balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Laporan Sinar Harian semalam.
< 1 / 1 >
BATU FERRINGHI - "Kami tidak mahu jadi seperti di luar negara yang mana ia menjadi lokasi pelancongan tepi pantai yang popular dengan arak serta pelbagai kegiatan tidak bermoral".
Itu luahan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim yang turut sama gembira apabila mendapat tahu konsert tidak bermoral yang dijangka diadakan di sini, dibatalkan.
Menurutnya, dia bimbang berikutan terdapat pelbagai budaya negatif yang mula wujud di situ sehingga menjadi ikutan anak tempatan.
“Akhirnya konsert yang sebelum ini dibantah oleh kami berjaya diserbu dan terus batal.
“Kami berterima kasih kepada semua pihak termasuk Sinar Harian yang memberi pendedahan, juga polis yang tidak memberi permit dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang turut sama membuat serbuan dengan polis, kami bersyukur,” katanya.
Jamaludin berkata, sebagai pemimpin setempat, dia mahu melihat pantai di Batu Ferringhi akan kembali bersih dari minuman arak.
“Ini kerana ia bukanlah melambangkan negara kita sebagai negara Islam jika penggunaan arak berterusan.
“Jadi kita akan berdoa supaya selepas ini tidak akan lagi ada konsert sebegini di pantai kami, bukan kali ini saja tapi berterusan sehingga selama-lamanya,” katanya.
Sebelum ini Sinar Harian pada 27 Disember lalu melaporkan terdapat khabar angin mendakwa sambutan tahun baharu di pantai di sini akan dipenuhi dengan konsert tidak bermoral.
Ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai berikutan negara masih dilanda musibah.
Beberapa penduduk di Batu Ferringhi memberitahu risalah mengenai penganjuran sebuah konsert giat dilakukan walaupun permitnya masih belum disahkan.
Sehinggalah kemudiannya menjelang sambutan tahun baharu 2015, polis bersama MPPP bertindak menyerbu konsert terbabit.