BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gelandangan bimbang diculik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


ALOR SETAR - Sebilangan gelandangan di sekitar bandar Alor Setar, di sini, seolah-olah menghilang apabila didakwa tiada di lokasi tumpuan mereka seperti biasa.

Sebelum ini beberapa kawasan seperti Pekan Rabu dan Medan Selera Sungai Raja dipenuhi gelandangan untuk menumpang teduh.

Bagaimanapun, kelibat si gelandangan tak kira sama ada golongan muda sehinggalah tua tidak muncul-muncul melalui tinjauan dilakukan Sinar Harian.

Teka-teki bilangan gelandangan berkurangan terjawab apabila Sinar Harian berkesempatan menemu bual seorang gelandangan, Aziz Hashim, 40-an, di hadapan Masjid Zahir.

Gelandangan terpaksa tukar lokasi baru

Aziz berkata, kehilangan kebanyakan gelandangan sejak beberapa hari lalu didakwa berkemungkinan disebabkan kecoh cerita penculikan orang seperti mereka.

“Jadi, kebanyakan gelandangan takut untuk berteduh di lokasi biasa berikutan masing-masing bimbang dilarikan. Lalu, mengambil keputusan mencari tempat tidur baru.

“Malah, ia sebenarnya benar-benar berlaku. Saya antara gelandangan diajak menaiki kenderaan individu berkenaan, sebelum dapat melarikan diri,” katanya.

Katanya, mereka ditempatkan di sebuah kawasan namun tidak dibenarkan bebas keluar sesuka hati, sambil dijanjikan pekerjaan dengan gaji sekitar RM70 sehari.

Aziz mendakwa, dia bertindak melarikan melalui siling selepas merasakan ada sesuatu tidak kena apabila kunci kediaman berkenaan sering dikunci.

Menurut laporan sebuah akhbar, katanya, beberapa gelandangan berjaya diselamatkan MCA minggu lalu, namun kebanyakan gelandangan masih ketakutan sehingga kini.

Pindah disebabkan terima arahan PBT

Bagaimanapun, situasi berbeza dialami seorang gelandangan warga emas yang mendakwa diri sebagai pesara tentera dikenali sebagai Hashim Ahmad, 70.

Hashim yang hidup sebatang kara, namun tidak bekerja mendakwa dia terpaksa mengubah tempat berteduh apabila disuruh oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Akur dengan permintaan mereka, katanya, dia kini tidur berbantalkan bata dengan berselimutkan surat khabar di kawasan lapang berdekatan Masjid Zahir.

Menurutnya, mereka terpaksa mengubah tempat berteduh bergantung keadaan, terutamanya apabila tidak tahan akibat diganggu golongan penagih dadah.

Hashim berkata, sebilangan penagih dadah datang mengganggu gelandangan sepertinya, lalu mengambil duit diperoleh mereka melalui pekerjaan ataupun bantuan.

Situasi dianggap pelik

Timbalan Pengerusi 1 Kindness Malaysia, Mohd Azrul Mohd Razak berkata, mereka akan menemui paling sedikit 10 gelandangan apabila turun padang seminggu sekali.

Bagaimanapun, katanya, mereka pelik apabila hendak menemui dua gelandangan sekalipun di lokasi biasa amat susah berbanding sebelum ini.

Situasi sebegini dianggap luar biasa, malah sedikit sebanyak menimbulkan kehairanan bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu yang menyalurkan bantuan.

“Pada mulanya, kes penculikan gelandangan didengari dianggap hanya rekaan. Namun, apabila ramai gelandangan bercakap hal serupa, kami mula yakin,” katanya.

Katanya, mereka menyambut baik jika bilangan gelandangan berkurangan kerana dibawa ke pusat perlindungan, namun bimbang sekiranya ia sebaliknya.

Jikalau benar kes itu berlaku, katanya, mereka bimbang ada pihak mengambil kesempatan terhadap golongan gelandangan, sekali gus mengharapkan ia diberi perhatian.
 
duit rm2.6b kalau tolong geladangan .. semua dah dpt duk rumah.
 
aik dh ada sindiket culik gelandangan plak
 
duit buat umah panda tu kalu guna utk gelandangan nih lg bagos..
by the way sape nak culik dorg nih?
 
mana yang takde keja tu elok ambik bagi keja, kan kita tak cukup pekerja terutama dlm bidang construction..
 
Back
Top
Log in Register