BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GEM Minta Akta 872 Dinilai Secara Adil, Elak Persepsi Berat Sebelah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
0593b6fcec5990b900200291d60d0853661bc72ef30d7


Gabungan eHailing Malaysia (GEM) mengambil maklum pelbagai pandangan serta kebimbangan yang dibangkitkan beberapa pihak berhubung pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872), namun berharap semua pihak bersikap lebih adil dalam menilai akta berkenaan.

Ketua Aktivis GEM Masrizal Mahidin berkata adalah tidak wajar untuk memberi gambaran yang terlalu negatif atau berat sebelah terhadap kerangka undang-undang yang masih dalam proses pelaksanaan dan penambahbaikan melalui dialog bersama pelbagai pihak berkepentingan.

“Sebahagian pihak yang kini lantang mengkritik akta ini sebelum ini bukanlah antara pihak yang menyokong usaha mewujudkan akta khusus bagi pekerja gig.

“Sedangkan perjuangan untuk mendapatkan kerangka perlindungan undang-undang bagi komuniti pekerja gig telah mengambil masa bertahun-tahun melalui advokasi pelbagai pihak termasuk komuniti sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata perbahasan mengenai akta itu ketika ini banyak tertumpu kepada perspektif Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715 - APAD) yang berkait secara langsung dengan sektor e-panggilan dan p-panggilan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan skop Akta 872 sebenarnya jauh lebih luas kerana merangkumi sekurang-kurangnya 11 sektor ekonomi gig termasuk sektor seni kreatif, jurubahasa bebas, pekerjaan digital dan freelance serta pelbagai bentuk pekerjaan gig moden yang berkembang dalam ekonomi digital.

“Menilai akta ini semata-mata dari sudut konflik dengan Akta 715 tanpa melihat gambaran keseluruhan ekosistem gig adalah pendekatan yang terlalu sempit,” katanya.

Pada masa sama, GEM menyambut baik usaha Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang menganjurkan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan baru-baru ini.

Beliau berkata seperti mana-mana dasar baharu, proses pelaksanaannya akan sentiasa memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

 
Back
Top
Log in Register