BTC USD 84,517.9 Gold USD 4,131.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gelombang muda

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,847
Points
196
Gelombang muda


KUALA LUMPUR: Bukan gelombang rusuhan, bukan juga gelombang demonstrasi jalanan, sebaliknya 1Malaysia For Youth (iM4U) adalah gelombang besar-besaran yang membentuk gerakan padu generasi belia ke arah mengangkat martabat negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan mengiktiraf belia sebagai kelompok masyarakat bersuara padu dan penting dalam pembentukan masa depan negara.


Berikutan itu, katanya, semua pihak khususnya badan kerajaan akan membantu menjayakan iM4U supaya menjadi organisasi utama bagi gerakan kesukarelaan dinaungi belia secara lebih proaktif sekali gus memanfaatkan masyarakat.

“Kami beri sokongan kewangan berpatutan dengan dana dinamakan Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) yang menyediakan peruntukan berbentuk geran bagi pertubuhan belia berjumlah RM100 juta.


“Kami juga membuka keahlian iM4U kepada semua belia bukan hanya yang menyertai pertubuhan tertentu dan saya sendiri mempengerusikan Lembaga Pemegang Amanah iM4U bagi memastikan semua program berjalan lancar.


“Tahun depan dijadikan Tahun Kesukarelaan Negara sebagai satu pengiktirafan kerana kita semua bersemangat untuk menyumbang,” katanya ketika merasmikan iM4U, di Taman Esplanade KLCC, di sini semalam.

Kira-kira 50,000 sukarelawan muda dan belia berhimpun menyaksikan perasmian itu yang diadakan meriah dengan pelbagai acara termasuk kemuncaknya persembahan ‘FlashMob’ dan nyanyian lagu iM4U gubahan Universiti Limkokwing.


Najib juga mengumumkan penubuhan stesen radio iM4U yang bertindak sebagai medium buat golongan belia mengetengahkan bakat mereka.

“Konsep menubuhkan stesen radio ini diyakini menyokong belia membawa kejayaan buat negara dan membina keutuhan bangsa kerana suara belia adalah penting untuk masa depan negara.


“Seperti kejayaan Himpunan Jutaan Belia 2012, Mei lalu yang memperlihatkan sumbangan 20,000 sukarelawan, saya percaya program di bawah iM4U ini juga akan berjaya sebab kami ada semangat menyumbang yang kuat,” katanya.


Pemimpin nombor satu negara juga menasihatkan belia bijak memilih apa dimahukan dalam sesebuah negara dan jika keamanan diinginkan, maka perlu beraksi mengikut landasan yang benar.


Beliau juga berbangga dengan anak muda yang ditemuinya sepanjang program berikutan rata-rata melaungkan ‘we want peace’.


“ Apabila itu diucapkan bermakna taraf negara kota aman dan segala yang dimahukan boleh menjadi kenyataan.


“Kita bukan saja boleh mengadakan perhimpunan seperti ini, bahkan mungkin masa depan negara jauh lebih baik, transformasi menjadi kenyataan.


“Saya bangga belia cintakan keamanan, tidak mahu perbalahan dan rusuhan, tetapi mahu negara makmur serta maju,” katanya.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gelombangmuda/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register