BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gelaran ayah bonda ditarik

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
ne_01.1.jpg


ISTANA Mahkota, Kubang Kerian merupakan tempat Sultan Ismail Petra bersemayam.

KOTA BHARU – Sehari selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam bertindak menarik balik gelaran ‘Tuanku’ daripada ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra.

Turut ditarik balik ialah gelaran ‘Tengku’ yang diberikan kepada bondanya, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd. Shukri Mohamed berkata, penarikan kedua-dua gelaran itu dibuat kerana ia hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.

Bagaimanapun, kata beliau, tindakan tersebut tidak menjejaskan segala kemudahan yang diterima oleh Sultan Ismail Petra sepanjang memerintah Kelantan selama ini.

“Penggunaan gelaran ini termaktub dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan negeri, namun apa-apa keputusan bagi menetapkan gelaran untuk ayahanda dan bonda baginda selepas ini adalah terserah kepada Sultan Kelantan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
 
Bakpo jadi gini
 
"tuanku" hanya utk Sultan dan Sultanah aja.... bila ada Sultan baru, dia layak gunakan gelaran "tuanku" dah... manaleh adr 2 Tuanku dlm satu negeri... standard practice kat memana negeri rasanya...
 
betul dah tu...sultan je layak di gelar Tuanku
 
dgn kepimpinan baru, kelantan akan lebih maju hendaknya..
 
lol ingat kan first jd sultan terus fokus more pada kebajikan rakyat..
tp title, pangkat darjat ,,,juga yg di fokuskannya dulu...

dunia2
 
pulak dah............
 
Kepada sahabat CG sekalian,

sebelum sy bapi pandgn saya ini, saya mohon maaf sekiranya pandgna sya ini keterlaluan dan nampak naif.

begini, saya begitu terperanjat membaca berita mengenai permasyuran sultan kelantan yg baru. akan tetapi betul ke caranya begitu, sekiranya sultan yg ada gering, maka akan dilantik sultan baru menggantikan sultan yg sedia ada dan menarik balik gelaran "tuanku" berkenaan?

saya rasa ini adalah yg pertama dalam sejarah malaysia dimana sultan baru dilantik dgn sultan sedia ada masih belum mangkat. Melihat kepada isu ini, saya tertarik dgn beberapa negeri iaitu johor, terengganu, selangor, negeri sembilan .. dimana sultan yg sedia ada gering, maka di isytiharkan anaknya menjadi pemangku sultan buat sementara sehingga keadaan sultan itu bertambah pulih. pemangku sultan itu bertujuan untuk membantu urusan pentadbiran negeri dan takluk jajahannya semasa geringnya sultan yg sedia ada.

lihat johor, apabila sultan Ismail mangkat, dan pada hari yg sama dilantik sebagai pemangku sultan bagi menggantikan Almarhum sultan Ismail, namun apabila selepas segala urusan pemakaman dan mempunyai istiadat pertabalan, barulah diperkenankan menjadi sultan yg baru.

apapun, dgn perlantikkan sultan kelantan yg baru, rakyat kelantan dibawah jajahan sultan kelantan yg baru bertambah makmur dan disyg oleh rakyat jelata. AMPUN TUANKU.
 
Ayah sendiri pun......
 
kepada sahabat cg sekalian,

sebelum sy bapi pandgn saya ini, saya mohon maaf sekiranya pandgna sya ini keterlaluan dan nampak naif.

Begini, saya begitu terperanjat membaca berita mengenai permasyuran sultan kelantan yg baru. Akan tetapi betul ke caranya begitu, sekiranya sultan yg ada gering, maka akan dilantik sultan baru menggantikan sultan yg sedia ada dan menarik balik gelaran "tuanku" berkenaan?

Saya rasa ini adalah yg pertama dalam sejarah malaysia dimana sultan baru dilantik dgn sultan sedia ada masih belum mangkat. Melihat kepada isu ini, saya tertarik dgn beberapa negeri iaitu johor, terengganu, selangor, negeri sembilan .. Dimana sultan yg sedia ada gering, maka di isytiharkan anaknya menjadi pemangku sultan buat sementara sehingga keadaan sultan itu bertambah pulih. Pemangku sultan itu bertujuan untuk membantu urusan pentadbiran negeri dan takluk jajahannya semasa geringnya sultan yg sedia ada.

Lihat johor, apabila sultan ismail mangkat, dan pada hari yg sama dilantik sebagai pemangku sultan bagi menggantikan almarhum sultan ismail, namun apabila selepas segala urusan pemakaman dan mempunyai istiadat pertabalan, barulah diperkenankan menjadi sultan yg baru.

Apapun, dgn perlantikkan sultan kelantan yg baru, rakyat kelantan dibawah jajahan sultan kelantan yg baru bertambah makmur dan disyg oleh rakyat jelata. Ampun tuanku.

kawe setuju
 
Back
Top
Log in Register