BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gelodak datuk miang

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PETALING JAYA: Gelagat seorang datuk miang bermulut celupar yang tidak dapat menahan gelodak nafsu membawa padah apabila dia dibelasah sampai separuh nyawa oleh lima Mat Rempit selepas didakwa cuba mengganggu kekasih seorang daripada kumpulan remaja terbabit.

Kelakuan tidak senonoh lelaki berusia 50-an itu memang menjadi buah mulut masyarakat di sebuah taman perumahan di Sungai Way di sini, menyebabkan ramai penduduk menyimpan dendam terhadapnya.

Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin, lelaki terbabit yang didakwa suka mencarut dan mengeluarkan kata-kata berbaur lucah, pada awalnya dikatakan mengganggu seorang gadis berusia 18 tahun dengan mengeluarkan perkataan yang memalukan kaum hawa.

Perbuatan yang dianggap keterlaluan itu menyebabkan gadis berkenaan mengadu perilaku datuk terbabit kepada teman lelakinya.

Malah, sebelum ini, lelaki terbabit memang terkenal di sekitar kawasan perumahan berkenaan sebagai seorang yang suka mengganggu anak gadis dan isteri orang, sehingga menimbulkan rasa meluat dan kurang senang di kalangan lelaki di situ.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa dipanggil kumpulan Mat Rempit terbabit bagi berbincang dan bersemuka mengenai perbuatannya yang didakwa mengganggu teman wanita seorang daripada remaja pelumba motosikal haram itu.

Bagaimanapun, katanya mangsa dipercayai enggan melayan permintaan kumpulan Mat Rempit terbabit, sebaliknya menghamburkan kata-kata kesat malah mendakwa kumpulan remaja terbabit cuba merompaknya mengakibatkan kumpulan itu naik berang lalu memukulnya.

Anggota polis yang kebetulan meronda di lokasi kejadian ternampak insiden berkenaan dan meleraikan pergaduhan sebelum membawa mangsa ke balai polis bagi tujuan siasatan.

Berikutan keadaan mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan dan kepala, dia dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, untuk rawatan.

Kumpulan remaja lelaki yang membelasah mangsa turut membuat laporan polis mendakwa pergaduhan berpunca lelaki terbabit yang mengganggu teman wanita seorang daripada mereka selain mengeluarkan kata-kata kesat.
 
tah tah awek mat rempit tu yang miang2 pi goda.. pastu nak pow yang bukan2.. pastu bila dato tu tak bagi.. pukul plak..
 
eh.... ni datuk ke dato?? konpius aku
 
mat rempit yg nieh educated kot....
sampai ajak berunding....
 
Back
Top
Log in Register