izack1981
Legendary Member

- Messages
- 10,374
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,374
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
LOS ANGELES 11 Jun - Ratu cantik California USA 2009, Carrie Prejean, yang mendatangkan masalah kepada dirinya sendiri apabila mengeluarkan kenyataan bahawa golongan homoseksual atau gay tidak harus dibenarkan berkahwin, kehilangan gelarannya itu semalam.
Pemilik pertandingan ratu cantik berkenaan, Donald Trump dilaporkan menggugurkan gelaran Prejean bukan disebabkan kenyataan beraninya itu, tetapi disebabkan kegagalannya memenuhi perjanjian yang telah ditandatangani sewaktu menyertai pertandingan tersebut.
''Keputusan ini dibuat semata-mata berdasarkan pencabulan kontrak, termasuk keengganan Prejean untuk tampil mewakili organisasi Ratu Cantik California USA,'' kata Pengarah Eksekutif Ratu Cantik California, Keith Lewis dalam satu kenyataan.
Lewis pada bulan lalu memaklumkan satu sidang media bahawa bekas ratu cantik itu gagal menghadiri beberapa acara anjuran organisasi Ratu Cantik California USA, tetapi membuat kemunculan yang tidak dipersetujui dan bercakap mengenai bantahannya terhadap perkahwinan sesama gay.
Selepas aduan tentang perkara itu dimaklumkan kepada Trump, beliau pada mulanya mengambil keputusan untuk memberikan peluang kedua kepada Prejean, namun mengubah fikirannya hari ini.
''Saya beritahu Prejean bahawa dia perlu terus bekerja dan menghormati kontraknya dengan organisasi Ratu Cantik California USA. Saya juga memberi peluang kepadanya untuk berbuat demikian.
''Tetapi nampaknya ia tidak akan menjadi seperti yang dirancang,'' katanya.
Pegawai pertandingan ratu cantik berkata, gelaran Prejean sebagai Ratu Cantik California akan diisi oleh pemenang kedua pertandingan berkenaan, Tami Farrell, 24, yang pernah memenangi gelaran Ratu Cantik Remaja USA pada 2003.
''Prejean adalah seorang wanita yang cantik dan saya doakan supaya dia dapat melakukan yang terbaik dalam apa juga perkara,'' ujar Trump.
Jurucakap bekas ratu cantik itu, Melany Ethridge enggan mengulas dengan memberi alasan dia tidak dapat menghubungi Prejean sejak penyingkirannya. - AP