BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa Bumi 30 september jam 18:16

Gempa 7.9 magnitud di Sumatera turut dirasai di Semenanjung

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda selatan Sumatera pada jam 6.20 petang tadi turut dirasai hampir seluruh pantai barat Semenanjung.

Menurut laporan Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku jam 5.16 petang (waktu Jakarta) di selatan Sumatera membabitkan Kuala Lumpur dengan jarak 480 kilometer dari pusat gempa; Padang, Pekanbaru dan Sibolga.
 
aku yg kat kuito kat batu pahat ni pon rasa....ingatkan ako yg pening ke apa tadi...rupanya gempa bumi...
 
la ada gempa bumi ke. patut la aku rasa bergoyang td. ingatkan lori dkt umah aku ni lalu tp terpk gak takkanlah smpi bergoyang dkt tkt 7 ni. slalu takde. time tu aku xde lak terpk pape.
 
Amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India, Thailand

JAKARTA: Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand berikutan gempa bumi berukuran 7.6 mangnitud melanda barat Sumatera, jam 6.20 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Indonesia melaporkan gempa berkenaan berukuran 7.6 magnitud yang berpusat di pantai Sumatera.

Gegaran dapat dirasai di bangunan tinggi di Jakarta sehingga ke Singapura dan Malaysia.

Setakat ini tiada laporan segera mengenai ketinggian ombak dan mereka yang cedera. - AP
 
Gegaran susulan 5.4 Richter selang 20 minit

KUALA LUMPUR: Gegaran kedua gempa bumi berukuran 5.4 Richter yang melanda selatan Sumatera pada jam 6.38 petang tadi, susulan gempa pertama kira-kira 20 minit lalu.

Ia turut menggegarkan pantai barat Semenanjung berikutan gempa pertama berukuran 7.9 Richter di pusat gempa selatan Sumatera.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami terhadap Indonesia, Malaysia, India dan Thailand.
 
aku pn rasa gak..

ingt kn aku pening, rupanya mmg kerusi bergerak...:o
 
patutla aku rasa cam nak terbang je tadi.ingatkan luutut dah longgar.:))
 
Back
Top
Log in Register