca maklumat mengenainya menerusi WhatsApp, sambil mengakui terkejut apabila mendapat tahu gempa bumi lemah berlaku di Keningau.

Sementara itu, wartawan RTM Dullis Saimon yang menetap di Pekan Keningau berkata beliau tidak merasai sebarang gegaran namun mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada rakannya sebelum maklumat mengenai gempa bumi tersebut tular di media sosial.

 
Back
Top
Log in Register