BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa Bumi Sederhana Di Mindanao, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia - MetMalaysia

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Gempa Bumi Sederhana Di Mindanao, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia - MetMalaysia​

2f9a32daccd98c99736fc88db4a32a616a2cdabf7d8ae

Kredit: FB - Malaysian Meteorological Department

Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 magnitud melanda wilayah Mindanao, Filipina pada 10.05 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 101 km selatan dari Koronadal City, Filipina.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Kawasan selatan Filipina sebelum ini dilanda gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud pada Isnin lepas yang menjejaskan ratusan ribu penduduk di Mindanao, dengan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di sekitar Tawau dan Semporna di Sabah.

Setakat Khamis, Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina mengesahkan sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh, 31 masih hilang, manakala lebih 346,000 orang terjejas akibat bencana berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register