Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Gemar baju Melayu hitam
KUANTAN: “Arwah berhasrat mahu mendalami ilmu agama dan meminta ibunya mengajar, malangnya tidak kesampaian apabila dia terlebih dulu ‘dijemput’ Ilahi. Malah, niat arwah untuk memakai baju Melayu berwarna hitam Aidilfitri ini juga tidak menjadi kenyataan,” kata Abd Latif Anang, 48, yang kehilangan anak dan anak saudaranya dalam kemalangan maut meragut empat nyawa, di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, dekat Bandar Damansara, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, anak Abd Latif, Ahmad Nazrin Hafizi, 19, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam, manakala anak saudaranya, Muhammad Taufik Abd Rahman, 20, meninggal dunia di tempat kejadian bersama dua yang lain.
Menurut Abd Latif, anak keempat daripada tujuh beradik itu dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) kerana lembam menyebabkan dia lambat belajar, malah tidak tahu membaca dan menulis.
Namun, katanya, arwah pernah memberitahu ibunya yang dia mahu belajar agama kerana malu dengan kekurangan dirinya itu.
“Saya juga terkilan kerana hasrat arwah memakai baju Melayu berwarna hitam kegemarannya Aidilfitri ini juga tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HTAA, di sini, semalam.
Katanya, Ahmad Nazrin anak paling diberi perhatian dalam keluarga selain seorang periang serta sangat rapat dengan ibunya.
“Kali terakhir saya melihatnya Khamis lalu ketika dia mengemas beg pakaian sebelum keluar dari rumah.
“Kelakuannya ketika itu pelik apabila mengemas barang dengan kelam-kabut seperti mahu cepat sedangkan dia mahu bertolak ke Kuala Lumpur pada sebelah malam dan ketika keluar dari rumah dia langsung tidak menegur seperti selalunya,” katanya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GemarbajuMelayuhitam/Article/index_html